Ada Hikmahnya Pakaikan Anak Baju Sedondon @ Boria, Bila Jauh Ibu Senang Nak Cam!

Baju yang sama atau sedondon yang dipakai anak-anak bukan sahaja kelihatan comel dan penanda keluarga bahagia, tetapi penting untuk tujuan keselamatan juga!

Memiliki anak-anak yang masih kecil memerlukan ibu ayah sentiasa memantau pergerakan mereka lebih teliti kerana sekelip mata sahaja bahaya boleh terjadi. Bagi memudahkan kawalan, anda disarankan memakaikan si manja dengan baju sama warna ataupun design.

Jika anda perasan, keluarga yang mengenakan pakaian sedondon ini sering kali akan menjadi perhatian orang sekeliling terutamanya pada hari raya. 

Kelebihan memakaikan anak-anak dengan baju sama warna

credit to owner

Berbeza dengan ibu kepada lima orang anak ini, Puan Sarah Saifuddin mempunyai alasan dan tujuan tertentu apabila dia memilih memakaikan anak-anak lelakinya baju sama warna atau sedondon ketika keluar ke mana sahaja.

Setiap kali membawa mereka ke tempat yang ramai orang dan crowded, tidak kiralah kedai buku atau pasaraya, saya memang wajibkan anak-anak untuk berpakaian sama warna. Ini tips yang saya boleh kongsikan kepada ibu yang ada anak ramai dan masih kecil:

#1. Ibu ayah akan rambang mata ketika memilih barangan

Ketika berada di luar rumah dan dalam kesibukan ramai orang, jangan sampai hilang anak dari pandangan mata. Hal ini kerana zaman sekarang macam-macam boleh jadi dan kes penculikan kanak-kanak bukanlah suatu perkara yang asing lagi.

Pendek kata, pakaian yang sama ini amat membantu ibu untuk mengira bilangan anak. Bila anak dah masuk 6 orang ini, urat saya sebenarnya banyak putus. Saya sudah tak panggil nama mereka dah.

Otak memang akan automatik set ”1.., 2…, 3.., 4.., 5! Ok cukup 5 orang anak belaka.”

Pada awal dulu, suami saya berasa geli hati juga. Mana tidaknya, dengan jari sekali bergerak kira setiap orang anak dan dia cakap kena panggil nama.

Tapi sekarang, barulah suami faham sebab dia sendiri bila naik sahaja kenderaan, ayat yang wajib ditanya ialah ”Cukup tak anak ayah ni? Ada sesiapa tertinggal tak?”

#2. Mudah nak dapatkan bantuan dari orang lain

credit to sources

Jangan pelik adakalanya suami pun sertai bersama pakai baju sedondon ini. Lagi senang saya nak cam dia ketika berada di kawasan ramai orang.

Bahagian yang lagi best ialah kadang-kadang ketika tengah kalut cari anak yang tidak cukup seorang, mesti nanti ada insan lain yang tolong jagakan anak kita.

Bila mak kalut mencari mana anak, selalunya akan ada yang manyampuk, ”Tu dia seorang lagi!”

#3. Mudah nak cam dari jauh

Anak-anak yang masih kecil sememangnya tidak boleh duduk diam. Pasti ada sahaja langkahnya ke sana-sini.  Namun jika hilang dari pandangan sekelip mata, mereka boleh buat ibu ayah tidak keruan!

Ada satu tips yang sangat membantu anda ketika menghadapi situasi getir ini. Jika sesama mereka kalau hilang pun, anak-anak akan nampak baju sedondon ini dari jauh dan mula memanggil antara satu sama lain.

Bagi sesetengah parents, ada yang mencadangkan saya untuk memakaikan gelang bertali pada tangan. Saya suka, tapi tidak dapat follow sepenuhnya.

Anak-anak masih kecil seramai 5 orang, nak ikat mereka sekaligus dekat dua tangan ibu. Silap hari bulan ibu yang terduduk dekat tengah.

#4. Dapat mengeratkan lagi hubungan keluarga

foto: humaira bookstore

Selain ia amat penting untuk keselamatan, pakaian sedondon anak-anak dan ibu bapa turut berupaya mengeratkan lagi hubungan keluarga. Siapa sangka kenangan sewaktu kecil ini menjadi salah satu memori terindah dan tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Anak juga akan lebih teruja untuk keluar bersama kerana mereka berasakan bahawa tiada perbezaan usia antara adik mahupun abang. Ibu ayah juga boleh mengabadikan kenangan ini dalam potret keluarga yang penuh bermakna.

Ia mungkin kelihatan tidak penting ketika waktu ini, namun sangat berguna pada kemudian hari. Anak-anak akan mengalami proses membesar dengan pantas tanpa anda sedari sehinggalah dia pindah dan duduk berasingan dengan ibu ayah apabila sudah dewasa kelak.

Dengan gambar-gambar keluarga ini sedikit sebanyak dapat menghilangkan rindu pada orang tersayang.

Sumber: Baituljannah

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comsebab-berbahaya-untuk-berhenti-mengeringkan-baju-dalam-rumah