Apabila anda pergi ke pusat membeli belah atau acara untuk budak-budak, pasti ada bouncy castle kan? Anak-anak pula memang akan tarik-tarik tangan anda untuk pergi bermain. Tapi, adakah anda tahu tentang bahaya bouncy castle ini?
Pada tahun 2015, seorang kanak-kanak di Florida cedera selepas bouncy castle terperangkap di dalam puting beliung. Pada tahun 2016 pula, seorang kanak-kanak berusia 7 tahun bernama Summer Grand mati selepas bouncy castle diterbangkan oleh angin kuat semasa Summer bermain di dalam bouncy castle tersebut.
Walaupun amaran ramalan cuaca yang menyatakan akan ada angin yang kuat pada hari itu, pesta tersebut tetap memasang bouncy castle.
Saksi di pesta berkenaan berkata yang bouncy castle tersebut jatuh dan terbang tinggi sehingga anggaran 50 kaki akibat dari angin kuat.
Pekerja di pesta tersebut telah ditahan dan mereka mengaku tidak bersalah atas tuduhan kecuaian yang melampau. Perbicaraan kes ini masih diteruskan.
Semakin ramai ibu bapa yang sedar akan bahaya bouncy castle
Pada tahun 2012, lebih kurang 30 kanak-kanak di Amerika Syarikat telah dirawat oleh kecederaan dari bermain bouncy castle. Manakala di UK, lebih kurang 10,000 kecederaan direkodkan setiap tahun.
Baru-baru ini, seorang ibu di Singapura memberi amaran pada ibu bapa lain tentang bahaya bouncy castle. Menurut perkongsiannya, Ibu, Joanna Shen membawa anaknya ke zoo seni. Tapi hari yang sepatutnya menyeronokkan itu bertukar menjadi hari yang menakutkan pada ibu tersebut.
Ketika mereka hendak turun dari gelongsor bouncy castle, pekerja di sana mennyuruh dia dan anaknya untuk gelongsor secara berasingan. Jadi dia membiarkan anaknya turun dulu. Ketika tiba di bawah, anaknya tersadung dan mula menangis kesakitan.
Joanna terkejut apabila mendapati lengan kiri anaknya patah dan anaknya terpaksa dikejarkan ke hospital. Ia akan menambil masa lebih 1 bulan untuk anaknya sembuh seperti sediakala.
Jadi sama ada anda berhajat untuk pergi ke pesta atau merancangkan majlis hari jadi anak anda, adalah penting untuk anda sedar akan bahaya bouncy castle bagi membiarkan anak anda bermain tanpa rasa takut.
Cara melindungi anak anda dari bahaya bouncy castle
1. Ajar anak anda tentang zon selamat
Bouncy castle dipasang dengan cara yang berbeza dan sebahagian daripadanya boleh mengempis dari masa ke semasa. Oleh itu, bouncy castle boleh jatuh dan tidak selamat. Pastikan anak anda bermain di bahagian tengah dan elakkan dinding dan sudut.
2. Perhatikan anak anda
Pastikan ada orang dewasa yang menjaga kana-kanak semasa bermain di dalam bouncy castle. Pastikan ia diikat dengan tali atau ditahan dengan beg pasir.
3. Jangan bermain dengan terlalu kasar
Permukaannya memang lembut dan fleksibel, tetapi kecederaan masih boleh berlaku. Ini kerana kanak-kanak leka semasa bermain dan boleh menyebabkan aksi tolak-menolak atau melompat terlalu banyak.
Jika anda perhatikan yang anak anda main dengan kasar, hentikan mereka segera.
4. Patuhi amaran cuaca
Pastikan tiada amaran angin kuat pada hari tersebut. Jika ada, anda patut berhati-hati dan tidak pergi bermain bouncy castle. Ada banyak cara untuk bermain tanpa bouncy castle..
5. Pastikan bouncy castle sesuai dengan umur
Apabila anda mengadakan majlis untuk anak anda, ada pelbagai kanak-kanak lapisan umur akan hadir. Pastikan kanak-kanak yang besar dan kecil tidak bermain bersama. Remaja dan dewasa tidak boleh bermain bouncy castle semasa kanak-kanak sedang bermain.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sunber rujukan: TheAsianparent Singapore
Baca juga:
Anak suka bawa masuk mainan dalam bilik mandi? Anda pasti terkejut baca kajian ini!