Saya ingin berkongsi sedikit tentang cara penjagaan atau penyesuaian diri anak sulung saya dengn menerima adik baru ketika dalam tempoh berpantang. Pada mulanya, setelah bersua muka anak sulung saya hanya tersenyum dan mula memanggil anak bongsu saya dengan panggilan ‘baby’.
Ianya merupakan pertanyaan kepada saya dan saya menjawab ‘adik’ kepadanya. Dia mulai faham kerana ketika saya hamil lagi saya sudah memaklumkannya dia akan menerima adik baru sambil menunjukan gambar ultrasound kepadanya.
Tidak Mahu Anak Sulung Terpinggir Selepas Ada Adik Baru
Setiap hari ketika tempoh berpantang saya akan menyelesaikan rutin penjagaan anak sulung dahulu sebelum anak yang baru lahir ini kerana saya tidak mahu anak sulung saya merasa terpinggir kerana mempunyai adik.
Saya juga tidak lupa sentiasa berkomunikasi dengannya seperti bertanya tentang permainannya atau apa yang sedang dilakukannya dan mengajarnya berkomunikasi bersama adiknya serta mengajarnya menyayangi antara satu dengan lain.
Ketika makan pula saya akan bertanya dahulu apa yang diinginkanya untuk makan kerana tidak ingin memaksanya sehingga menolak sebarang makanan dan merajuk.
Di sini juga saya tidak akan mengugut atau memberi amaran seperti tidak menyayanginya dan menyayangi adiknya sahaja.
Ini boleh menyebabkan ia bertindak memukul atau mencederakan adiknya jadi saya mengambil pendekatan secara lembut bagi memenangi hatinya agar sentiasa menjaga dan menyayangi adiknya.
Jaga Hati Anak Sulung Agar Dapat Terima Adik Baru Dengan Hati Terbuka
Selain itu, saya cuba untuk menggelakkan daripada percakapan yang kasar padanya agar tidak menyentuh emosinya.
Ketika waktu permainannya saya cuba untuk mengikut rentak permainannya dan cuba membawa situasi adiknya dalam permainan fantasinya. Ianya akan mendorong anak saya menjaga dan menerima adik baru kelak nanti.
Saya juga mengajar anak sulung saya kerja-kerja rumah yang ringan untuk memudahkan saya dan memupuk nilai displin dalam dirinya seperti mengambil pampers atau barangan adik, meletakkan pinggan mangkuk di singki, mengemas mainan sendiri, meletakkan baju kotor di tempat baju dan mengajarnya mandi sendiri dan menggunakan sabun dengan betul.
Jika ia dilakukan setiap hari maka beban rutin kerja harian saya menjadi mudah dan senang.
Ketika saya hendak ke klinik pula, saya akan sentiasa mengajak anak jika ingin mengikut.
Dia pandai bertanya pada saya adik akan ke klinik untuk apa. Dan saya akan memaklumkan bahawa adik akan diberi suntikan dan dia akan faham di samping takut pada suntikan.
Jadi dia akan mengambil keputusan tinggal bersama ayahnya sahaja. Tapi saya akan berjanji padanya untuk tidak lama meninggalkan bersama ayahnya.
Jika saya ingin membelikan sesuatu yang baru pada anak sulung saya atau anak bongsu, saya akan membelikan kedua-duanya sekali agar anak sulung tidak merasa iri atau marah.
Tapi jika adiknya diberi hadiah saya akan cuba memberitahunya hadiah untuk adik dan berjanji akan memberinya hadiah nanti.
Mungkin dia akan sedikit kecewa tetapi ia akan merasa gembira mendapat sesuatu yang baru dari saya atau ayahnya.
Pelukan dan ciuman dari saya adalah satu perangsang untuknya menjaga adiknya di masa yang mendatang jika wujud perasaan sayang pada dirinya.
Untuk mengetahui sikap baiknya pada adik ketika dia membelai dan membawa adiknya berkomunikasi walaupun tidak diberi respon.
Bagi Perhatian Sama Rata
Saya juga sentiasa mengambil gambar mereka berdua sehingga anak sulung meminta sendiri dari saya untuk mengambil gambar mereka berdua.
Sebagai ibu pada mereka saya amat gembira melihat senyuman bahagia pada wajah mereka jadi saya akan sentiasa memastikan mereka tidak merasa terpinggir dan menerima antara satu dengan lain.
Jika saya ingin bermanja, mencium atau memeluk anak bongsu saya akan membuat perkara yang sama pada kedua-duanya untuk menjaga emosi gembiranya. Jika dia merasa dirinya tidak disayangi saya akan memujuknya semula agar tidak merasa sedih.
Menjadi satu kesilapan pada saya jika tidak menghiraukannya jadi saya harap tidak leka menjaga anak kecil berbanding anak sulung.
Walaupun pandangan masyarakat bahawa mempunyai dua anak adalah mudah bagi saya tanggungjawab ini amatlah berat jika tidak berlaku adik pada kedua-duanya, banyak kesan buruk akan terjadi pada hubungan persaudaraan mereka kelak.
Sebagai contoh, merendahkan antara satu dengan lain, mengejek atau saling berkelahi serta berselisih faham. Ianya membawa keburukan yang amat tidak sihat dalam perhubungan persaudaraan.
Jadi penjagaan emosi dan sikap yang mesti dipupuk dan dipraktikkan ketika kecil mestilah dibawa hingga dewasa bagi memupuk nilai kasih sayang sesama persaudaraan adik beradik.
Jika anda berminat untuk menghantar artikel anda kepada pihak kami, anda boleh menghantar penyertaan anda di sini. Anda hanya perlu memilih topik yang diingini dan sebaik sahaja artikel anda diterbitkan, anda akan menerima RM60 untuk setiap artikel yang diterbitkan.
Artikel ini ditulis oleh VIP Parent Siti Rohaini Majin untuk theAsianparent Malaysia. Dia seorang suri rumah, ibu kepada dua orang cahaya mata berumur 3 tahun dan satu bulan. Dia amat menitikberatkan displin dalam penjagaan anak dari kecil dan berharap dapat belajar lebih lagi.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Cabaran Dan Pengorbanan Seorang Anak Sulung, Dari Mata Seorang Ibu
Baca juga: Ibu Ayah, Mari Bantu Anak Sulung Mengalu-Ngalukan Anak Kedua Anda Agar Tahu Nilai Sayang Keluarga.
Baca juga: Setiap ibu dan bapa mempunyai satu anak kesayangan tertentu : Kajian
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!