Anak sekarang guna kod sexting dalam mesej - Parents wajib lebih alert!

Kelincahan remaja sekarang makin menjadi-jadi terutama apabila mereka menggunakan kod rahsia tertentu untuk menghantar mesej lucah pada teman yang berlainan jantina!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak yang sudah menjangkau usia tujuh tahun ke atas memang teruja bila mak ayah bagi telefon bimbit dan mereka ‘bebas’ bermain internet. Namun, tanpa kita sedar ada bahaya sosial media yang kadang kala kita terlepas pandang!

Trend terkini yang semakin tular ini sungguh membimbangkan. Semuanya kerana ada sesetengah ibu bapa tidak ‘peduli’ dengan penggunaan telefon bimbit anak-anak.

Senang cakap, tak tengok apa yang terkandung dalam telefon bimbit mereka. Hinggakan anda pasti tak sedar ada kod berunsurkan seks dalam telefon anak, sebenarnya!

Oleh itu, bagaimana kita sebagai ibu bapa sedar bahaya sosial media ini pada anak-anak yang semakin meningkat remaja?

Walaupun anak anda masih kecil, ada baiknya untuk mengetahui bahaya sosial media ini dengan lebih awal supaya dapat tanganinya di masa hadapan.

Bahaya sosial media: Apa itu sexting?

Sexting adalah tindakan atau perbuatan menghantar mesej berunsurkan seksual terutamanya melalui penggunaan teks mesej pada telefon bimbit.

Ia juga merangkumi gambar berunsur lucah yang dihantar melalui pelbagai cara seperti:

  • Emails
  • Chat siber
  • Website sosial media
  • Whatsap
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • Wechat
  • Lain-lain

Ibu ayah, anda mungkin tak perasan atau tak tahu mesej-mesej yang dihantar itu berunsur lucah kerana ia menggunakan singkatan atau akronim berkod rahsia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kalau anda sudah check telefon bimbit anak mengandungi kod rahsia ini, anda harus lebih waspada! Selain itu, anak-anak juga ada yang ‘master’ dalam penggunaan internet. 

Ia dijelaskan sendiri oleh Pakar Psikiatri, Dr Thomas Lee. Kanak-kanak jauh lebih bijak berbanding ibu bapanya terutama dalam menggunakan telefon bimbit dan internet.

“Anak-anak lebih tahu cara nak touch screen telefon bimbit, cara nak tangkap gambar, bagaimana nak padam “history” selepas layari laman sesawang tertentu dan menggunakan bahasa kod. Bahkan, ia terus meningkat setiap hari.

Di bawah ini ada senarai kod berunsurkan seks yang mungkin digunakan anak-anak dalam penggunaan mesej mereka setiap hari.  

Bahaya sosial media: Kod sexting rahsia, parents patut tahu ini supaya lebih alert!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Deseret News

Ini antara kod rahsia yang berjaya dibongkarkan:

  • CU46 : See You For Sex
  • LMIRL : Let’s meet in real life
  • Broken: Hug Over
  • DOC: Drug of choice
  • NIFOC : Naked in front of computer
  • GYPO: Get your pants off
  • IWSN: I want sex now
  • 53x: Sex
  • LH6 : Let’s have sex
  • TDTM : Talk dirty to me
  • 8 : Oral sex
  • SUGARPIC: Suggestive or erotic photograph
  • IPN : I’m posting naked
  • PAL : Parents are listening
  • PAW:Parents are watching
  • 9 and CD9 or CODE 9 : Parents are nearby
  • KPC: Keeping parents clueless
  • 99 : Parents are gone
  • MOS: Mom over shoulder
  • PIR : Parents in room
  • WTTP: Want to trade pictures?
  • KOTL: Kiss on the lips
  • PRON : Porn
  • 420 : Marijuana
  • ZERG: To gang up on someone
  • WUF: Where you from
  • WYCM : Will you call me
  • Q2C: Quick to cum
  • J/O: Jerking off
  • 459 or 143 : I love You
  • ASL : Age, sex, location
  • 182 : I hate you
  • 1174: Nude club
  • KMS: Kill myself
  • FWB: Friends with benefits
  • KYS: Kill yourself
  • P911: parent alert
  • SOS: Someone over shoulder
  • SSDD: Same stuff, different day
  • DTF: Down to F***
  • GTN: Got them nudes
  • J4F: Just for fun
  • KFY: Kiss for you
  • RUH : Are you horny?

Bahaya sosial media: Risiko pada anak-anak yang meningkat remaja

  • Kod sexting rahsia ini tidak akan berkahir dengan sesuatu yang baik. Walaupun anda lihat ia seperti mesej biasa saja, namun di sebaliknya, ia terkandung pengertian yang wajar dibimbangkan.
  • Jika melihat gambar-gambar berunsurkan lucah dalam telefon bimbit anak. Segera tanganinya supaya tiada perkara buruk terjadi.
  • Budaya snapchat sexting mewujudkan tekanan kepada golongan muda untuk mengambil bahagian dalam seksual.
  • Enam daripada 10 orang remaja mengatakan bahawa mereka teleh diminta untuk berkongsi imej atau video seksual.
  • Bahkan, ada mahasiswa universiti yang terlibat dalam hubungan seks tanpa persetujuan bersama.

Tips untuk ibu bapa

Kredit: Speed dating

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

(Jika anak anda berpotensi cenderung ke kancah sexting kod rahsia ini atau anak-anak yang telah terbabit dengannya)

1. Elakkan fokus pada aktiviti yang menyebabkan keburukan

Anak-anak mungkin sudah tahu apa yang mereka lakukan itu membawa kesan negatif. Tetapi kerana tiada pencegahan daripada kedua ibu bapa, mereka tetap hanyut melakukannya.

2. Luangkan lebih banyak masa dengan anak-anak

Memupuk hubungan baik dengan anak adalah dengan berinteraksi secara sihat. Anda juga harus tahu cara ‘menegur’ dan perlu ada garis privasi dengan anak-anak.

Selain itu, ibu bapa tidak digalakkan ‘serang’ privasi mereka tanpa sebarang bukti dan guna intonasi yang lebih lembut.

3. Berbual bersama anak dengan cara yang tidak konfrontatif

Anak-anak yang sudah terbabit denga gejala ini sering mengelak dari berbual dengan ibu bapanya. Tetapi tidak mengapa, hormati pendirian mereka itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun, komunikasi dua hala boleh menangani masalah ini.

Tanya kepada anak apa yang mereka tahu tentang sexting dan bantunya fikir adakah perlu berkongsi maklumat peribadi pada orang lain?

Justeru, berkomunikasi secara terus dengan anak-anak dapat mencegah perkara buruk ini dari terus berleluasa.

Semoga anak kita semua dijauhkan dengan perkara negatif sebegini.

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Jia Ling. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Baca juga:

https://my.theasianparent.compedofilia-di-malaysia/