Anak kecil ini terkena sawan kerana asyik main gadget iPadnya! Ibu bapa perlu lebih peka

Kalau anak ini tak kena sawan, pasti ibunya tak sedar bahaya gadget untuk anak. Lebih-lebih lagi kalau parent selalu beri iPad pada anak ketika sibuk!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahaya gadget untuk anak, ramai parents tak sedar

Kecoh Facebook di Filipina tempoh hari apabila seorang ibu, Maricon Molvizar Collamar dengan lantang berkongsi tentang bahaya gadget untuk anak yang ramai ibu bapa tidak sedar. 

Ibu tersebut berkongsi pengalaman teruk yang dihadapinya kerana gadget ini. Hari itu, anak perempuannya, Mikayla, telah terkena sawan dan lumpuh buat sementara kerana terlalu lama bermain iPad!

Menurut Maricon, sekitar pukul 11:30 malam itu, tiba-tiba dia terdengar Mikayla yang berusia 6 tahun meronta-ronta menjerit. Pada mulanya Maricon ingat anaknya asyik menjerit kerana ternampak lipas.

Tapi selepas beberapa seketika, Mikayla kembali menjerit dan memanggil-manggil nama ibunya. Maricon pun pantas mendapatkan Mikayla dalam bilik tidurnya.

Kredit: Facebook

Alangkah terkejutnya Maricon apabila mendapati Mikayla tak boleh bergerak! Dia tiba-tiba diserang sawan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak terkena sawan kerana kerap main iPad

Ibu tersebut cuba untuk mencari punca mengapa anaknya terkena sawan. Tiada bukti yang mengatakan Mikayla jatuh. 

Mikayla tidak dapat menggerakkan tangan kirinya. Maricon yang kerisauan pantas membawa anak perempuan itu ke hospital. Menurut Mikayla, dia tengah bermain dengan iPadnya ketika tiba-tiba dia terasa pening dan terus terkena sawan. 

Setibanya di hospital, doktor melakukan pelbagai pemeriksaan termasuklah imbasan CT dan x-ray untuk memeriksa jika Mikayla mempunyai sebarang kecederaan dalaman. 

Mikayla juga diperiksa melalui imbasan EEG dan MRI untuk memeriksa otaknya dan mengesan apakah punca sawan tersebut. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut salah seorang doktor yang merawat Mikayla, iaitu seorang pakar dalam merawat gangguan otak kanak-kanak, Mikayla terkena sawan kerana penggunaan gadget yang melampau.

Kredit: Huffington Post

Inilah bahaya gadget untuk anak yang ramai ibu bapa tidak sedar. Paparan skrin yang terlampau lama boleh menyebabkan sawan, sama ada serangan sawan yang biasa atau sawan fotosensitif!

Bahaya gadget untuk anak, jangan biar peristiwa ini berulang!

Sejak cuti sekolah ini, Maricon mengaku dia membenarkan anak perempuannya itu menggunakan gadget tanpa henti. Jadi Mikayla akan meluangkan masa bermain iPad dan menonton TV. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Maricon sengaja membenarkan anaknya bermain gadget ini tanpa henti kerana dia sibuk menguruskan perniagaannya. Sebagai seorang pengusaha, dia terpaksa bertungkus-lumus menyiapkan pesanan pelanggan. 

Dengan iPad, tumpuan anaknya akan teralih. Jadi dia tak payah selalu memantau segala perbuatan anaknya.

Kredit: Real Player

Ibu ini mengaku dia tahu salahnya. Dia kini sedar bahaya gadget untuk anak apabila melihat Mikayla sendiri terkena sawan hingga tak boleh bergerak. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nasib baiklah selepas keluar dari hospital, Mikayla tidak lagi terkena serangan sawan. Dia diberikan ubat dan hanya dibenarkan bermain gadget selama 2 jam setiap hari saja.

Maricon berkongsi pengalamannya ini untuk menunjukkan pada ibu bapa tentang bahaya gadget untuk anak yang selama ini ramai daripada kita ibu bapa tak sedar!

Moga-moga perkongsian ini dijadikan pengajaran untuk ibu bapa di luar sana agar tidak membenarkan anak-anak bermain gadget seperti iPad dengan terlalu kerap.

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

Artikel ini diterjemah daripada theAsianparent Philippines

Sumber rujukan: Facebook.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Suami Dan Anak Yang Suka Main Video Game Boleh Kena Sawan Fotosensitif!

Penulis

Ayu Idris