BAHAYA: Hati-Hati Dengan Permainan "Ekor Ikan Duyung" Ini!

Permainan berbahaya ini hampir meragut nyawa seorang kanak-kanak! Pantau anak-anak anda jika mereka ingin berenang dengan ekor ikan duyung.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Video yang menggemparkan!

Baru-baru ini, sebuah video tular di media sosial Facebook. Ramai yang terkejut dan bimbang dengan keselamatan anak-anak mereka selepas menonton video tersebut. 

Video yang mengambil tempat di Amerika Syarikat itu menunjukkan seorang ibu sedang beriadah dengan anak-anaknya di kolam renang belakang rumah.

Dapat dilihat anak perempuannya berenang sambil memakai satu "ekor ikan duyung" yang menjadi trend hangat kini.

Tiba-tiba, anak perempuan itu hampir lemas kerana tersangkut setelah dia membalikkan dirinya. Semuanya kerana suit ekor ikan duyung tersebut.

Jadi, awas ibu bapa semua! Jaga-jaga dengan permainan baru ini. Ia mampu mengundang padah. 

Ekor Ikan Duyung Menyukarkan Anak-Anak Berenang

Oleh sebab ia salah satu trend hangat kini, ramai orang dewasa malah kanak-kanak memilih untuk pergi berenang dengan memakai ekor ikan duyung ini. 

Kredit gambar: Fantasy Fin

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ekor ini dibuat daripada kain fabrik yang dibentuk menjadi seolah-olah sirip ekor ikan duyung.

Ia panjang dan diakhiri dengan bahagian sirip ekor yang luas. Pemakai harus memasukkan kedua-dua kakinya ke dalam ekor ini.

Mengapa ia menjadi satu trend? Kerana dengan memakai ekor ini, pemakai boleh berenang seakan-akan ikan duyung atau ikan. Netizen merujuk aktiviti tersebut sebagai "mermaiding".

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tapi, ia sebenarnya membahayakan! Hal ini sebab kaki anda harus diikat bersama-sama (ketat memakai ekor ini), lalu menyukarkan anda untuk berenang!

Malah, anda juga perlu menahan nafas dengan lebih lama jika ingin berenang dengan ekor ini.

Ia berat dan jika anda tak boleh menahan nafas, anda mungkin akan pitam! 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ikut Panduan Keselamatan Ini

Oleh sebab ia telah mencetuskan pelbagai kebimbangan, kebanyakan syarikat yang mengeluarkan permainan ini telah mengesyorkan beberapa langkah keselamatan yang harus dipatuhi pengguna. 

Antaranya adalah:

  • Produk ini hanya untuk perenang yang berpengalaman dan kuat - berusia enam tahun ke atas.
  • Jangan menggunakan permainan sebagai pelampung.
  • Pengawasan daripada orang dewasa adalah wajib.
  • Kanak-kanak harus belajar bagaimana ingin menggunakan ekor ini.
  • Jangan guna ekor ini dalam air yang cetek.

Pemakai suit ekor ikan duyung ini juga diminta untuk mahir dalam beberapa kemahiran berikut, bagi menjamin keselamatan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Back float selama 30 saat: Penting untuk rasa selamat, tenang dan boleh berehat dalam air, jika anda kepenatan.
  2. Berguling daripada front float ke back floatboleh berpusing, mengekalkan kawalan dan selesa dalam air.
  3. Berenang 25 meter/kilometer dan bernafas tanpa bantuan ketika berenang: tak boleh pergi ke tepi kolam!
  4. Tendangan ikan lumba-lumba ke hadapan sebanyak 5 kali, tarik nafas dan ulang sekali lagi: ini pergerakan asas untuk anak anda boleh berenang dengan ekor ikan duyung ini.

Patuhi semua panduan ini sebelum anda berenang dan mermaiding bersama-sama ekor ikan duyung tersebut. 

Jika anda ingin membenarkan anak-anak anda bermain permainan ini, sila pantau dan sentiasa awasi mereka. Berenang juga boleh menyebabkan mereka lemas. Inikan pula dengan ekor ikan duyung yang entah berbahaya ini!

Jika anak anda berkeras untuk mendapatkan permainan ini, tunjukkan mereka video keselamatan di bawah, agar mereka tahu keselamatan yang perlu dipatuhi:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber rujukan: Kids Safety Network

Kredit gambar: Cute Girls Hairstyles

Penulis

Ayu Idris