Ibu Ayah, Sebelum Tidur Berasingan Dengan Si Manja, Ketahui Bahaya Yang Tersembunyi Di Bilik Bayi

lead image

Pastikan barangan serta hiasan bilik bayi anda selamat untuknya. Ketahui bahaya yang tersembunyi di bilik bayi dan panduan mengelakkannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Katil bayi, langsir tingkap berwarna warni, anak patung pelbagai bentuk sebagai peneman, lampu malam di hujung meja sebagai penyeri, kerusi bayi yang tinggi dan tentu sekali cat dinding berwarna merah jambu untuk bayi perempuan yang bakal lahir. Sempurna sudah bilik bayi anda!Bahaya yang tersembunyi di bilik bayi

Tunggu dulu! Tahukah anda bahaya yang tersembunyi pada sebahagian besar peralatan bilik bayi? Kami kongsikan beberapa kelengkapan biasa sesebuah bilik bayi serta pilihan yang lebih selamat.

Bahan kimia merbahaya
Barangan baru seperti katil khas, permainan dan cat mengandungi bahan toksik yang tinggi dan boleh meracuni bayi melalui pernafasan. Perhatikan perkara berikut:

• Katil bayi dan perabot – terutama yang dibuat daripada kayu, biasanya mengandungi formaldehyde – sejenis bahan aktif penyebab kanser () dan lelah (asthmagen) – yang digunakan pada kayu komposit dan kayu yang ditekan bagi pembuatan perabot. Pilihlah katil dan perabot lain yang diperbuat daripada kayu pepejal (solid wood). Sebagai alternatif, biarkan perabot baru di ruang yang terdedah pada aliran udara selama beberapa minggu sebelum diletakkan dalam bilik bayi.

• Cat – cat biasa boleh mengeluarkan toksik volatile organic compound (VOCs) sehingga 3 tahun atau lebih. Bahan kimia ini boleh hilang kemudiannya namun dalam masa tersebut ia menghasilkan wasap yang boleh menyebabkan kegatalan pada mata, iritasi pada hidung dan kerongkong, menyebabkan sakit kepala, pening dan loya serta mampu merosakkan hati, ginjal dan sistem saraf utama. Gunakan cat tanpa toksik, tanpa VOCs, solvent-free atau cat semulajadi seperti milk paint.

• Permainan – polyvinyl chloride (PVC) yang biasanya digunakan dalam pembuatan permainan bayi sehingga kepada bib bayi, biasanya mengandungi bahan toksik tambahan seperti phthalates, lead dan cadmium. Pilihlah permainan tanpa-PVC sebagai peneman bayi.

• Tilam bayi – kebanyakan tilam untuk katil bayi dibuat bersama bahan kimia seperti bahan kalis api, antibakteria dan bahan kalis air. Pilih tilam daripada bahan organik atau jangan sarungkan tilam selepas membelinya dan biarkan tilam terdedah pada aliran udara dalam jangka masa lama bagi menghilangkan wasapnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Langsir
Penyangkut langsir yang tidak dipasang sempurna dan kukuh boleh jatuh dan menyebabkan kecederaan pada bayi. Bagi mengelakkan perkara ini, pastikan semua peralatan langsir dipasang sempurna. Elakkan penggunaan rod penegang (tension rod) kerana keadaannya yang tidak kukuh. Sedikit rentapan pada kain langsir boleh menyebabkan ia jatuh.

Hiasan bilik
Jika anda inginkan perhiasan di dinding, pilih hiasan yang menggunakan kanvas ringan atau vinyl. Elakkan daripada menggantung apa-apa hiasan betul-betul di atas katil bayi kerana jika ia terjatuh, tidak dapat tidak ia pasti mencederakan bayi anda. Anak-anak kecil amat suka meneroka setiap sudut bilik apabila sudah pandai bergerak sendiri. Jadi, pastikan tiada hiasan seperti lampu tidur yang diletakkan pada tempat yang mudah dicapai seperti di tepi meja yang beralas.

Perabot
Perabot bilik yang diperlukan seperti katil bayi, kerusi malas serta almari baju harus dipastikan memenuhi piawai yang selamat. Bukan sedikit kes-kes kematian dan kecederaan pada bayi dan kanak-kanak disebabkan oleh perabot-perabot ini (baca laporan berkaitan di pautan rujukan). Elakkan kabinet dengan pintu kaca dan perabot yang mudah dipanjat. Bagi katil bayi, perhatikan antara ciri keselamatan berikut:
• Pastikan tin soda tidak dapat melepasi gerigi dinding katil bayi
• Pastikan kayu katil licin dan tidak berselumbar
• Pastikan bahagian tepi katil yang rendah adalah setinggi 9 inci daripada aras tilam dan tepi katil yang tinggi sekurang-kurangnya 26 inci dari aras tilam.
• Sentiasa gunakan sarung tilam bayi jenis fitted dan tidak longgar pada tilam
• Jika terdapat ruang diantara tilam dan katil, pastikan tidak melebihi dua jari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam memilih perabot serta hiasan bagi bilik bayi, dahulukan fungsi dan bukan rekabentuk atau jenama. Juga, apabila menentukan susunatur dalam bilik, fikirkan apa anak kecil anda mampu lakukan dan akan lakukan dalam biliknya dengan hiasan dan perabot yang tersedia. Ambillah masa untuk memikirkan semua ini supaya keselamatannya dapat dipastikan.

Rujukan:

5 Potentially Dangerous Nursery Decorating Mistakes
Infographic: Hidden Dangers in Your Baby’s Nursery
Infographic: A child died every two weeks in 2011 from furniture, TV and appliance tip-overs
New Injury Data from CSPC on Tip-Overs and Nursery Products
Create a Natural Baby Nursery
Product hazards – cribs

Kongsikan pandangan anda tentang topik ini di ruangan komen di bawah 🙂

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan