6 perkara yang ibu bapa perlu ingat sebelum pilih fesyen dan baju anak

Memang semua baju kanak kanak nampak macam comel dan bersesuaian saja, tapi anda kena ingat 6 perkara ini juga untuk lebih prihatin tentang anak anda. Jangan sental semua demi fesyen!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebelum pilih baju kanak kanak, ingat 6 perkara ini dulu...

Salah satu perkara yang seronok menjadi ibu bapa adalah momen memakaikan baju kanak kanak dengan fesyen yang pelbagai.

Tapi, kadang-kadang kita lupa, dalam sibu fesyenkan anak-anak, kita juga harus lebih prihatin dengan kesihatan anak kita.

Mari kita lihat 6 perkara yang tidak wajar dilakukan dalam menentukan fesyen dan baju kanak kanak seperti di bawah ini:

1. Pakaian terlalu ketat

Mereka sedang membesar dan sentiasa membesar. Jadi kalau anda membeli pakaian yang terlalu ketat, ia bukan saja akan membazir kerana pakaian tersebut hanya boleh digunakan sementara saja, malah anak sendiri pun takkan selesa memakainya.

Lebih baik jika anda membeli baju kanak kanak atau pakaian yang sedikit lebih besar untuk mereka pakai. Bukan saja lebih selesa, malah ia juga boleh dipakai lebih lama!

2. Material baju yang bersesuaian

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pemilihan material fabrik atau kain yang bersesuaian juga amat penting. Ini kerana kanak-kanak mempunyai kulit yang lebih sensitif.

Sesetengah jenis material boleh menyebabkan kesan alergi, jadi anda perlu menentukan apa material yang tidak menimbulkan alahan pada anak anda. Jangan pakai sebat saja semua baju kanak kanak yang anda rasa comel, ya!

Material paling selamat ialah menggunakan material seperti kapas. Ini kerana kapas tidak terlalu tebal dan panas untuk kulit kanak-kanak yang sensitif.

3. Fesyen yang "kena" dengan iklim di Malaysia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nak pakaikan anak dengan jaket kulit yang tebal atau jaket sejuk dengan ropol-ropol yang comel? Fikir semua pilihan anda itu...

Ya! Jaket kulit itu memang sungguh cantik dan bergaya. Tetapi iklim di Malaysia sungguh panas. Pilih fesyen yang bersesuaian dengan cuaca kita agar anak-anak tidak terlalu panas. 

Jangan sampai mereka mengamuk pula kerana kepanasan. Anda pasti tak mahu ia terjadi, kan?

4. Pilih warna yang ceria

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Banyakkan warna-warna yang cerah dan ceria untuk baju kanak kanak. Ini bukan sahaja kerana ia tidak memerap haba, malah mereka juga akan kelihatan lebih ceria dengan baju yang berwarna-warni.

Betul tak? Jadi jangan asyik beli warna yang sama pada baju anak-anak, tau!

5. Baju sesuai dengan peringkat umur

Elakkan daripada terlalu mengikut fesyen hingga baju kanak kanak yang dipilih itu tidak sesuai langsung dengan peringkat umur anak. Contohnya seperti memakaikan seluar banyak butang untuk anak-anak yang baru belajar bebas lampin.

Atau memakaikan seluar jeans yang ketat pada bayi hingga tidak muat lampinnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pilihlah fesyen yang bersesuaian mengikut peringkat umur mereka. Jangan risau, apabila tiba masanya nanti, mereka pasti boleh memakai baju mengikut fesyen yang anda mahu.

6. Kombinasi baju terlalu pelik

Memang kadang-kadang sesuatu fesyen itu kelihatan cantik. Tetapi ia mungkin sebenarnya tidak sesuai buat anak-anak. Terlalu seksi atau terlalu menjolok mata juga tidak sesuai buat mereka.

Ia bukan sahaja tidak selesa untuk mereka malah ia boleh mengundang bahaya dan hazad. Pakaian terlalu banyak tali contohnya, boleh tersangkut semasa mereka bermain dan menyebabkan kecederaan.

Memang seronok memakaikan pelbagai jenis fesyen pada anak-anak. Melihat mereka di dalam pelbagai gaya. Tetapi janganlah jadikan mereka mangsa fesyen.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berikan mereka keselesaan untuk bergerak, berlari dan bermain. Pakaian yang tidak terlalu melebih-lebih dan panas untuk mereka. Jangan terlalu risau, sampai masa mereka oleh bergaya mengikut keselesaan mereka.

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Penulis

Aqma