47 cara senang untuk bahagiakan isteri, tak payah keluar duit banyak pun!

Nak bahagiakan istri ini sebenarnya senang saja pun. Cukuplah kalau anda buat 47 cara ini. Pasti isteri akan semakin bahagia dan menyayangi anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Para suami selalu ingat nak bahagiakan istri ini susah dan perlu mengeluarkan banyak duit. Mereka anggap semua isteri mahu suami yang romantik, selalu bagi duit dan sebagainya.

Tapi apa yang mereka tak tahu, senang saja pun jika nak bahagiakan istri ini. Hati seorang wanita mudah tersentuh. Cukuplah kalau suami bijak bagi hati isteri berbunga-bunga. 

Itupun sudah mampu buat mereka bahagia. Isteri juga faham memang ada sesetengah suami yang tidak romantik atau malu untuk melakukan benda-benda romantik. 

Sebab itu kami sediakan 51 cara bahagiakan istri ini. Ia sungguh mudah dan tak perlu mengeluarkan duit yang banyak. 

Apa yang mampu membahagiakan seorang wanita ialah diberi perhatian oleh pasangannya. Bagaimana nak beri perhatian?

Dengan 47 cara bahagiakan istri inilah! Tak percaya cuba anda buat salah satu dari perbuatan ini:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

47 cara bahagiakan istri – tak perlu keluar duit banyak pun!

  1. Bagi video sweet – cuba kirim video tersebut dalam whatsApp, pasti isteri tersenyum
  2. Pasang lagu kegemaran isteri 
  3. Jika anda lihat isteri sibuk menjaga anak, cuba anda tolong masak untuknya
  4. Tulis ucapan terima kasih atau penghargaan pada isteri sepanjang perkahwinan. Isteri pun nak rasa dihargai juga!
  5. Ambil alih menjaga anak sekejap. Bagi isteri waktu untuk berehat sekejap
  6. Buat sebarang perhiasan yang lucu dan beri pada isteri
  7. Hadiahkan buku yang isteri teringin sangat nak baca — tak kiralah buku puisi atau novel
  8. Ajak isteri menari dalam rumah. Dengar lagu dari Spotify saja
  9. Buat video dari semua koleksi gambar kalian
  10. Bangun awal dan siapkan sarapan buat isteri, lebih best kalau dihidang atas katil
  11. Tengok filem kegemaran isteri sebelum tidur
  12. Tulis surat cinta untuk isteri, pasti dia tersenyum sepanjang hari!
  13. Mention atau tag isteri pada FB atau IG dengan kata-kata yang bagus.
  14. Ajak anak buat surprise untuk isteri
  15. Cukur janggut dan misai anda!
  16. Sediakan satu hari khas untuk bersama isteri
  17. Ajar anak menyanyi lagu kegemaran isteri
  18. Pakai baju yang isteri beli
  19. Bersenam sama-sama
  20. Berikan kejutan dalam beg tangannya
  21. Untuk bahagiakan istri, cuba lakukan kerja rumah untuknya. Bantu dia sekejap!
  22. Buat kek brownies
  23. Tawarkan diri untuk jaga anak
  24. Bagi isteri memanjakan diri di spa
  25. Hantar mesej nakal dan romantik di siang hari
  26. Tinggalkan nota di sekitar rumah
  27. Tunjuk benda lawak pada isteri
  28. Pasang lagu kegemaran isteri saat bersenggama
  29. Bawa isteri ke tempat yang dia nak pergi
  30. Ceritakan pada isteri benda lucu saat anda masih kecil
  31. Hargai benda-benda kecil yang isteri buat. Mungkin cara dia memasak atau cara dia senyum setiap pagi
  32. Buat kuiz online yang ada
  33. Tengok wayang berdua
  34. Cari gambar-gambar lama dan kenang zaman lalu
  35. Beri pujian pada isteri di depan orang
  36. Beri ciuman setiap pagi hari
  37. Bawa isteri berjalan-jalan
  38. Beli chocolate kegemarannya
  39. Beli ais krim kegemarannya juga!
  40. Telefon isteri ketika anda di tempat kerja
  41. Rakam video lucu dalam telefonnya
  42. Urut isteri anda
  43. Berkhelah di taman
  44. Puji isteri anda itu.
  45. Ajak anak memasak dan surprise isteri
  46. Tanam pokok sama-sama
  47. Beri hadiah yang bertahan lama

Ha, senang saja kan? Bolehlah anda lakukan 47 benda ini untuk bahagiakan istri anda. Apa salahnya jika mereka diberi perhatian lebih sikit dari anda.

Penat lelah mereka menjaga anak dan menguruskan rumah tangga itu sendiri sudah tidak ternilai.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Artikel ditulis oleh Alwyn Batara dan dibenarkan penterjemahan dari theAsianparent Philippines

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Ayu Idris