Ada Banyak Baju Kanak-Kanak Yang Lama Dan Tak Lagi Dipakai? Dermakan Ia Di Sini!

Dulu anda suka beli baju untuk si manja. Tapi, cepat sangat mereka membesar! Sekarang banyak baju tak terpakai. Hmm... apa kata anda derma saja semua lambakan baju itu?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Biasalah tu – dulu ketika mereka membesar, anda suka beli pelbagai pakaian untuk mereka. Ada saja fesyen baru yang ingin anda cuba pakaikan pada anak-anak.

Itu belum kira hadiah baju-baju yang diterima. Sampai satu tahap, anda tak payah beli baju baru pun! Tapi kini… mereka semakin membesar. Mana nak muat dah dengan semua baju ini. Apa nak buat?

Nak turunkan semuanya pada anak yang lain, tiada adiklah pula! Hmm… apa kata anda derma saja lambakan baju lama yang tak dipakai itu? Bolehlah juga meringankan beban orang yang berkemampuan.

Sebenarnya, banyak badan amal di Malaysia ini yang boleh menerima derma dalam bentuk baju kanak-kanak yang lama!

Asalkan pakaian itu masih dalam keadaan elok. Anda boleh juga derma pakaian anda dan pasangan! 

8 Tempat Anda Boleh Derma Semua Pakaian Terpakai (pakaian kanak-kanak atau dewasa)

Jom semak 8 tempat mana anda boleh derma semua pakaian lama ini:

1. Kechara Soup Kitchen

Kechara Soup Kitchen adalah sebuah organisasi amal yang bergiat aktif dalam memberi bantuan kepada insan yang tak bernasib baik di sekitar Kuala Lumpur.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mereka amat mengalu-alukan sebarang derma atau sumbangan dalam bentuk pakaian. Yang penting, pakaian itu bersih dan masih elok!

Hubungi:  +603 2141 6046

Laman web: www.kechara.com

2. Pertubuhan Amal Seri Sinar 

Pertubuhan Amal Seri Sinar (PASS) adalah sebuah badan NGO yang ingin menggalakkan masyarakat untuk mengamalkan kitar semula. 

Oleh sebab itu, mereka telah menyediakan pelbagai tong kitar semula (warna oren) di sekitar Kuala Lumpur dan Klang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk keterangan lanjut tentang lokasi tong itu, sila semak di sini

Hubungi: +603 9021 1888

Laman web: www.recyclecharity.org

Kredit gambar: Laman web rasmi Pertubuhan Amal Seri Sinar

3. Jumble Station 

Jumble Station adalah sebuah pusat kitar semula yang ingin melindungi dan membela nasib keluarga dengan ibu/bapa tunggal. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mereka menerima semua barang-barangan yang tak diingini (terutamanya pakaian) untuk diberi kepada keluarga tak berkemampuan.

Hubungi: +6016 220 2958 (Mary Ann)

Laman web: www.jumblestation1.blogspot.my

4. Tong Clothes4Dawah

Clothes 4 Dawah adalah sebuah organisasi yang membuka tong kitar semula di sekitar Bangsar atau Kota Damansara. Mereka juga ada sistem drof-off yang bagus.

Semua barangan dan pakaian yang diderma akan dikitar semula dan diberi kepada rumah kebajikan atau gelandangan. 

Sesetengah barangan lagi akan diekport dan dibawa ke negara-negara dunia ketiga bagi membantu ekonomi mereka. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hubungi: +603 61515952

Laman web: Clothes4Dawah Facebook

Kredit gambar: Facebook Clothes4Dawah

5. Kedai Bless

Kedai Bless membawa konsep menjual semula barangan kitar semula dan barangan terpakai. Segala keuntungan penjualan akan diderma pada kanak-kanak pelarian Myanmar, pusat pemulihan dadah dan orang-orang Asli.

Hubungi: +6012 406 8002
Laman web: www.kedaibless.com

6. Free Market / Pasar Percuma

Free Market atau Pasar Percuma adalah sebuah gerakan yang ingin menggalakkan masyarakat untuk menderma (walau sekecil yang termampu) bagi membantu komuniti yang memerlukan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gerakan ini diasaskan oleh Syed Azmi Alhabshi dan Ahamad Emran. Untuk keterangan lebih lanjut tentang bagaimana anda boleh menderma, sila lawati laman Facebook mereka.

Laman Facebook: #FreeMarket 

7. The UN Refugee Agency Malaysia (UNHCR)

UNHCR adalah sebuah organisasi kebajikan yang berlandas pada perjanjian Geneva Refugee Convention 1951 untuk memastikan perlindungan antarabangsa kepada 32.9 juta penduduk seluruh dunia. 

UNHCR menggalakkan anda memberi sebarang bentuk sumbangan yang berguna.

Hubungi: +603 2118 4800

Laman web: www.unhcr.org.my

8. The Salvation Army (Family Thrift Stores)

The Salvation Army adalah sebuah perniagaan yang dijalankan dengan niat untuk membantu insan-insan tak berkemampuan dan tak bernasib baik. 

Kini The Salvation Army mengoperasikan Family Thrift Stores untuk mengumpul sebarang barangan atau pakaian terpakai untuk diderma.

Family Thrift Stores terdapat di empat lokasi iaitu di Melaka, Ipoh, Pulau Pinang dan Kuching.

Laman web: www.salvationarmy.org

Marilah sama-sama kita beramal sambil meringankan beban mana-mana insan yang tak berkemampuan. Apa salahnya menderma pakaian-pakaian lama itu, bukan? Jom kongsikan artikel ini agar semua ibu bapa berpeluang untuk menderma juga!

 

Penulis

Ayu Idris