Lelaki Ujar Rasa Sayang Melalui Gerak Geri Badan, Bukan Kata-Kata - Anda Setuju Atau Tidak?

Sebenarnya, lelaki pun guna bahasa tubuh dan bahasa berlapik untuk tunjuk yang mereka sayang si isteri. Ini antara bahasa mereka yang kita tak sedar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sama sahaja dengan wanita yang lebih suka menggunakan bahasa berlapik atau berkias bila nak menunjukkan betapa dia menyayangi seorang suami, lelaki pula lebih gemar menggunakan ‘bahasa sayang lelaki’

Mesti akan ada yang tertanya-tanya, apa itu bahasa sayang lelaki? Apakah berbeza dengan bahasa sayang wanita? Kami ada pencerahan tentang isu ini dan berikut adalah sedikit perkongsian tentang antara bahasa ‘badan’ lelaki.

Kredit: Jack Sparrow/Pexels

1. Makanan

Sebenarnya suami sangat suka dapat makan masakan isteri tapi, tidak diucapkan secara lisan.

Cara lelaki menunjukkan yang mereka menghargai isteri mereka memasak untuk mereka, mereka akan makan tanpa banyak soal selepas itu akan tambah makan. 

Pada mereka ini sudah jelas menunjukan mereka suka sebab memang jaranglah hendak memuji secara lisan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Kereta

Perempuan akan nampak lelaki macam terlampau sayangkan kereta mereka. Sebenarnya mereka mempersiapkan kereta mereka untuk isteri tersayang juga.

Contohnya memastikan kereta bersih, minyak penuh serta memeriksa keadaan kereta dalam keadaan selamat. Nanti isteri tersayang hendak guna, tidaklah timbul macam-macam masalah.

3. Pakaian

Lelaki memang jarang sangat memuji pakaian si isteri. Bukan sebab mereka tidak hairan, tapi sebenarnya pada mereka, si isteri sentiasa cantik di mata asalkan kemas.

Lelaki kaum yang ringkas, mereka tidak pandai memuji yang lebih-lebih. Tapi sebenarnya sekali-sekala perlu juga ambil hati isteri.

4. Rumah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Freepik

Bab mengemas rumah lelaki memang nampak macam jarang menolong. Tapi hakikatnya, jarang menolong depan mata sahaja, di belakang isteri mereka akan membantu juga.

Contohnya kerja rumah yang berat-berat terutamanya, seperti membaiki paip sinki atau membetulkan pintu yang berbunyi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5. Hal tempat kerja

Kadang-kala lelaki bila balik kerja dia senyap sahaja. Kemudian tiba-tiba bercakap tentang hal tempat kerjanya, ini kerana lelaki hanya bercerita kepada orang yang dia percaya. 

Dia percaya isterinya akan memahami kesukaran yang dialaminya di tempat kerja. Setialah mendengar kerana mereka sangat menghargainya.

6. Solat

Bahasa lelaki yang paling jelas menunjukan yang mereka sayang pada isteri ialah dengan solat. Lelaki suka mengajak isteri mereka solat bersama kerana dengan menjadi imam kepada isteri, mereka menunjukan kasih sayang mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini menunjukkan yang mereka sentiasa ingin bersama isteri hingga ke syurga.

Apabila lelaki tidak menyatakan secara lisan, bukanlah bererti mereka tidak sayang. Cuma mereka lebih mengamalkan ‘action speaks louder than words’, perbuatan lebih jelas dari perkataan.

Sebenarnya, mereka lebih menggunakan bahasa sayang lelaki melalui gerak gerak badan mereka berbanding mengucapkan secara verbal kepada pasangan. Jadi para isteri, janganlah lekas merajuk jika suami lebih banyak berdiam.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Keluarga Lebih Bahagia Jika Anda Amalkan 5 Perkara Penting Ini, No 1 WAJIB Tau!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Aqma