Adakah Tanpa Sedar Bahan Kimia Ini Sedang Jejaskan Kesuburan Anda?

Jika anda cuba untuk hamil namun masih gagal, ia mungkin kerana tahap kesuburan anda telah terjejas dek terdedah pada bahan kimia ini tanpa anda sedar!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cubaan untuk hamil gagal

Ujian kehamilan anda gagal lagi? Ada tak apa-apa yang sedang menjejaskan kesuburan anda?

Adakah anda selalu terdedah pada bahan kimia tapi tidak pernah fikirkan kesan-kesannya?

Tanpa disedari, kita sebenarnya terdedah kepada bahan kimia setiap hari melalui produk yang kita guna, makanan yang kita makan dan udara yang kita sedut.

Pendedahan harian kepada bahan kimia mungkin tidak membahayakan kesihatan.

Tapi menurut kajian ini, ada satu kumpulan bahan kimia biasa bernama Endocrine Disrupting Chemicals (EDCs), yang boleh menjejaskan kualiti sperma serta embrio!

Anda mungkin sudah kenal beberapa jenis EDC yang paling biasa, antaranya BPA (Bisphenol A), phthalates dan parabens.

Selain mengurangkan peluang wanita untuk hamil, ia juga boleh memberi kesan kepada kesihatan jangka panjang pada bayi dalam kandungan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun EDC sudah wujud dalam badan kebanyakkan individu, namun menurut kajian, mereka yang sedang cuba untuk hamil mempunyai tahap EDC yang lebih tinggi.

EDC juga selalu dikaitkan dengan peluang hamil yang lebih kurang untuk pasangan yang cuba hamil melalui IVF.

#1 Kurangkan bahan kimia dalam makanan untuk meningkatkan kesuburan 

Sumber: Women’s fitness

Adalah penting untuk mencuci buah-buahan dan sayur-sayuran sebelum makan kerana ia mungkin telah disembur bahan kimia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semburan ini mengandungi EDC, jadi, rendam sayur-sayuran anda dan pastikan ia dicuci dengan teliti.

Bahagian dalam setiap tin makanan juga diselaputi oleh bahan yang mengandungi EDC, sama seperti plastik yang digunakan untuk membungkus makanan.

Elak dari makan makanan yang diproses atau pra-bungkus.

Baca juga label pada semua produk makanan dan elak makanan yang mempunyai bahan tambahan, pengawet dan agen anti-bakteria tertentu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jumlah EDC dalam ikan, termasuk salmon, tuna, sardin dan daging berlemak mungkin lebih tinggi.

#2 Jauhi botol plastik 

EDC juga digunakan dalam pembuatan botol air minuman dan minuman plastik.

Jadi kurangkan mengambil minuman ringan dari botol plastik yang lembut.

Jangan minum air dalam botol yang telah lama terdedah pada suhu panas kerana air itu akan menyerap EDC yang tinggi dari plastik.

#3 Jangan panaskan makanan dalam bekas plastik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: Wikmedia

Bekas bungkusan plastik, cling wrap dan aluminum foil juga mengandungi EDC yang boleh menyerap ke dalam makanan apabila dipanaskan, terutamanya makanan berlemak. 

Sebaliknya, panaskan makanan anda dalam bekas jenis porselin atau kaca – dan tutup dengan menggunakan pinggan atau tuala kertas.

Ingat, walaupun bekas plastik itu diiklankan sebagai ‘BPA free‘, ia masih boleh mengandungi EDC lain seperti BPS (Bisphenol S), yang juga menjejaskan kesuburan.

#4 Buang resit lama

Terutamanya resit jenis berpemukaan kilat kerana ia mempunyai BPA!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5 Hirup udara segar

Ubat penyegar udara, asap, bahan kimia yang kuat, ubat semburan nyamuk, produk minyak wangi, bau plastik, serta zarah yang dikeluarkan dari perabot rumah semuanya mengandungi EDC.

Cara mengatasi ialah dengan sentiasa membuka tingkap dan membiarkan udara segar masuk ke dalam rumah untuk mengurangkan zarah kimia.

#6 Pilih produk mesra alam

Kebanyakkan produk rumah mempunyai EDC, dan ini termasuklah sabun pencuci, sanitizer tangan, agen pembersih, dan ubat pembersih permaidani.

Bahan kimia ini juga boleh didapati dalam gam, cat, dan varnis.

Gantikan produk pembersih rumah dengan produk alternatif mesra alam yang boleh didapati di pasaraya.

#7 Produk kecantikan dan alat solek

Produk seperti syampu, perapi, pewarna rambut, kosmetik dan sabun badan boleh mengandungi EDC yang dikenali sebagai parabens. Jadi pilihkan produk bebas daripada paraben.

Produk penjagaan diri tanpa paraben kini semakin popular dan akan mempunyai label yang jelas “paraben free” pada item tersebut, supaya pengguna tidak perlu menghabiskan masa membaca senarai bahan.

***

Dengan melakukan beberapa perubahan kepada cara hidup anda, ia boleh mengurangkan peluang anda daripada terdedah kepada EDC.

Apabila anda sudah tahu cara untuk mengelakkan bahan-bahan kimia ini, kesuburan anda mungkin akan bertambah baik. 

Sumber: Pursuit, Universiti Melbourne

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Program IVFKasih kos rendah untuk pasangan yang ingin hamil

Penulis

Rosanna Chio