8 Cara Mendidik Anak Dari Bayi, Pasti Mereka Kenal Erti Disiplin Sejak Kecil!

Jika anda ikut cara mendidik anak dari bayi ini, pasti anak anda akan terbiasa untuk mendisiplinkan diri mereka. Jadi ibu ayah, semak 8 perkara penting ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila bayi semakin besar, adalah normal untuknya mula menunjuk perangai-tantrum, melawan cakap, dan sebagainya. Ramai ibu bapa ketika ini mula tertanya-tanya, adakah cara mendidik anak dari bayi?

Sebenarnya, ukar untuk mendisiplinkan anak yang sudah besar, apatah lagi kanak-kanak kecil yang belum pandai menerima sebab. Pakar di Young Parents mencadangkan beberapa peraturan penting untuk kita ikuti semasa mendisiplinkan anak yang lebih muda.

8 Cara Mendidik Anak Dari Bayi, Didikan Anda Membentuk Diri Mereka Kelak!

1. Disiplinkan dengan sayang

Walaupun anda memilih untuk mendisiplinkan anak, anda harus ingat untuk lakukan ia dengan rasa sayang. Disiplin bukanlah memaksa anak anda untuk berkelakuan dengan cara tertentu, tetapi untuk dapatkan yang terbaik untuk anak anda.

Selepas mendisiplinkan anak anda, pastikan dia tahu anda menyayanginya, berikannya pelukan.

Foto: Dreamstime

2. Tunjukkan kerjasama

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda fikir anda rasa anda mempunyai dua pengajar yang garang/baik di rumah, anda perlu berubah.

Anak anda bijak-dia boleh menangkap kepada siapa dia boleh lepaskan diri dan akhirnya keadaan akan menjadi lebih sukar untuk membetulkan kelakuannya. Konsisten adalah kunci utama.

3. Tiada perkara seperti anak yang ‘nakal’

Anak kecil mempunyai kawalan impuls yang belum berkembang – mereka belum boleh menerima niat yang jahat atau kejam. Jadi, adalah penting untuk pastikan yang tidak kira bagaimana buruk kelakuan anak anda, dia bukanlah anak yang ‘nakal’.

Malah, jika anda memanggil anak anda ‘nakal’, anda harus hentikannya – dia akan fikir anda sedang melabel dirinya bukan perbuatannya. Sebaliknya, terangkan kepadanya apa yang dia buat itu salah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Foto: Fotolia

4. Fahami anak anda

Kanak-kanak sering membuat perangai buruk jika ibu bapa mereka kurang sabar dan tidak munasabah untuk memahami dan mencapai kehendak mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak anda masih kecil dan masih belum tahu bagaimana untuk menghadapi rasa bosan, lapar dan kepenatan. Kadang-kala kita hanya perlu bersabar.

5. Buat peraturan

Sesetengah ibu bapa bertindak memberi anak-anak mereka terlalu banyak kelonggaran, bertolak ansur dengan perangai buruk.

Namun, lagi muda anak anda, lagi banyak sempadan dia perlukan. Jika tidak menangai perangai buruk, keadaan akan menjadi lebih sukar kemudian nanti.

6. Pukul atau tidak?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun ramai di antara kita memukul anak kita dan mereka kelihatan baik sahaja, pakar menyatakan hukuman yang kasar akan merosakan anak secara psikologi. Kajian menunjuan bahawa kanak-kanak yang dipukul lebih cenderung mempunyai isu depressi, dadah, dan amarah terhadap orang dewasa.

Cuba cara disiplin yang lain dahulu, namun jika anda rasa anda betul-betul perlu memukul anak anda, anda tidak patut lakukannya dalam keadaan marah.

7. Masa senyap dan kanak-kanak

Untuk kanak-kanak berusia 2 tahun ke atas, masa senyap dia sudut senyap dan selamat adalah teknik yang efektif. Pakar menyatakan tentukan seminit mengikut umur anak anda. Contohnya, dua tahun akan mendapat 2 minit, dan 4 tahun mendapat 4 minit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

8. Alih perhatian anak anda

Untuk anak yang lebih kecil, ibu bapa boleh cuba mengalihkan perhatiannya supaya tidak terlampau bersedih. Alihkan perasaan sedih dan tidak selesa dengan aktiviti menarik seperti permainan atau lagu. Siapa yang tidak pernah menghiburkan anak yang cerewet makan dengan sudu ‘kapal terbang’?

Penulis

Aqma