X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Berlaku 'Malapetaka' Selepas Majlis Baby Shower, Netizen Sokong Ia Terus Diharamkan!

4 min bacaan
Berlaku 'Malapetaka' Selepas Majlis Baby Shower, Netizen Sokong Ia Terus Diharamkan!Berlaku 'Malapetaka' Selepas Majlis Baby Shower, Netizen Sokong Ia Terus Diharamkan!

Jantina bayi yang didedahkan kepada umum dalam sebuah majlis atau dikenali baby shower telah menyebabkan masyarakat menolak dan bersetuju supaya diharamkan

Majlis pendedahan jantina bayi atau lebih dikenali sebagai baby shower bukanlah sesuatu perkara yang asing lagi dalam masyarakat. Setiap pasangan suami isteri bakal bergelar ibu ayah pasti cukup teruja untuk menerima kehadiran orang baru dalam keluarga.

Memandangkan ia merupakan trend, sesetengah pasangan sanggup menghabiskan banyak wang atau melakukan perkara tidak sepatutnya bagi menjadikan majlis berkenaan ‘lain dari yang lain’.

Majlis pendedahan jantina bayi menyebabkan insiden kebakaran hutan

majlis pendedahan jantina bayi

credit to sources

Walaupun begitu siapa sangka sikap berlebih-lebihan ini telah mendatangkan kejadian atau malapetaka sehingga boleh membahayakan diri sendiri dan orang ramai.

Jika menyingkap kembali, trend majlis pendedahan jantina ini telah diasaskan oleh seorang penulis blog, Jenna Karvunidis pada tahun 2008. Difahamkan dia dan suaminya menginginkan pendekatan yang istimewa bagi mencipta kejutan kepada ahli keluarga tentang jantina bayi dalam kandungan.

Kemudian Jenna telah membakar sebiji kek yang apabila dipotong, frosting di dalamnya berwarna merah jambu menunjukkan ia adalah seorang bayi perempuan.

Bermula dari sinilah ia menjadi tular dan fenomena kebanyakan para ibu mengandung bagi mencipta kejutan secara besar-besaran seperti menghasilkan letupan asap berwarna biru ataupun merah jambu.

Siapa sangka telah banyak insiden buruk berlaku akibat ‘kelainan’ yang dicipta dalam majlis pendedahan jantina bayi ini. Pada 7 September lalu, rancangan pasangan suami isteri untuk mengadakan majlis ini di Taman El Rancho Doradi di Yucaipa, California telah bertukar menjadi malapetaka.

Mereka telah menggunakan alat piroteknik dalam majlis berkenaan, namun malangnya menyebabkan kebakaran beribu-ribu ekar hutan. Selepas kejadian buruk ini berlaku, ramai mempersoalkan kepentingan untuk mendedahkan jantina bayi.

Orang ramai meminta agar trend ini dihentikan

baby shower kebakaran hutan

credit to sources

Mereka turut menghasilkan pelbagai meme sindiran memandangkan ia sebenarnya tiada langsung yang istimewa atau penting tentang jantina seseorang manusia.

Bukan itu sahaja, wanita yang memulakan trend berkenaan juga telah tampil meminta orang ramai untuk segera berhenti daripada melakukan pelbagai perkara mengarut bagi mendedahkan jantina anak.

Selain itu, ada juga yang berpendapat bahawa majlis pendedahan jantina bayi dalam kandungan perlu diharamkan kerana pada zaman kini, ia menjadi sesuatu yang cukup mengarut dan mendatangkan bahaya.

Pada awal tahun ini juga pernah menjadi tular apabila pasangan suami isteri telah dikecam kerana mereka telah menganiaya buaya bagi mendedahkan jantina kepada orang ramai.

Majlis baby shower menurut agama Islam

Jika dibandingkan dengan zaman dahulu, masyarakat Melayu biasanya akan menjalankan upacara melenggang perut ketika kandungan memasuki usia 7 bulan.

Namun perubahan waktu ini, ia sudah tidak mendapat tempat lagi dalam kalangan ibu hamil dan menggantikannya dengan majlis baby shower. Menurut Islam, setiap pasangan yang bakal menerima cahaya mata hendaklah berhati-hati melakukan sesuatu majlis supaya ia tidak bertentangan dengan ajaran agama.

jantina anak

credit to sources

Daripada Ibn Umar RA. Rasulullah S.A.W bersabda:

من تشبه بقوم فهو منهم

Maksudnya: Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, dia adalah daripada kalangan mereka (Riwayat Abu Daud [4031]).

Imam al-Sana’ni Rahimahullah ketika menafsirkan hadis di atas berkata, bahawa sesiapa yang menyerupai orang fasiq ataupun kafir atau melakukan bid’ah dalam apa juga perkara dari segi pemakaian, tingkah laku atau gerak geri, maka dirinya tergolong dalam kalangan mereka (Subuh al-Salam 2/647).

Majlis baby shower bukanlah sebahagian daripada syariat Islam dan adalah lebih baik jika ibu ayah menyambut kelahiran bayi seperti saranan agama iaitu:

  • Menukar nama kepada majlis kesyukuran atau doa selamat yang dirasakan bersesuaian supaya mengelakkan fitnah.
  • Majlis ini hendaklah bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim sesama tetamu yang hadir dan bukannya mengikut trend budaya barat semata-mata.
  • Mengelakkan sebarang pembaziran ataupun tidak boleh bermegah-megah.
  • Aktiviti yang dianjurkan ketika majlis hendaklah tidak menyebabkan kelalaian dan idak tersimpang dari ajaran Islam.
  • Sebaiknya majlis seumpama ini diadakan bagi mendoakan kesejahteraan bakal ibu dan bayi agar mereka berada dalam keadaan selamat sehinggalah selepas proses kelahiran.

Sumber: Himpunan Cerita Lawak, Muis

Kredit foto: Google

Stories Rakan Kongsi
Lotus’s Baby Fair Kembali Lagi! Rebut Promosi Terhebat Barangan Keperluan Bayi Anda Di Sini!
Lotus’s Baby Fair Kembali Lagi! Rebut Promosi Terhebat Barangan Keperluan Bayi Anda Di Sini!
Hanya Satu Tempat Untuk Semua Keperluan Bayi Anda - Pesta Bayi Lotus’s Malaysia!
Hanya Satu Tempat Untuk Semua Keperluan Bayi Anda - Pesta Bayi Lotus’s Malaysia!
Rangsang Pemikiran Kreatif Dan Imaginasi Anak Dengan Cara Mudah Ini!
Rangsang Pemikiran Kreatif Dan Imaginasi Anak Dengan Cara Mudah Ini!
Udara Di Dalam Rumah 2 Kali Ganda Lebih Tercemar Dari Udara Luar? Ini 5 Tips Dari Dr Amanda Untuk Anda Ubah Kualiti Pengudaraan!
Udara Di Dalam Rumah 2 Kali Ganda Lebih Tercemar Dari Udara Luar? Ini 5 Tips Dari Dr Amanda Untuk Anda Ubah Kualiti Pengudaraan!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.combayi-dalam-perut

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Berlaku 'Malapetaka' Selepas Majlis Baby Shower, Netizen Sokong Ia Terus Diharamkan!
Kongsikan:
  • The Bun is in the Oven!

    The Bun is in the Oven!

  • Jenis Aktiviti Yang Kreatif & Menyeronokkan Untuk Majlis Baby Shower, Ibu Jom Semak!

    Jenis Aktiviti Yang Kreatif & Menyeronokkan Untuk Majlis Baby Shower, Ibu Jom Semak!

  • Wanita Hamil Kembar 4, Lahirkan Dua Bayi Lebih Awal, Dua Lagi Masih Dalam Kandungan

    Wanita Hamil Kembar 4, Lahirkan Dua Bayi Lebih Awal, Dua Lagi Masih Dalam Kandungan

  • Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

    Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

app info
get app banner
  • The Bun is in the Oven!

    The Bun is in the Oven!

  • Jenis Aktiviti Yang Kreatif & Menyeronokkan Untuk Majlis Baby Shower, Ibu Jom Semak!

    Jenis Aktiviti Yang Kreatif & Menyeronokkan Untuk Majlis Baby Shower, Ibu Jom Semak!

  • Wanita Hamil Kembar 4, Lahirkan Dua Bayi Lebih Awal, Dua Lagi Masih Dalam Kandungan

    Wanita Hamil Kembar 4, Lahirkan Dua Bayi Lebih Awal, Dua Lagi Masih Dalam Kandungan

  • Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

    Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.