Ibu Cari Baju Tidur Hamil Dengan Akses Untuk Penyusuan? Ini Antara Yang Selesa & Terbaik

Baju tidur dah tak muat pula bila kandungan mencecah 7 bulan; tetapi itu bukan penghalang untuk kekal cantik walaupun di malam hari.

Tidur semasa mengandung dan tidur kadangkala boleh jadi meresahkan dan tidak selesa. Walaupun ia akan berterusan untuk beberapa bulan, namun ada caranya untuk untuk meningkatkan keselesaan tidur kita secara umum. Salah satunya memilih baju tidur hamil yang selesa, sebaik-baiknya boleh dipakai semasa hamil dan selepas bersalin.

Ini bermaksud ibu memerlukan baju tidur atau pijama yang selesa selama sepanjang kehamilan. Belum lagi menyusu ya: kerana jika ibu memilih untuk menyusukan bayi, ibu pasti memerlukan akses tanpa gangguan melalui bahagian atas untuk boleh  menyusukan si manja pada waktu malam.

Tips Membeli Baju Tidur Hamil

Bagi ibu baru semasa trimester kedua (3 bulan ke atas), pertimbangkan bahagian bawah badan dari perut ke bawah yang akan mula mengembang semakin banyak.

  • Sebaik-baiknya, ibu harus memakai skirt flowy yang tidak menekan bahagian perut.
  • Sekiranya ibu lebih selesa memakai seluar atau lebih menyukai seluar, pilih seluar dengan sokongan elastik untuk perut.
  • Bahagian pinggang juga mesti rendah dan tali mesti berada di bawah perut sahaja. Jangan memakai seluar yang ketat di perut ya!
  • Pakaian tidur harus menekankan keselesaan.
  • Material Pilih kain yang mempunyai pengudaraan yang baik. Contohnya, kain kapas semula jadi mempunyai tekstur lembut dan tidak merengsakan kulit.
  • Kain sintetik atau campuran harus sangat dielakkan kerana boleh membuat ibu merasa panas dan tidak selesa sepanjang malam.

5 Baju Tidur Hamil Yang Terbaik dan Selesa Dipakai Semasa Mengandung/Menyusu

Terbaik Untuk Produk
Set Pijama Lengan dan Seluar Panjang Mamaway Cotton Candy ​Maternity & Nursing Pajamas/ Sleepwear
Baju Tidur Dengan Pengudaraan Yang Baik Bove by Spring Maternity Jessie Nursing Gown
Set Pijama Kain Kapas Mama.licious Maternity & Nursing Filuka Lia Long Sleeve Pyjama
Seluar Tidur Selesa QuestChic Cera Cotton Sweatpants
Set Pijama Satin Audrey Satin Short Pyjamas Women Sleepwear

Mamaway Cotton Candy ​Maternity & Nursing Pajamas/ Sleepwear Set (Set Pijama Lengan dan Seluar Panjang)

Pijama merupakan salah satu pilihan baju tidur yang sangat selesa dipakai sama ada semasa tidak hamil atau sebaliknya. Kebiasaannya didatangkan dalam set baju dan seluar yang sedondon, ibu pasti akan rasa selesa tambahan lagi pijama bersaiz longgar sesuai untuk perut ibu yang kian membesar.
 
Set pijama dari Mamaway ini sesuai bukan sahaja untuk ibu mengandung malahan boleh dipakai bagi memudahkan penyusuan; tanpa perlu membuka butang pun! Seluarnya pula boleh dilaras mengikut kesesuaian jadi memang tak ada masalah bahagian perut terasa sendat atau sempit.
 
Apa yang kami suka?
  • Sesuai untuk kehamilan dan penyusuan bayi
  • Set PJ lengan dan seluar panjang
  • Lembut dan selesa.
  • Bahagian atas leher bulat dengan panel penyusuan yang mudah tanpa butang yang mudah dipusingkan.
  • Pinggang boleh laras di seluar, sesuai untuk kehamilan dan makan.
  • Material 66% poliester 23% kain kapas 11% rayon

Bove by Spring Maternity Jessie Nursing Gown (Baju Tidur Dengan Pengudaraan Yang Baik)

Baju tidur ala dress sememangnya pilihan yang terbaik bagi yang gemarkan keselesaan dengan pengudaraan yang baik ketika dibuai mimpi. Ibu tak perlu risau pun isu seluar bahagian perut yang ketat kerana gaun ini tidak akan menekan bahagian perut langsung.
 
Gaun tidur dari Bove ini bukan sahaja didatangkan dalam warna pink yang lembut, ciri-ciri feminin seperti kemasan renda juga tampak cantik dan kemas. Yang penting, ia diperbuat 100% daripada material cotton yang selesa untuk dipakai sepanjang masa!
 
Apa yang kami suka?
  • Dengan kemasan tepi renda yang feminin
  • Juga bagus sebagai gaun hospital
  • Diperbuat daripada kain dengan pengudaraan bagus dan lembut untuk keselesaan 
  • Potongan serba boleh dalam keadaan santai yang direka untuk kandungan yang semakin membesar
  • Butang akses menyusu dari atas untuk penyusuan bayi
  • Material 100% kain kapas

Mama.licious Maternity & Nursing Filuka Lia Long Sleeve Pyjama (Set Pijama Kain Kapas)

 
Bagi yang suka berseluar pendek ketika tidur, ini merupakan pilihan yang baik. Malahan baju tidur ini sangat sesuai dipakai oleh ibu mengandung yang kebiasaannya ada isu berasa panas pada waktu malam kerana perubahan hormon.
 
Baju ini juga boleh dipakai selepas bersalinkan anak, dan sesuai untuk penyusuan waktu malam kerana mempunyai akses mudah pada bahagian payudara. Pinggang seluar juga bersifat elastik, memastkan anda selesa sepanjang pemakaian.
 
Apa yang kami suka?
  • Butang akses memudahkan penyusuan bayi
  • Garis leher Henley
  • Seluar pendek yang selesa
  • Pinggang elastik dengan tali
  • Material campuran kapas organik

QuestChic Cera Cotton Sweatpants (Seluar Tidur Selesa)

 
Seluar tidur merupakan salah satu item wajib dalam setiap almari pemakaian kita, betul tak? Ini kerana seluar sweatpants sebegini bersifat versatil; boleh dipakai ketika beriadah dan pastinya untuk keselesaan semasa waktu malam.
 
Bukan sahaja seluar ini mempunyai pinggang elastik yang boleh dilaras, malah didatangkan dengan tali yang boleh dikat mengikut keselesaan. Saiz seluar juga longgar untuk menampung perubahan saiz perut ibu dan yang paling menarik, mempunyai poket sisi!
 
Apa yang kami suka?
  • Pinggang elastik
  • Mudah regang
  • Saiz longgar
  • Poket sisi
  • Material 83% kain kapas, 17% elastane

Audrey Satin Short Pyjamas Women Sleepwear (Set Pijama Satin)

Set pijama baju tidur berkain satin memberikan keselesaan dan pastinya lebih keyakinan, walaupun pada waktu malam! Dengan butang penuh di depan, pastinya memudahkan penyusuan untuk si manja.
 
Baju tidur dari Audrey ini bukan sahaja terdapat dalam pelbagai warna lembut yang cantik, membuatkan ibu tampak bergaya dan seksi pada malam hari. Pijama dengan lengan dan seluar pendek ini juga lebih sejuk, memang selesa dipakai tau!
 
Apa yang kami suka?
  • Satu set baju tidur dengan seluar pendek
  • Butang depan memudahkan penyusuan
  • Seluar pendek yang senang dipakai
  • Pinggang elastik
  • Material satin

Perbandingan Harga

Produk Harga
Mamaway Cotton Candy ​Maternity & Nursing Pajamas/ Sleepwear RM179.00
Bove by Spring Maternity Jessie Nursing Gown RM149.90
Mama.licious Maternity & Nursing Filuka Lia Long Sleeve Pyjama RM151.90
QuestChic Cera Cotton Sweatpants RM78.00
Audrey Satin Short Pyjamas Women Sleepwear RM99.90

Khas untuk pembaca theAsianparent

Berpeluang memenangi hadiah bernilai RM100 dari Breeze! Isi borang di bawah sahaja! 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 7 Tips Memilih Baju Untuk Ibu Mengandung, Yang Penting Selesa & Nampak Cantik!