Bagaimana Saya Menjadi Seorang Ibu Yang Tenang

Ibu yang sentiasa tenang adalah amat penting untuk kanak-kanak, tetapi menangani kemarahan sebagai ibu bapa bukannya mudah. Jom baca lanjut untuk mengetahui cara-cara menangani emosi anda!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sejak saya menjadi ibu, saya cepat berasa marah, mungkin kerana saya merasa penat dengan peranan baru saya sebagai seorang ibu.

Tetapi saya sedar yang saya tidak dapat membesarkan anak yang tenang dan bahagia jika saya tidak belajar untuk menguruskan emosi saya sendiri.

Saya juga tidak akan dapat menjadi model yang positif untuknya.

Jadi saya memulakan usaha saya untuk belajar menjadi ibu yang tenang dan memberi respons dengan lembut walaupun ketika saya berasa marah dan kecewa.

Saya ingin berkongsi di sini apa yang saya telah pelajari.

Jika anda juga ingin menjadi ibu bapa yang lebih tenang, saya berharap anda akan memperoleh inspirasi yang anda perlukan.

1. Mengakui bahawa saya bertanggungjawab terhadap reaksi saya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kadang-kadang, kita rasa yang anak kita itulah yang “bersalah” terhadap reaksi marah kita. Mereka yang menyebabkan kita naik angin.

Tetapi, sebenarnya kita sendirilah, sebagai seorang dewasa, yang harus bertanggungjawab untuk menguruskan emosi kita dan memastikan kemarahan kita berada di bawah kawalan.

Dan, bukannya menyalahkan anak kita!

Sebenarnya, cara kita bertindak balas terhadap sesuatu tingkah laku mungkin berbeza mengikut perasaan kita pada masa itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebagai contoh: jika anak saya menumpahkan susu di atas meja ketika angin saya baik, saya tidak akan menganggap perkara itu sebagai satu kesilapan besar.

Saya hanya akan meminta dia supaya lebih berhati-hati lain kali.

Tetapi jika saya berasa penat atau tertekan, saya lebih cenderung untuk bereaksi dengan pantas dan mengatakan sesuatu dengan nada marah.

Contohnya:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Kamu tumpahkan susu lagi!” “Kamu selalu menumpahkan susu kamu!”

Juga, apabila kami sekeluarga perlu keluar dan anak saya enggan bekerjasama, tindak balas saya jelas dipengaruhi oleh keadaan emosi saya.

Sekiranya saya berasa OK, saya mempunyai kesabaran yang lebih tinggi dan saya akan cuba untuk tarik perhatian dan meyakinkan si kecil itu untuk keluar.

Sekiranya saya sedang marah, saya rasa lebih sukar untuk berkomunikasi dengannya dengan cara yang lembut.

Jadi, saya cenderung untuk memarahinya dan kurang sabar dengannya.

Hakikatnya, saya mengakui yang keadaan emosi saya pada satu-satu ketika adalah pengaruh yang penting di dalam cara saya bertindak balas terhadap tingkah laku anak saya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini telah membantu saya untuk lebih mengenal perasaan saya dan belajar untuk mengawalnya dengan lebih baik.

2. Mengenal pasti pencetus yang menimbulkan perasaan negatif saya dan menanganinya.

Langkah seterusnya selepas mengetahui betapa pentingnya keadaan emosi saya adalah untuk mengenal pasti pencetus yang biasanya membuat saya marah.

Saya juga telah kenal waktu-waktu yang saya kurang mampu bertenang, iaitu biasanya pada waktu petang, ketika saya merasa letih selepas hari yang sibuk.

Kemudian, saya akan cuba untuk menangani pencetus tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berikut adalah dua perubahan yang membantu saya:

A. Luangkan waktu bersama

Selepas saya tahu yang saat anak saya nakal adalah salah satu pemicu terbesar yang membuat saya naik angin, saya telah membuat satu slot istimewa untuk kami habiskan masa bersama.

Saya lakukannya setiap kali saya memerlukan kerjasama daripadanya.

Dengan cara ini, dia mendapat perhatian khusus daripada saya dan berasa lebih bersedia untuk bekerjasama.

Perubahan ini berjaya menghalang saya daripada merasa marah dan kecewa.

B. Ubah rutin harian

Saya juga mengubah rutin harian kami untuk memastikan bahawa saya mendapat masa tenang yang saya perlukan.

Saya cuba menggantikan waktu kami bermain atau melakukan aktiviti bersama-sama dengan waktu untuk saya memberi tumpuan kepada diri saya sendiri dan melakukan sesuatu yang saya suka.

Sekiranya saya bersendirian di rumah dengan anak saya dan saya berasa penat atau tertekan, saya memberinya mainan atau aktiviti khas untuk dia buat ketika saya berehat.

Jika suami saya ada di rumah, saya akan meminta suami untuk meluangkan masa dengan anak kami untuk membolehkan saya berehat.

3. Menggunakan kaedah “berhenti dan berfikir”

Mengelak dari marah adalah perkara terbaik yang boleh kita lakukan untuk anak kita, tetapi selalunya ia sukar terjadi.

Apabila kita rasa yang kita sudah hampir untuk naik angin dan hilang sabar, kita harus cari jalan untuk berhenti seketika dan fikirkan reaksi yang sepatutnya ditunjukkan di depan anak-anak kita.

Saya ada membaca tentang kaedah “berhenti dan berfikir”, tetapi saya baru sahaja dapat melaksanakannya baru-baru ini dan ia mempunyai kesan yang hebat!

Idea ini sangat mudah: apabila saya berasa sangat marah dan mula untuk bertindak secara kasar terhadap anak saya, saya berhenti dan berfikir tentang apa yang berlaku:

  • Adakah tingkah laku anak saya benar-benar nakal atau hanya saya yang melebih-lebih dan tidak mampu menenangkan diri sendiri?
  • Bagaimana saya akan bertindak balas jika saya lebih tenang?
  • Apakah sebab di sebalik tingkah laku anak saya?

Menjawab 3 soalan ini memberikan saya pemahaman yang lebih baik tentang keadaan dan membantu saya menyesuaikan reaksi saya.

Kadang-kala, kanak-kanak terlibat dalam tingkah laku negatif kerana mereka berasa terputus hubungan dengan kita.

Dan, ini adalah cara mereka menunjukkan kepada kita yang mereka memerlukan lebih banyak perhatian dan kasih sayang dari ibu ayah.

Saya selalu ingatkan diri sendiri yang apabila saya melihat anak saya berkelakuan negatif, saya perlu melihat sebab di sebaliknya dan membantu anak saya untuk mengatasi emosi negatif yang membebani dirinya.

Sebaik sahaja dia berjaya menangani emosinya, tingkah lakunya akan bertambah baik dan saya akan menghadapi situasi yang kurang tertekan sebagai ibu bapa.

4. Beristirehat apabila saya berasa tertekan dengan emosi saya.

Sekiranya saya berada di dalam keadaan marah, saya lebih suka berehat dan tunggu sehingga saya dapat menenangkan diri saya sebelum menyelesaikan masalah yang telah mencetuskan kemarahan saya.

Saya akan berkata kepada anak saya bahawa saya memerlukan sedikit masa untuk bertenang dan saya akan duduk di suatu tempat selama beberapa minit.

Apabila saya rasa lebih tenang dan dapat mengawal perasaan saya, saya kembali kepada anak saya dan kami membincangkan apa yang terjadi.

Ini membantu saya untuk mengelak daripada memarahinya atau menaikkan suara saya apabila saya berasa marah.

Saya juga cuba untuk mendapatkan “waktu saya”, atau “me time“.

Ia adalah masa bersendirian di mana saya dapat berehat dari peranan saya sebagai seorang ibu dan saya boleh melakukan apa yang saya suka.

Ini membolehkan saya mengecas semula bateri saya dan kembali dalam mood yang lebih suka tenang dan gembira.

5. Bercakap tentang kemarahan saya.

Satu cara hebat untuk memerangi kemarahan adalah dengan membincangkannya!

Pelbagai kajian menunjukkan bahawa kita boleh mengatasi dan memahami emosi kita jika kita menukar kata-kata negatif kepada kata-kata positif.

Apabila saya rasa ada sesuatu yang mengganggu saya dan membuat saya marah, saya akan membincangkannya dengan suami atau kawan saya. Ia sangat membantu!

Perbincangan ini membolehkan saya memahami apa yang mencetuskan kemarahan dan memberi inspirasi kepada saya untuk mencari penyelesaian.

Saya juga kadang-kadang bercakap dengan anak saya tentang kemarahan, tetapi dengan cara yang berbeza.

Saya menjelaskan kepadanya bahawa tingkah lakunya membuat saya marah dan saya sedang melakukan yang terbaik untuk menangani kemarahan dan untuk mencegahnya.

Perbincangan sebegini boleh menjadi peluang yang baik untuk bercakap tentang kemarahannya juga dan mencari penyelesaian bersama.

Saya sedar yang kita adalah contoh kepada anak-anak kita dan cara kita menangani emosi kita akan mengajar mereka untuk mengawal emosi mereka sendiri.

Perbincangan terbuka ini mempunyai kesan yang baik kepada saya dan saya juga telah menemui beberapa perkara mengenai saya yang saya tidak pernah sedar sebelum ini.

Jika anda mempunyai detik-detik yang sukar dan kemarahan itu mengawal anda, saya mencadangkan anda untuk cuba memberitahu rakan anda tentang perkara-perkara yang anda alami.

Ia boleh membantu!

Rumusan – 5 langkah jadi ibu tenang

Untuk meringkaskan semua yang saya tulis di sini, berikut adalah 5 langkah yang membantu anda menjadi seorang ibu yang tenang:

  1. Saya cuba mengelakkan diri dari marah dengan mengakui apa penyebabnya dan berusaha memperbaiki keadaan emosi saya.
  2. Saya menggunakan masa untuk merapatkan hubungan dan meluangkan masa istimewa dengan anak saya untuk membina hubungan yang lebih kuat antara kami dan untuk mengelakkan kelakuan negatifnya yang membuat saya marah.
  3. Saya menggunakan kaedah “berhenti dan berfikir” untuk memastikan saya tidak mengatakan atau melakukan perkara-perkara kasar hanya kerana marah.
  4. Jika saya tertekan dengan emosi saya, saya mengambil masa untuk bertenang.
  5. Saya lebih memberi tumpuan kepada pembelajaran untuk menangani emosi saya dan saya membincangkan detik-detik sukar saya apabila saya merasakan bahawa perasaan negatif mempengaruhi hidup saya.

Perjalanan saya untuk menjadi ibu yang lebih tenang adalah suatu perjalanan yang berterusan.

Saya cuba untuk menjadi lebih baik setiap hari dalam menguruskan emosi saya sendiri.

Saya tahu ia adalah sangat penting untuk membesarkan anak saya dengan cara yang lembut dan saya bersedia melakukan yang terbaik untuk mencapainya!

Ia tidak selalunya mudah untuk bertenang, tetapi saya berharap saya akan menjadi lebih baik pada masa depan.

Jika anda melalui perjuangan yang sama, cubalah untuk mencari apa yang terbaik untuk anda!

Ya, ia agak mencabar untuk belajar menangani emosi yang kuat dengan cara yang lembut, tetapi ia benar-benar berbaloi apabila kita dapat membesarkan anak-anak yang bahagia dan berkeyakinan!

Rencana diterjemah daripada Playful Notes.

Baca juga:

Para Ibu Sekalian, Jom Ambil Sedikit “Me Time” untuk Bersendirian dan Berehat

Penulis

Michelle Goh