Bahaya di taman permainan – ibu bapa jangan leka!
Adalah mimpi ngeri bagi ibu bapa jika anak mereka terlibat dengan bahaya yang menyebabkan kemalangan serius. Lebih-lebih lagi jika kita sendiri tak sedar tentang bahaya itu. Contohnya seperti bahaya di taman permainan.
Inilah yang terjadi kepada Jaden Lim beberapa hari selepas hari jadinya yang ke-5.
Ia terjadi di taman permainan berhampiran kawasan perumahannya. Selalunya Jaden ke taman permainan bersama ibunya, Suzanna Lim.
Namun pada hari kejadian, Suzanna demam dan Jaden ke taman permainan bersama pembantu rumah mereka.
Bahaya di taman permainan dalam sekelip mata!
Bersebelahan dengan taman permainan tersebut merupakan sudut bersenam yang terbuka pada orang awam.
Jaden ke kawasan tersebut untuk bermain salah satu alat senaman di situ. Semasa dia sedang berhayun di atas alat tersebut, Jaden terjatuh.
Jaden bernasib baik kerana pembantu rumah berada di sebelah dan berjaya menangkapnya sebelum dia tersembam di atas muka.
Tapi ibu jari kecilnya telah tersangkut pada jarak kecil pada alat senaman itu. Dan ia telah menyebabkan kecederaan yang serius!
Orang yang lalu di situ berjaya membantu Jaden melepaskan ibu jarinya. Kemudian, pembantu rumah mereka telah bergesa membawa Jaden pulang untuk membawanya ke hospital.
Bahaya di taman permainan hingga anak dibedah!
Betapa kadang-kadang kita tak sedar tentang bahaya di taman permainan ini!
Jaden telah ke hospital, kemudian doktor bedah telah menyuruh Jaden mengambil imbasan sinaran X.
Dan didapati jari Jaden patah dan terdapat serpihan tulang pecah yang perlu dikeluarkan sebelum jarinya terkena jangkitan.
Bukan itu saja, Suzanna telah diberitahu yang doktor bedah mungkin terpaksa memotong beberapa saluran darah di jari Jaden! Dan plat besi mungkin terpaksa dimasukkan ke dalam ibu jari Jaden.
Dahsyat, kan?
Enam minggu untuk sembuh
Jaden segera diuruskan untuk menjalani pembedahan kecemasan yang telah mengambil masa lebih satu jam.
Jaden bernasib baik kerana tiada plat metal yang diletakkan di dalam jarinya. Malah tiada saluran darah yang terpaksa dipotong.
Jaden mengambil masa empat hingga enam minggu untuk pulih sepenuhnya. Dan terpaksa melalui fisioterapi sebagai salah satu proses pemulihan.
Peraturan keselamatan di taman permainan
Bagi memastikan si kecil anda selamat dari mencederakan diri mereka semasa bermain di taman permainan atau kawasan luar rumah, ibu bapa harus mengambil perhatian tentang peraturan-peraturan keselamatan ini:
- Pastikan anak bermain di bawah perhatian orang dewasa
- Elak guna alatan yang basah atau rosak
- Tidak boleh tolak menolak
- Tidak menyalahguna alatan
- Jangan makan atau membuat sampah di taman permainan
- Pastikan mengikut saranan umur
Walaupun kawasan taman permainan di perumahan adalah kawasan yang Jaden sangat biasa, namun kemalangan tetap boleh terjadi tanpa disangka.
Walaupun mereka berhati-hati, malang tetap tidak berbau. Ia boleh terjadi sekelip mata. Jadi kita sebagai ibu bapa harus ada untuk mereka.
Sumber: theAsianparent Singapore
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comkanak-kanak-bermain/