X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Sudah Tiba Masa Untuk Aqiqah Anak? Ini Yang Anda Patut Tahu

7 min bacaan
Sudah Tiba Masa Untuk Aqiqah Anak? Ini Yang Anda Patut TahuSudah Tiba Masa Untuk Aqiqah Anak? Ini Yang Anda Patut Tahu

“Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ke tujuh dari hari lahirnya- dicukur seluruh rambutnya dan diberikan nama yang membawa maksud yang baik,” riwayat Abu Daud, At Tirmidzi dan Ibnu Majah.

Setiap ibu bapa yang baru sahaja menyambut cahaya mata tentu punyai banyak persoalan mengenai aqiqah. Baik aqiqah untuk anak lelaki atau anak perempuan, memang banyak yang anda perlu tahu sebelum melakukan aqiqah buat anak anda. 

Aqiqah oleh masyarakat melayu muslim di Malaysia adalah satu ibadah Islam dengan mengorbankan haiwan untuk bayi lelaki atau perempuan yang baru lahir.

Ibadah aqiqah disembelih pada hari ke-7 kelahiran bayi. Sekiranya terlepas pada hari ke-7 kelahiran, maka hendaklah disembelih pada hari ke-14 atau ke-21. Demikianlah seterusnya tiap-tiap 7 hari berikutnya.

Hal ini berdasarkan pendapat Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari dalam kitab karangannya Sabil Al-Muhtadin.

Ibadah aqiqah sesuai dengan hadith riwayat Abu Daud, At Tirmidzi dan Ibnu Majah :

“Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ke tujuh dari hari lahirnya- dicukur seluruh rambutnya dan diberikan nama yang membawa maksud yang baik.”

Persoalan mengenai aqiqah

Sudah Tiba Masa Untuk Aqiqah Anak? Ini Yang Anda Patut Tahu

Ini antara soalan-soalan lazim serta jawapannya mengikut Aqiqahcentre.com:

#1. Apa hukum aqiqah?

Hukum aqiqah adalah sunat muakkadah (dituntut) bagi yang berkemampuan.

Ini berdasarkan sebuah hadith daripada Salman bin Amir al-Dhabbi RA katanya:
Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

مَعَ الْغُلاَمِ عَقِيقَتُهُ فَأَهْرِيقُوا عَنْهُ دَمًا وَأَمِيطُوا عَنْهُ الأَذَى

Maksudnya: “Bersama-sama kelahiran bayi ada aqiqahnya. Oleh itu, tumpahkanlah darah aqiqah bagi pihaknya dan buangkanlah kekotoran dan najis daripadanya”.

#2. Perbezaan aqiqah & qurban?

Sudah Tiba Masa Untuk Aqiqah Anak? Ini Yang Anda Patut Tahu
Aqiqah : Ibadah yang dilakukan sebagai tanda kesyukuran atas nikmat dikurniakan anak.

Qurban : Tujuannya untuk menghampirkan diri kepada Allah SWT.

Ia dilakukan sebagai menghidupkan syariat Nabi Ibrahim dan seterusnya Nabi Muhammad SAW.

Hukum kedua-duanya sunat muakkad.

#3. Bila sepatutnya aqiqah dilakukan?
Waktu terbaik adalah pada hari ke-7 kelahiran bayi. Jika terlepas atas sebab tertentu, anda boleh lakukan pada hari ke-14. Dan sekiranya tidak sempat juga, anda boleh laksanakan pada hari ke-21. Kadar perbezaannya adalah setiap tujuh hari berikutnya sehinggalah anak tersebut mencapai baligh.

Akan tetapi, sekiranya tidak mampu dilakukan dalam tempoh tersebut, anda boleh lakukan bila telah berkemampuan.

#4. Berapa ekor kambing aqiqah untuk anak lelaki?

Sudah Tiba Masa Untuk Aqiqah Anak? Ini Yang Anda Patut Tahu

Kredit: farmsanctuary.com

Untuk anak lelaki adalah dua ekor kambing sahaja.

Stories Rakan Kongsi
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy

Ini berdasarkan hadith dari Ummul Mukminin, Aaisyah R.A bahawa,

“Rasulullah telah menyuruh kami mengerjakan aqiqah bagi bayi lelaki dua ekor kambing yang bersamaan kedua-duanya dan bagi bayi perempuan pula satu ekor kambing.”
Riwayat At-Turmuzi

Untuk kes anak lelaki, sekiranya tidak mampu dua ekor, boleh buat satu ekor dahulu.

Ini sepertimana yang dilakukan dalam kes cucu Rasulullah yakni Hasan dan Husain, Rasulullah telah menyempurnakan aqiqah Hasan & Husain dengan menyembelih satu satu ekor kambing kibasy – Riwayat Abu Daud.

#5. Bolehkah Aqiqah Seekor Lembu Untuk Anak Baru Lahir?

Sudah Tiba Masa Untuk Aqiqah Anak? Ini Yang Anda Patut Tahu

Kredit: mstar.com.my

Ya, boleh. Dalam mazhab Syafie, dibolehkan untuk menggantikan kambing dengan lembu ataupun unta. Ini seperti mana yang disebutkan oleh al-Imam al-Nawawi Rahimahullah di dalam kitabnya al-Majmu`:

مَذْهَبُنَا جَوَازُ الْعَقِيقَةِ بِمَا تَجُوزُ بِهِ الْأُضْحِيَّةُ مِنْ الابل والبقر والغنم وبه قال أنس ابن مَالِكٍ وَمَالِكُ بْنُ أَنَسٍ وَحَكَى ابْنُ الْمُنْذِرِ عَنْ حَفْصَةَ بِنْتِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ لَا يُجْزِئُ إلَّا الْغَنَمُ

Maksudnya: Mazhab kami (iaitu al-Syafi`e), dibolehkan aqiqah apa yang dibolehkan dengannya sembelihan dari jenis unta, lembu dan kambing dan ini adalah pendapat Anas bin Malik dan Malik bin Anas.

#6. Satu ekor lembu aqiqah bersamaan berapa orang bayi?
Kiraannya adalah seekor kambing itu bersamaan dengan 1 bahagian lembu.

Kadar bagi seekor kambing adalah bersamaan dengan 1/7 daripada lembu dan boleh dikongsi bahagian tersebut secara berjemaah.

Ini sesuai dengan apa yang disebutkan al al-Khatib al-Syarbini Rahimahullah di dalam kitabnya Mughni al-Muhtaj:

وَكَالشَّاةِ سُبْعُ بَدَنَةٍ أَوْ بَقَرَةٍ، فَلَوْ ذَبَحَ بَدَنَةً أَوْ بَقَرَةً عَنْ سَبْعَةِ أَوْلَادٍ، أَوْ اشْتَرَكَ جَمَاعَةٌ فِيهَا جَازَ، سَوَاءٌ أَرَادُوا كُلُّهُمْ الْعَقِيقَةَ أَوْ بَعْضُهُمْ الْعَقِيقَةَ وَبَعْضُهُمْ اللَّحْمَ

“Dan bagi seekor kambing itu 1/7 (satu bahagian) dari unta dan lembu. Sekiranya disembelih unta atau lembu itu dari tujuh orang anak atau dikongsi secara beramai-ramai, ia juga dibolehkan sama ada dengan sembelihan itu kesemua (bahagian) diniatkan untuk aqiqah atau sebahagian untuk aqiqah dan sebahagian lagi hanya untuk mendapatkan daging sahaja.”

aqiqah anak lelaki

#7. Daging aqiqah untuk siapa?
Perbezaan aqiqah dan qurban adalah daging aqiqah disunatkan untuk dimasak terlebih dahulu untuk dimakan dan dijamu bersama keluarga, sahabat atau faqir miskin.

Anda boleh menjamu daging aqiqah kepada sesiapa sahaja tanpa ada halangan. Manakala daging qurban pula tidak dimasak, sebaliknya diagihkan secara mentah kepada umum.

#8. Siapa yang boleh makan daging aqiqah?
Orang faqir miskin dari kalangan umat Islam kita sendiri. Akan tetapi, anda juga disunatkan memakan sebahagian daging sembelihan dari ibadah aqiqah, kemudian disedekahkan sebahagian lagi.

Ini sesuai dengan kata – kata dari Aisyah r.a bahawa :

“Sesungguhnya haiwan korban untuk aqiqah itu tidak dipatah-patahkan di bahagian tulangnya, ia juga adalah untuk dimakan oleh kita dan diberi makan (kepada fakir miskin).”
(Ibn Abi Shaybah)

Ibu bapa anak yang diaqiqahkan boleh makan daging tersebut. Mereka mestilah tidak memakan daging itu berseorangan tanpa menjamu ahli keluarga terdekat, jiran tetangga, sahabat handai, fakir miskin dan sebagainya.

Sunat dalam ibadah aqiqah adalah memberikan kaki kambing aqiqah tersebut kepada bidan yang menyambut kelahiran bayi tersebut.

#9. Apa hukum orang bukan Islam makan daging aqiqah?
Makruh hukumnya menjamu daging sembelihan aqiqah sedangkan masih terdapat golongan faqir miskin semuslim yang tidak diberikan daging aqiqah tersebut.

Haram hukumnya bilamana daging sembelihan dari ibadah aqiqah itu diberikan sepenuhnya kepada golongan bukan Islam berdasarkan sabda Nabi Muhammad saw:

“Janganlah kamu bersahabat dengan bukan Islam dan jangan kamu memberi makan kecuali mereka yang bertakwa.”
(Riwayat Abu Dawud)

#10. Bolehkah saya aqiqah diri sendiri?
Ibadah aqiqah adalah sunat yang sangat dituntut di dalam Islam. Sekiranya ibu bapa anda tidak berkemampuan atau tidak sempat melakukan aqiqah untuk anda, anda boleh melakukan ibadah aqiqah untuk diri sendiri.

Hal ini kerana, Nabi Muhammad saw juga melakukan ibadah aqiqah untuk dirinya sendiri selepas diangkat menjadi Rasul pada umurnya 40 tahun.

#11. Bolehkah orang lain melakukan aqiqah untuk anak saya?
Rasulullah sendiri telah melaksanakan ibadah aqiqah buat cucunya Hassan bin Ali r.a dan Hussain bin Ali r.a atas kapasiti ingin membantu anak baginda Fatimah Azzahra r.a.

Untuk anak lelaki boleh juga satu ekor kambing lakukan oleh orang lain dan satu ekor kambing lagi dilakukan oleh anda sendiri. 

Aqiqah anak lelaki

aqiqah anak lelaki

Sememangnya bagi aqiqah anak lelaki, 2 ekor kambing perlu disembelih, walaubagaimanapun dalam mazhab al-syafie menyatakan, satu ekor adalah dibolehkan sekiranya dilakukan dengan seikhlas hati. 

Mengenai bilangan kambing yang perlu diaqiqahkan, bagi bayi lelaki, maka disunatkan dengan menyembelih 2 ekor kambing manakala bagi bayi perempuan pula adalah dengan menyembelih 1 ekor kambing. Ini berdasarkan sabda Nabi SAW yang menyebutkan:

مَنْ وُلِدَ لَهُ وَلَدٌ فَأَحَبَّ أَنْ يَنْسُكَ عَنْهُ فَلْيَنْسُكْ عَنِ الْغُلاَمِ شَاتَانِ مُكَافِئَتَانِ وَعَنِ الْجَارِيَةِ شَاةٌ

Maksudnya: Sesiapa yang dikurniakan anak dan ingin melakukan ibadat untuknya, maka lakukanlah ibadah aqiqah bagi anak lelaki dua ekor kambing dan bagi anak perempuan pula seekor kambing”.

Riwayat Abu Daud (2842)

Adapun mengenai persoalan yang dibangkitkan, adakah memadai untuk beraqiqah dengan seekor kambing sahaja bagi anak lelaki? Maka jawapannya adalah memadai dan dibolehkan.

Ini adalah pendapat di dalam mazhab al-Syafi’e sepertimana dinukilkan oleh al-Imam al-Syirazi di dalam kitabnya al-Muhazzab dan begitu juga disebutkan oleh al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Majmu’.[1]

Ini berdasarkan sebuah hadith daripada Ibn Abbas R.Anhuma:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَقَّ عَنِ الْحَسَنِ وَالْحُسَيْنِ كَبْشًا كَبْشًا

Maksudnya: “Rasulullah SAW mengakikahkan al-Hasan dan al-Husain seekor kibasy yang serupa dan sepadan bagi setiap seorang”.

Riwayat Abu Daud (2841)

aqiqah anak lelaki

Berdasarkan petunjuk hadith seperti yang dibincangkan sebelum ini,  Mufti Wilayah Persekutuan, S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri menyatakan bahawa “melakukan aqiqah bagi anak lelaki dengan seekor kambing adalah memadai dan lakukanlah ibadah aqiqah ini dengan penuh keikhlasan dengan menzahirkan rasa syukur di atas kurniaan Allah SWT kerana menghadirkan zuriat buat keluarga kita dan pastinya juga Rasulullah SAW akan berbangga di akhirat kelak dek kerana ramainya umat Baginda SAW. Wallahu a’lam.”

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: MuftiWP, AqiqahCentre

Baca juga: Boleh Cukur Jambul Bayi Dahulu, Baru Buat Aqiqah Jika Ibu Ayah Tidak Berkemampuan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Sudah Tiba Masa Untuk Aqiqah Anak? Ini Yang Anda Patut Tahu
Kongsikan:
  • Bayi Berusia 1 Bulan Ini Meninggal Di Majlis Aqiqahnya Akibat Rokok!

    Bayi Berusia 1 Bulan Ini Meninggal Di Majlis Aqiqahnya Akibat Rokok!

  • Susu Kambing Sesuai Sebagai Pengganti Susu Ibu. Mitos Atau Fakta?

    Susu Kambing Sesuai Sebagai Pengganti Susu Ibu. Mitos Atau Fakta?

  • Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

    Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

app info
get app banner
  • Bayi Berusia 1 Bulan Ini Meninggal Di Majlis Aqiqahnya Akibat Rokok!

    Bayi Berusia 1 Bulan Ini Meninggal Di Majlis Aqiqahnya Akibat Rokok!

  • Susu Kambing Sesuai Sebagai Pengganti Susu Ibu. Mitos Atau Fakta?

    Susu Kambing Sesuai Sebagai Pengganti Susu Ibu. Mitos Atau Fakta?

  • Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

    Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.