Bahaya gel gigi yang tak dijangka, tiba-tiba anak kecil ini tak boleh bernafas!

Apabila merengek-rengek si kecil ketika gigi susu pertama bakal tumbuh, apa ibu akan buat? Adakah ibu guna gel gigi pada anak? Hati-hati, ya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada mulanya, ibu ini memberikan anaknya gel gigi adalah kerana ingin merawat gigi anaknya yang sakit tapi apa yang berlaku seterusnya menjadi mimpi negeri! Ibu ini tak sangka bahaya gel gigi buat anaknya yang masih kecil itu.

Benar, tiada ibu yang mahu melihat anaknya sakit walaupun ia sebahagian daripada perkembangan anak. Seperti tumbuh gigi, ada kala bayi tidak selesa atau ‘gatal gusi’.

Seorang ibu Danielle Kapetanovic hanya memberikan gel gigi itu semata-mata mahu meringankan sakit gigi bayi perempuannya, tetapi dia tidak sangka bahaya gel gigi yang berlaku!

Bahaya gel gigi pada anak, ibu ini berkongsi kisah bagaimana anaknya berhenti bernafas

Pada mulanya, dia hanya mengikut nasihat seorang rakan dengan menyuruhnya membeli gel gigi yang diformulasikan untuk kegunaan malam. Dia hanya memberi sedikit sahaja untuk gusi anaknya seperti yang diarahkan.

Tetapi secara tiba-tiba, Chloe wajah anak perempuannya bertukar merah, menendang dan menjerit serta 10 hingga 15 saat selepas gel menyentuh gusi, anaknya tidak responsif, tulis Danielle dalam laman Facebook miliknya yang telah dikongsi sebanyak 100,000 kali.

Tidak terhenti di situ saja, Chloe turut lemas dan berhenti bernafas. Wajah dan tubuh kecil itu turut berubah kebiruan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Keadaan ketika itu sungguh mencemaskan, lantas dia meraih dan meletakkan anak perempuannya di atas badannya dan cuba mengerakkan badan tetapi tidak ada tindak balas. Dia cuba melakukan CPR pada bayi yang tidak sedar itu ketika suaminya menelefon 911.

“Saya menjerit ketakutan. Ini merupakan insiden paling menakutkan yang pernah berlaku pada saya dan keluarga!”

Beberapa minit kemudian, bayi itu mulai sedar dan pemeriksaan kesihatan dijalankan. Nasiblah insiden itu tidak mencederakan bayi perempuan terbabit.

Walaubagaimanapun, pengalaman itu cukup menakutkan Danielle hanya kerana bahaya gel gigi pada anaknya kerana ia mengandungi benzocaine.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahaya gel gigi pada anak-anak, ibu bapa sila faham label yang ditulis

Pendedahan itu dilakukan kerana Danielle tidak mahu ibu bapa lain turut melakukan kesilapan sama sepertinya. Lantas dia bertindak ingin memberi amaran kepada ibu bapa lain agar tidak sesuka hati memberi anak produk yang tidak baik dan secara tak langsung memberi kesan terhadap kesihatan anak.

Ini kerana lambakan produk tiruan untuk bayi terlalu banyak dijual. Jadi ibu bapa harus berhati-hati.

Sebelum membeli sebarang produk, pastikan anda melihat umur kanak-kanak yang sesuai menggunakan produk berkenaan pada kotak yang dilabel. Selain itu, lihat sama ada produk yang dijual sesuai untuk bayi atau tidak serta lihat terlebih dahulu rak yang disusun oleh peruncit. Takut-takut anda tersalah ambil!

Pentadbiran perubatan Amerika Syarikat mengeluarkan amaran terhadap ubat sakit berlebihan pada bayi bawah umur 2 tahun tanpa nasihat doktor. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini kerana risiko metheglobinemia pada ubatan tersebut berupaya mengganggu bekalan oksigen, menyebabkan gejala seperti sianosis (kulit kebiruan), loya dan pengsan.

Kaedah rawat gigi anak guna bahan semulajadi

Ibu bapa perlu berhati-hati apabila memperkenalkan sebarang bahan baru kepada anak-anak. Jika anak tidak selesa menggunakan gel gigi, maka terdapat bahan lain yang boleh digunakan.

Tetapi ubat-ubatan yang biasa ada di rumah boleh juga diberikan tetapi harus dapat nasihat ahli pediatrik terlebih dahulu.

  • Daging lembu. Ia membolehkan bayi menguruskan rasa sakit pada bahagian gusi apabila gigi susu tumbuh. Walaubagaiamnapun, ibu bapa harus berhati-hati, bimbang sekiranya anak tercekik lantas menambah bahaya lain pula.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Pisang sejuk. Memberi pisang sejuk pada anak membantu meringkan kesakitan gigi yang dialami. Tapi anda harus pantau!

  • Ekstrak vanila. Gosok sedikit pada gusi bayi anda untuk melegakan kesakitan secara semulajadi.

  • Ais kepal. Mungkin anda tidak percaya. Ais kepal merupakan cara terbaik untuk menurunkan keradangan dan meringankan kesakitan semasa tubuh gigi.

  • Sup lobak merupakan sayuran yang sesuai untuk mengubati sakit gusi apabila tumbuh gigi. Malah, ianya sedap di makan oleh anak kecil. Tapi hati-hati pastikan tekstur lobak di potong halus agar mudah dihadam anak. 

  • Berus gigi. Bukanlah untuk memberus gusi tetapi ia digunakan dengan membiarkan anak mengigit berus gigi tersebut. Malah ia membantu mengurangkan rasa tak selesa dan kesakitan saat peringkat tumbuh gigi terjadi.

Apa lagi cara lain yang ibu-ibu lakukan apabila anak gatal gusi? Kongsikan di ruang komen di bawah!   

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Good HousekeepingPeopleFood and Drug Administration

Artikel asal dari : theAsianparent Singapore

Baca juga:

Ini 3 sebab mengapa gigi susu anak anda perlu dicabut walaupun jika ia belum jatuh