Rumah terlalu bersih ada banyak bahan kimia dari produk pembersih
Penyakit Chronic Obstructive Pulmonary Disease (COPD) adalah penyakit yang sering dikaitkan dengan perokok, boleh menyebabkan kerosakan paru-paru yang tidak dapat dipulihkan.
Pesakit akan sesak nafas dan terpaksa bergantung kepada oksigen tambahan.
Tapi kita masih malas untuk menggunakan sarung tangan dan topeng pelindung semasa mencuci rumah. Tahukah anda perbuatan tersebut memudaratkan kesihatan?
Menghidu bahan kimia ketika membersih rumah
Kajian baru, “Adakah Anda Tahu Apa yang Anda Hidu?” yang telah dibentangkan di Kongres Persatuan Pernafasan European, mendapati pendedahan kepada bahan kimia pembersih, seperti peluntur, boleh meningkatkan risiko COPD sebanyak 32%.
Ini menyokong kajian tahun lalu yang dilakukan oleh Universiti Bergen di mana 5,000 pekerja pembersih telah kehilangan 17% fungsi paru-paru berbanding orang biasa.
Bahkan orang yang selalu membersihkan rumah kehilangan sebanyak 14% fungsi tersebut!
Bahan kimia yang memudaratkan kulit dan pernafasan
Dr Gill Jenkins, salah seorang pengarang “Adakah Anda Tahu Apa yang Anda Hidu?” berkata:
“Kebanyakkan produk pembersih mengandungi bahan iritasi yang boleh merangsangkan kulit dan pernafasan.
Ini termasuklah peluntur, ammonia, serta jenis-jenis sebatian ammonia lain,” katanya.
Ramai pakar menyalahkan bahan kimia isothiazolinones yang terdapat dalam pengilat, pelembut kain dan bahan pencuci.
Jika anda baca label botol, anda akan mendapati banyak produk mesra kulit yang tidak mempunyai bahan kimia juga melampirkan amaran kerengsaan kulit.
Jadi, kenapa kata ia produk mesra kulit?
Apa bahan kimia dalam produk pembersih yang anda gunakan?
Menurut Daily Mail, ini adalah antara bahan-bahan kimia yang terdapat dalam produk pembersih yang boleh menyebabkan kerengsaan kulit, mata ataupun sistem pernafasan.
1. Benzalkonium klorida
Pengawet antimikrob dalam bentuk gel pekat berwarna putih atau putih kuning, biasanya mempunyai bau aromatik sederhana dan digunakan sebagai detergen.
Ia boleh menyebabkan kerengsaan kulit, mata, pernafasan dan alahan.
2. Natrium hipoklorit
Ejen berasaskan klorin ini adalah bahan aktif dalam peluntur. Pada tahap yang rendah, ia boleh mengganggu mata, kulit dan saluran udara.
3. Isothiazolinones
Ada methylisothiazolinone atau MI dalam kandungannya, dan dikatakan sebab peningkatan alahan seperti alahan dermatitis sentuh di mana kulit akan menjadi merah dan gatal.
4. Limonina
Selalu digunakan untuk memberi bau seperti limau lemon kepada produk pembersih. Ia boleh berubah menjadi formaldehid yang dikaitkan dengan kanser apabila terdedah kepada udara.
Jangan lupa untuk memakai sarung tangan dan topeng pelindung apabila membersihkan rumah.
Langkah senang ini boleh mengelakkan anda dari mendapat kerengsaan.
Pastikan semua tingkap dibuka, dan biarkan udara luar masuk ketika menggunakan produk pembersih.
Jangan menggunakan produk-produk semburan apabila anak dalam bilik yang sama. Suruh anak ke bilik lain, sebelum anda memulakan pembersihan.
Sumber: Channel New Asia
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
Waspada Kandungan Bahan Berbahaya Dalam Produk Kosmetik Anda, Ia Boleh Menyebabkan Kanser!