Bahagian Tubuh Bayi Yang Berbeza Mempunyai Suhu Yang Berbeza

Sebenarnya, suhu badan yang normal untuk bayi ialah dari 37°C hingga 38°C. Namun ia bergantung pada bahagian tubuh di mana suhu tersebut di ambil.

Memantau suhu badan bayi sebenarnya adalah amat penting untuk dipraktikkan oleh semua ibu bapa. Ini kerana suhu yang terlalu rendah atau terlalu tinggi boleh membahayakan mereka.

Apakah suhu badan normal bayi? Tahukah anda sebenarnya bahagian tubuh bayi yang berbeza mempunyai suhu yang berbeza?

Sebenarnya, suhu badan yang normal untuk bayi ialah dari 37°C hingga 38°C. Namun ia bergantung pada bahagian tubuh di mana suhu tersebut di ambil. Rujuk gambar di bawah yang telah dikongsi oleh Breast Pumps Shop.

Bagaimana mengambil suhu badan bayi?

Terdapat banyak cara bagaimana anda boleh mengambil suhu badan bayi, sama ada di bahagian permukaan kulit seperti dahi, dalam mulut atau bahagian sedikit dalam seperti lubang dubur. 

Baca juga: Ini suhu normal bayi dan cara betul untuk menyukat suhu badan mereka

  • Rectal thermometry 
    Ia merupakan salah satu cara yang paling tepat untuk memeriksa suhu bayi. Malah ia merupakan salah satu cara yang disarankan. Tetapi bagi anak yang lebih besar, mereka mungkin paling tidak selesa dengan cara ini.
    Julat suhu normal untuk cara ini ialah: 36.6°C to 38°C.
  • Axillary thermometry
    Cara ini juga kurang sesuai bagi memeriksa suhu bayi memandangkan ia jauh dari teras badan. Malah ia juga mudah dipengaruhi oleh faktor persekitaran.
    Julat suhu normal untuk cara ini ialah: 36.5°C to 37.5°C.
  • Oral thermometry
    Cara ini kurang sesuai digunakan pada bayi. Malah ia juga tidak berapa tepat kerana mudah dipengaruhi oleh makanan atau minuman yang baru dimakan.
    Julat suhu normal untuk cara ini ialah: 35.5°C to 37.5°C.

Cadangan bahagian yang sesuai mengambil suhu bayi:

  1. baru lahir hingga dua tahun : rektal dan axillary
  2. dua hingga lima tahun : rektal dan axillary
  3. lebih lima tahun : oral dan axillary

Termometer digital paling selamat & tepat

Termometer yang paling selamat dan disyorkan untuk bayi dan kanak-kanak adalah termometer digital, kerana termometer merkuri sangat toksik jika pecah. Kini terdapat banyak jenis termometer di pasaran yang boleh digunakan termasuk termometer yang diletakkan di ketiak, telinga, mulut, ataupun yang dilekatkan pada dahi. 

Tetapi termometer yang dimasukkan ke dalam rektum dianggap paling tepat dan mudah digunakan pada bayi.

Termometer yang boleh dimasukkan ke dalam rektum berbentuk fleksibel dan mempunyai tempat memegang yang luas supaya ia lebih senang untuk dikendalikan. Sebelum menggunakan termometer rektum, ibu bapa perlu pastikan ianya dibasuh dalam air sabun ataupun dibasmikan dengan alkohol. 

Untuk menggunakan termometer rektum, pastikan termometer bersih. Basuh dalam air sabun atau lap dengan alkohol. Pastikan bayi anda dalam posisi meniarap.

Kemudian gunakan sedikit jeli petroleum di hujung termometer dan masukkan termometer kira-kira 2 cm ke dalam rektum. Tunggu hingga termometer berbunyi sebelum menarik keluar termometer untuk membaca hasilnya.

Jika ibu bapa mendapati suhu normal bayi telah meningkat dengan tinggi dalam masa yang terdekat jangan berlengah dan hubungi doktor dengan segera. Bimbang bayi akan terkena sawan. 

Apakah suhu yang tidak normal?

Bagi bayi, suhu terlalu rendah, hipotermia dan suhu terlalu tinggi, hipertermia boleh membahayakan mereka.

Hipotermia

Hipotermia ialah keadaan keadaan di mana suhu terlalu rendah.

Ia boleh terjadi apabila bayi dibiarkan di dalam keadaan terlalu sejuk dalam jangka masa yang lama.

Selain itu, jangkitan juga boleh menyebabkan penurunan suhu yang mendadak.

Hipertermia

Keadaan di mana suhu badan terlalu tinggi. Sama ada demam atau strok panas.

Suhu badan meningkat boleh disebabkan oleh jangkitan, reaksi terhadap ubatan atau trauma.

Apakah yang boleh anda lakukan?

Suhu terlalu rendah

Mengawal selia dengan memberi sentuhan kulit ke kulit dengan badan anda.

Letakkan mandikan bayi anda dengan air sedikit panas (tidak terlalu panas) hingga ke bahagian dada. Letakkan bayi berhampiran alat pemanas.

Suhu terlalu tinggi

Bukakan baju bayi anda dan pakaikan pakaian yang nipis. Jangan selimutkannya. Basahkan atau mandikan bayi dengan air suam terutamanya bahagian pelipat.

Jangan biarkan suhu terlalu rendah kerana menggigil boleh menyebabkan suhu badan meningkat.

Sumber: buzzle

Penulis

Aqma