5,000 baju dalam akan diberi percuma selepas pemeriksaan payudara semakin tular!

Dapat baju dalam percuma selepas buat pemeriksaan payudara? Di mana? Betul ke? Apapun, anda jangan lalai untuk periksa payudara di rumah ya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

PULAU PINANG: Poster 5,000 baju dalam percuma yang akan diberi pada wanita di Permatang Pauh semakin tular di media sosial semalam. 

Poster tersebut memaparkan slogan “Jom pi periksa dada, terus dapat sarung dada”.

Maklumat dalam poster tersebut juga mendakwa baju dalam percuma terbabit akan diedarkan sebanyak 5,000 helai di Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Tok Kandu di Permatang Pauh pada 15 April nanti.

Walhal sebenarnya poster tersebut kini telah terbukti palsu!

Poster palsu baju dalam percuma

Poster palsu tentang baju dalam percuma itu memaparkan gambar seorang lelaki memakai kemeja Barisan Nasional (BN) dengan nama ‘Dato Sri Hj Ustaz Amran bin Nordin’.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beliau didakwa sebagai Pengerusi Barisan BN Permatang Pauh. Namun perkara itu tidak benar sama sekali kerana Pengerusi Barisan BN Permatang Pauh adalah Datuk Mohd Zaidi Mohd Said yang juga Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh.

Hingga kini, pihak Pergerakan Umno Permatang Pauh telah menjelaskan yang poster “baju dalam” terbabit adalah palsu dan sebenarnya disunting dari poster asal yang menawarkan 5,000 cermin mata percuma.

Siapa lelaki dalam poster itu? 

Seorang lelaki yang tidak dikenali telah menghubungi Mohd Zaidi pada malam Rabu tempoh hari menjelaskan nama dan gambarnya yang terdapat dalam poster itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut lelaki itu, gambarnya sengaja diguna sebagai bahan gurauan pihak-pihak tertentu. Kini, dia akan membuat laporan polis berhubung isu berkenaan. 

Tiada baju dalam percuma untuk wanita?

Kredit: Women’s Health

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nampaknya, sudah terbuktilah yang poster baju dalam percuma itu palsu. Jadi, tiadalah baju dalam percuma untuk kaum wanita, ya? Hmm…

Apapun, kami di theAsianparent ingin mengingatkan ibu-ibu dan kaum wanita di luar sana untuk tidak lupa melakukan pemeriksaan payudara di rumah bagi mengesan tanda-tanda kanser payudara.

Lebih baik mencegah dari merawat, ya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lihat! Betapa sepah Aeon selepas TMJ belanja rakyat Johor; beginikah cara bersyukur?

 

Penulis

Ayu Idris