Bagaimana saya menjadi seorang "ibu harimau"

Saya harap anak saya yang mampu bersikap dan berkelakuan bagaikan orang dewasa, namun hakikatnya, dia hanya berumur setahun. Oleh sebab jangkaan saya tidak dipenuhi, saya mula menjadi tegas terhadapnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Saya tidak akan menganggap diri saya sebagai seorang ‘ibu harimau’. Saya tidak dibesarkan oleh seorang ibu harimau ataupun mengenali sesiapa yang merupakan ibu harimau.

Seorang ibu harimau merupakan seseorang yang membesarkan anak-anak beliau dengan cara tradisional Cina, yang merangkumi peraturan yang ketat, konsep “cinta tegas”, dan disiplin dengan harapan bahawa anak-anak mereka menjadi insan yang berjaya.

Malah, ibu saya amatlah memahami saya dan adik saya. Walaupun saya hanya berjaya mencapai 2A dalam peperiksaan SPM, ibu saya tetap menunjukkan kebanggaan terhadap pencapaian saya. Sungguhpun begitu, beliau tidak lupa untuk menasihati saya bahawa pencapaian tersebut perlulah berdasarkan usaha yang gigih.

Apabila saya memasuki alam kolej, beliau tidak pernah sesekali meleteri saya untuk belajar walaupun saya lebih suka keluar dan berlepak dengan rakan-rakan. Walaupun saya tidak setekun seperti dahulu, saya tetap berjaya menamatkan pengajian dengan CGPA3.87.

Perkara ini berterusan sehingga saya mendapat ijazah saya dalam Sains Politik dan pada waktu ini, saya sedang melaksanakan tanggungjawab saya sebagai pensyarah untuk tahun yang keempat. Saya telah berkahwin dan anak saya berusia 18 bulan. Saya juga telah menjadi seorang ibu harimau kepada anak saya.

Saya tidak pasti bagaimana saya menjadi seorang ibu harimau, saya tidak sedar apa yang terjadi kepada saya, tetapi, saya tahu bahawa saya tidak menjadi seorang ibu harimau dalam sekelip mata. Hal ini merupakan percantuman peristiwa-peristiwa lampau yang membentuk perwatakan saya untuk melayan orang yang tersayang secara tegas hanya kerana CINTA.

Sebagai ibu-ibu harimau, kami bukanlah tegas hingga tidak berperasaan. Kami tetap memiliki emosi, perasaan serta kekecewaan. Saya bermula menjadi tegas pada anak saya yang berusia setahun. Dia sangat aktif dan bersemangat. Dia juga bersikap degil; sifat yang diwarisi daripada kami pasangan berdua dan saya bimbang tentang kelakuannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Saya seorang ibu baharu dan saya tidak pernah benar-benar menyukai kanak-kanak.

Saya harap anak saya yang mampu bersikap dan berkelakuan bagaikan orang dewasa, namun hakikatnya, dia hanya berumur setahun. Oleh sebab jangkaan saya tidak dipenuhi, saya mula menjadi tegas terhadapnya.

Saya tidak pernah teruja atas perkara-perkara kecil yang dia lakukan. Saya tidak pernah memberinya kredit untuk pencapaian kecilnya kerana saya percaya bahawa dia boleh melakukan lebih baik; Dia boleh berkelakuan lebih baik dan dia boleh jadi lebih baik! Apabila dia mengambil langkahnya yang pertama, saya percaya bahawa dia harus berjalan lebih awal.

Saya memperkenalkan rotan kepadanya pada berumur 1 tahun. Saya benar-benar mengikuti gaya Pavlov dengan mengaitkan kesakitan sebagai kaedah pembetulan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia patahkan hati saya apabila anak saya yang hanya berumur 1 tahun “memukul” dirinya pada bahagian paha setiap kali dia melakukan sesuatu yang salah dan saya berkata “Pukul, pukul”.

Ia patahkan hati saya apabila dia menangis secara diam-diam kerana saya “memukulnya” dengan ringan. Pada masa itu, saya hanya berfikir bahawa kelakuannya adalah salah.

Sekarang, anak saya semakin membanggakan saya; pada umur 14 bulan, dia boleh menolong saya lap meja, tempat mainannya, meletakkan baju kotornya dalam bakul dan sedang cuba vakum lantai rumah. Kadang kala, dia sangat baik dan penyayang tetapi dia juga nakal, kadang kala.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Saya menjadi begitu tegas dengan mendisiplinkan beliau, dan saya lupa bahawa dia hanya 1 tahun. Semakin hari-hari berlalu, saya mula menjadi tegas terhadap suami saya juga.

Semua yang dilakukannya tidak pernah cukup baik. Saya asyik berfikir bahawa dia boleh melakukan lebih, dia boleh membantu lebih banyak, dia boleh melakukan perkara-perkara tanpa saya untuk meminta beliau berbuat demikian.

Jadi, setiap hari, sedikit demi sedikit, saya menjadi seorang ibu harimau. Cuba menggalakkan orang untuk melakukan yang terbaik kerana saya seorang pencapai; Saya boleh mengimbangi 2 pekerjaan, menulis kertas penyelidikan, kertas cadangan PhD saya, dan menjaga keluarga saya, semua pada masa yang sama, oh, dan dengan hanya 3 jam tidur semalam, jika saya bertuah!

Saya menyedari bahawa saya menjadi seorang ibu harimau kerana saya tidak melepaskan kemarahan atau kekecewaan saya. Tidak ada saluran untuk komunikasi dan saya menjadi seorang yang tegas sebagai mekanisme pertahanan diri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Saya menulis ini untuk mengingatkan diri saya untuk menghargai setiap perkara kecil yang anak saya dan suami saya buat untuk saya.

Ini adalah untuk semua perkara-perkara yang mereka lakukan yang tidak cukup untuk saya. Ini adalah untuk semua cinta yang mereka telah memberi kepada saya, yang tidak dibalas oleh saya.

Ini adalah untuk kegembiraan yang mereka telah berkongsi dengan saya yang tidak dihargai oleh saya. Ini adalah untuk keluarga yang saya ada saya akan cuba memahami dan menyayangi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Michelle Goh