4 BAHAYA yang boleh terjadi jika bayi anda tidur dengan bantal

Ketika menyediakan tempat tidur bayi, anda perlu tahu tentang apa yang anda perlukan. Bantal bukan salah satu darinya. Ketahui tentang bahaya bantal bayi.

Bila menyediakan tempat tidur untuk anak yang baru lahir atau yang bakal lahir ini, pastinya kita nak menyediakan tempat tidur tang paling selesa untuk mereka. Kalau boleh kita mahukan bantal yang empuk dan selesa untuk si kecil. Tapi tahukah anda tentang bahaya bantal bayi?

Walaupun mereka dilahirkan dengan bentuk kepala yang belum sempurna dan kepala mereka sangat rapuh malah lembut, mereka masih tidak memerlukan bantal untuk menyokong kepala mereka.

Lagipun, anak anda akan terdedah kepada 4 bahaya bantal bayi ini jika mereka didedahkan pada bantal ketika masih muda.

4 bahaya bantal bayi yang perlu anda ketahui

1. Sukar bernafas

Bantal yang empuk tidak boleh membantu bayi anda tidur dengan lebih nyenyak. Malah bantal yang empuk akan meningkatkan risiko bayi mati lemas.

Selain itu, lubang hidung bayi yang kecil boleh tertekan pada bantal dan menghalang saluran pernafasan ketika si kecil itu menggerakkan kepalanya.

2. Meningkatkan risiko Sindrom Bayi Mati Mengejut (SIDS)

Selain sesak nafas, bantal juga meningkatkan risiko SIDS. Pakar menasihatkan ibu bapa untuk tidak meletakkan apa-apa dalam tempat tidur bayi.

Ini termasuklah bantal, selimut, mainan lembut atau bantal peluk. Selain membataskan pergerakan bayi, ia juga sebab utama SIDS terjadi.

3. Menaikkan suhu badan bayi

Sarung bantal selalunya diperbuat daripada poliester atau kain selain kapas. Ini akan membuatkan bawah kepala menjadi panas dan meningkatkan suhu badan bayi.

Peluh atau panas berlebihan kerana sarung bantal mengakibatkan penyakit yang disebut sebagai hipertermia yang boleh mengancam nyawa.

4.Kepala rata

Tidur di bantal yang lembut terlalu lama menyebabkan sindrom kepala rata akibat dari tekanan yang berterusan.

Ini akan membuatkan kepala bayi semakin rata kerana anda tidak menukar posisi tidur mereka ke kiri atau ke kanan pada waktu tertentu.

Diharap 4 bahaya bantal bayi ini cukup untuk ibu bapa semua menimbangkan kembali penggunaan bantal untuk anak anda. Semoga ia bermanfaat!

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: theAsianparent Singapore

Baca juga

https://my.theasianparent.comanak-mati-lemas

Penulis

Nadia Ghafar