Di saat ekonomi negara malah seluruh dunia berada di dalam keadaan tidak stabil, kita sebagai pengguna harus lebih berhati-hati dan bijak di dalam perbelanjaan. Ya, masih mahu berbelanja di pusat membeli belah tetapi perlu berjimat cermat.
Anda tahu di mana anda boleh berbelanja dengan bijak? Mungkin dulu ramai yang memilih untuk ke negara jiran untuk memborong baju kanak-kanak, baju-baju blaus yang selesa serta aksesori untuk persiapan perkahwinan atau perniagaan sendiri.
Tapi sebenarnya dalam negara sendiri pun boleh dapat pengalaman memborong seperti luar negara tau! Ada hikmahnya sempadan negara ditutup sementara bagi mengekang penularan wabak Covid-19, kerana ini masanya anda membantu meningkatkan ekonomi negara sendiri.
Baju ibu hamil? Baju anak-anak? Semuanya di bawah satu bumbung!
Berpusat di Kuala Lumpur, keluasan 500,000 kaki persegi, pusat membeli belah KWC Fashion Wholesale menawarkan pelbagai pilihan produk daripada pakaian lelaki, wanita dan kanak-kanak, busana Muslimah, barangan berasaskan kulit, aksesori serta busana acara istimewa, perayaan serta banyak lagi!
KWC Fashion Wholesale adalah gedung fesyen yang menawarkan pelbagai pilihan, kualiti serta kuantiti untuk wanita, lelaki, kanak-kanak, seisi keluarga, pada harga yang paling kompetitif! Anda mempunyai pilihan lebih 100,000 produk di bawah satu bumbung dan ia tidak hanya terhad pada fesyen tetapi juga kedai-kedai gaya hidup, serbaneka serta mainan.
Keluasan pusat beli-belah sehenti ini menjanjikan keselesaan untuk anda membeli-belah dengan tenang di musim Covid ini. Yang penting anda patuhi SOP. Ada acara atau majlis yang bakal dihadiri? Jom kita lihat apa yang ada di KWC Fashion Wholesale untuk anda!
Covid-19 bukan penghalang untuk tidak memakai pakaian cantik serta bergaya jika ada acara tertentu yang perlu dihadiri. Mungkin anda mempunyai acara kenduri perkahwinan saudara atau sahabat terdekat yang memerlukan anda mengikuti warna tema tertentu.
Mugkin juga anda mencari busana santun yang tidak membosankan.
Muslimah juga boleh bergaya ya! Tudung? Macam-macam gaya, jenis kain serta warna untuk anda pilih. Mana pula nak cari pakaian kanak-kanak sedondon mama? Susahnya cari pakaian ibu mengandung yang anggun! Oh jangan risau.
KWC Fashion Wholesale adalah pusat borong fesyen Muslimah terbesar di sini! Busana santun tidak semestinya membosankan dan sama sahaja. Ia antara butik fesyen Muslimah moden yang menawarkan pelbagai pilihan gaya serta warna yang pasti membuatkan anda rambang mata! Tiada lagi alasan, “saya tiada baju nak pakai!”
Mencari warna tertentu untuk tema baju ‘belah lelaki atau belah perempuan’? Mudahnya di KWC Fashion Wholesale dari atok ke emak, abang, adik, kakak – seluruh keluarga semuanya mampu berpakaian sedondon. Ibu dan si kecil pun boleh berpakaian sedondon setiap hari dengan pilihan baju kanak-kanak yang ada di sini!
Untuk wanita kekal bergaya
Ibu-ibu mengandung tambah berseri dengan pilihan busana anggun di Butik Kooki di aras 1 dengan pilihan gaun glamor dengan potongan yang sesuai dengan susuk ibu mengandung. Ke tepi! Ke tepi!
Beri laluan untuk glamor mama! Pilihan yang ada begitu versatil, anda yang tidak mengandung juga pasti dapat menemui gaun idaman di sini! Ibu-ibu juga tidak perlu runsing mencari baju kanak-kanak.
Lelaki mahupun perempuan, si manja anda tidak perlu menunggu acara istimewa untuk bergaya kerana dengan pilihan serta harga yang berpatutan di KWC, setiap hari seperti hari raya buat mereka!
Mungkin dulu ramai yang memilih untuk ke negara jiran untuk memborong pakaian serta aksesori untuk persiapan perkahwinan atau perniagaan sendiri. Ada hikmahnya sempadan negara ditutup sementara bagi mengekang penularan wabak Covid-19, kerana ini masanya anda membantu meningkatkan ekonomi negara sendiri.
Pilihan makanan yang menyelerakan
Sesudah penat membeli-belah, singgah menjamu selera di mana-mana kiosk dan kedai makanan dan minuman yang terdapat di aras berbeza.
Sebagai peringatan sebelum anda keluar rumah untuk ke situ, pastikan suhu badan anda di tahap normal, tiada selsema, demam atau apa jua simptom Covid-19 atau anda tidak akan dibenarkan masuk. Jangan risau, sanitasi dilakukan dengan kerap terutamanya di kawasan-kawasan berisiko tinggi seperti lif dan eskalator.
Pendek kata semuanya ada di KWC Fashion Wholesale. Anda tak perlu ke luar negara, tak perlu ke pusat beli-belah berbeza dan mampu berjimat dan berbelanja dengan Bijak. KWC mengalu-alukan kedatangan anda bersama keluarga untuk mendapatkan tawaran serta pengalaman membeli-belah yang memuaskan juga menguntungkan untuk anda seisi keluarga!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia