X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Bahaya Penyakit Ain Bayi, Ini Cara Yang Perlu Ibu Buat Untuk Elak Dari Terkena

5 min bacaan
Bahaya Penyakit Ain Bayi, Ini Cara Yang Perlu Ibu Buat Untuk Elak Dari Terkena

Bahaya penyakit ain bayi. Disebabkan itulah ada sesetengah ibu ayah tidak mendedahkan wajah anak yang baru lahir untuk tatapan umum.

Ibu dan ayah, tahukah anda bahawa ada satu penyakit yang tiada ubatnya? Penyakit berkenaan dikenali sebagai penyakit ain. Penyakit ini merupakan penyakit yang terhasil dari pandangan mata sama ada pandangan takjub ataupun pandangan dengki. Ibu dan ayah seharusnya peka betapa bahaya penyakit ain bayi ini.

Penyakit ini terjadi apabila syaitan memanfaatkan jenis pandangan yang dipenuhi pelbagai emosi sebagai laluan untuk merosakkan diri individu. Penyakit ini tidak terbatas kepada dewasa sahaja malah anak-anak kecil juga boleh mendapatnya.

▲▼Isi Kandungan

  • Apa itu penyakit ain
  • Tanda penyakit ain pada bayi
  • Contoh penyakit ain 
  • Doa elak penyakit ain

Apa itu penyakit ain

Bahaya Penyakit Ain Bayi, Ini Cara Yang Perlu Ibu Buat Untuk Elak Dari Terkena

Penyakit ain atau digelar “The Evil Eye” adalah merupakan penyakit yang bersifat ghaib. Kewujudan penyakit ain diriwayatkan dalam hadis Muslim. Rasulullah SAW bersabda:

العين حق، ولو كان شيء سابق القدر سبقته العين

Maksudnya: “Penyakit ain tersebut benar-benar ada, seandainya ada sesuatu yang boleh mendahului takdir, ainlah yang dapat melakukannya.” (HR Muslim).

Ibu ayah, berpada-padalah berkongsi gambar anak di media sosial. Pandangan yang melihat kecomelan anak tidak mampu ditafsir dari luaran. Apatah lagi jika pandangan itu datang dari mereka yang tidak dikenali.

Sebaiknya apabila kelahiran berlaku, perkara pertama adalah berdoa kepada Allah untuk melindungi anak. Seperti mana isteri Imran berdoa ketika kelahiran Maryam.

Allah SWT berfirman:

 

فَلَمَّا وَضَعَتْهَا قَالَتْ رَبِّ إِنِّي وَضَعْتُهَا أُنْثَىٰ وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا وَضَعَتْ وَلَيْسَ الذَّكَرُ كَالْأُنْثَىٰ ۖ وَإِنِّي سَمَّيْتُهَا مَرْيَمَ وَإِنِّي أُعِيذُهَا بِكَ وَذُرِّيَّتَهَا مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

Fa lamma wada’at-ha qalat rabbi inni wada’tuha unsa, wallahu a’lamu bima wada’at, wa laisaz-zakaru kal-unaa, wa inni sammaituha maryama wa inni u’izuha bika zurriyyataha minasy-syaitanir-rajim

Maksudnya: Maka tatkala isteri ‘Imran melahirkan anaknya, dia pun berkata: Ya Tuhanku, sesungguhnya aku melahirkannya seorang anak perempuan; dan Allah lebih mengetahui apa yang dilahirkannya itu; dan anak laki-laki tidaklah seperti anak perempuan. Sesungguhya aku telah menamai dia Maryam dan aku mohon perlindungan untuknya serta anak-anak keturunanya kepada (pemeliharaan) Engkau daripada syaitan yang terkutuk.”

Bahaya Penyakit Ain Bayi, Ini Cara Yang Perlu Ibu Buat Untuk Elak Dari Terkena

Dalam surah al-Falaq (ayat 5), Allah SWT telah memerintahkan hambanya untuk berlindung dari hasad.

وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ

Wa min syarri hasidin iza hasad

Maksudnya: Dan (berlindung) dari kejahatan orang yang dengki apabila dia dengki.

 

Panahan ain terjadi akibat hasad yang berkumpul pada pandangan mata seseorang. Ini sama ada mereka berasa dengki mahupun iri hati dengan nikmat dimiliki. Atau mereka kagum dengan apa yang anda miliki.

Tanda penyakit ain pada bayi

Sekilas pandang, penyakit ain tidak jauh beza dengan sihir. Berbanding sihir, penyakit ain lagi berbahaya kerana timbul dari pandangan mata seseorang kepada orang lain yang tiada penamat.

Antara tanda penyakit ain pada bayi adalah: 

  • Badan panas bukan kerana sakit 
  • Bayi kerap menangis tanpa sebab
  • Bayi tidak mahu menyusu dengan ibunya
  • Badan kurus tapi kuat makan
  • Kejang otot
  • Jantung berdebar-debar
  • Anak tidak boleh fokus

Contoh penyakit ain 

Masih ramai yang tidak tahu bagaimana sebenarnya penyakit ain boleh berlaku. Berikut adalah contoh bagaimana anak boleh terkena penyakit ain.

Bermula dari tatapan mata pada anak kecil dan berkata, “Comelnya anak ini. Montel. Gebu. Geramnya.”

Keesokan harinya anak menjadi sakit, kuat menangis dan tidak tentu arah. 

Jadi, sebaiknya jika ingin memuji anak perlulah memuji dengan menyebut nama Allah untuk mengelakkan bayi sakit yang berlarutan.

Contohnya seperti”Masya Allah, tabarakallah” yang bermaksud Apa yang dikehendaki Allah pasti terjadi, semoga Allah memberkati.

Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Apabila Ia Bukan ‘Hanya Sekadar Ruam’: Membantu Anda Menguruskan Penyakit Dermatitis Atopik Anak Anda
Apabila Ia Bukan ‘Hanya Sekadar Ruam’: Membantu Anda Menguruskan Penyakit Dermatitis Atopik Anak Anda
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?

Cara untuk mengubati penyakit ain dalam islam

Namun ada beberapa cara boleh digunakan untuk mengubati penyakit ain. Antara pengubatan yang terbaik adalah dengan cara ruqyah. Doa-doa sahih dan ayat-ayat al-Quran seperti al-Fatihah dibacakan ketika sesi ruqyah dilakukan.

Selain itu, mengamalkan doa dibacakan Rasulullah SAW kepada Hasan dan Husain:

 

بِسْمِ اللهِ أَرْقِيْكَ، مِنْ كُلِّ شَيْئٍ يُؤْذِيْكَ، مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْ عَيْنٍ حَاسِدٍ، اللهُ يَشْفِيْكَ، بِسْمِ اللهِ أَرْقِيْكَ.

Maksudnya: Dengan mana Allah, saya meruqyahmu dari segala sesuatu yang menyakitimu, dari kejahatan setiap jiwa atau setiap mata yang dengki, semoga Allah menyembuhkanmu, dengan nama Allah saya meruqyahmu. (HR. Muslim)

Doa elak penyakit ain

Seperti sedia maklum, mencegah itu lebih baik dari mengubati. Adalah lebih elok jika pencegahan mampu dilakukan dari awal dengan mengamalkan doa penyakit ain untuk mengelakkan anak menjadi mangsa serta mengalami penyakit berbisa ini.

Ibu dan ayah perlu mengajar anak-anak untuk membaca surah-surah pendek. Antara surah yang perlu diamalkan adalah surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas. Baca surah-surah ini selepas solat subuh atau maghrib.

Hal ini disebut oleh Ustaz Syadam Husain Al-Katiri dalam video ceramahnya di youtube Yufid TV. Beliau berkata, “Yang sudah dewasa untuk menghafal surah dibaca setiap hari, yang kecil dicatat dan dihafal.

Kalau yang bayi, Rasulullah mencontohkan doa untuk cucunya Hasan dan Husain.”

Bahaya Penyakit Ain Bayi, Ini Cara Yang Perlu Ibu Buat Untuk Elak Dari Terkena

Antara doa yang diamalkan Rasulullah SAW yang boleh diamalkan ibu dan ayah:

1. Untuk anak kecil lelaki

أُعِيْذُكَ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ، مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّةٍ

U’iidzuka bikalimaatillaahit-taammah, min kulli syaithoonin wa haammah, wa min kulli ‘ainin laammah

2. Untuk anak kecil perempuan

أُعِيْذُكِ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ، مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّةٍ

U’iidzuki bikalimaatillaahit-taammah, min kulli syaithoonim wa haammah, wa min kulli ‘ainin laammah

Maksudnya: Aku memohon perlindunganmu dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna, dari segala gangguan setan, binatang penganggu, dan dari pandangan mata yang buruk.

Sebab itulah ada sesetengah ibu ayah baharu memilih untuk tidak berkongsi wajah si kecil mereka daripada tatapan umum. Usahlah mengecam tindakan tersebut kerana mereka memilih untuk tidak terkena penyakit ini. Semoga bermanfaat!

Gempak

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bukan Saja-Saja, Ada Sebab Orang Tua Melarang Ibu Berkongsi Gambar Bayi Di Media Sosial

Baca juga: Ustazah Ini Pesan Jangan Selalu Kongsi Gambar Anak Di Media Sosial, Takut Jadi Mangsa Sihir

Baca juga: Waspada Jenayah Seks Kanak-Kanak Media Sosial, Jangan Post Gambar Anak Sesuka Hati!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ain Yusof

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Bahaya Penyakit Ain Bayi, Ini Cara Yang Perlu Ibu Buat Untuk Elak Dari Terkena
Kongsikan:
  • Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

    Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

  • Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

    Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

  • Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

    Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

  • Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

    Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

  • Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

    Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

  • Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

    Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham