Kita ambil masa yang lama memberus tandas untuk pastikan ia bersih. Tapi bukan tandas yang perlukan perhatian sebenarnya. Yang anda patut fokus adalah bakteria dalam tandas.
Dan kawan baik bakteria ini ialah permainan atau itik getah kesayangan anak yang selalu sangat dia ingin bawa masuk dalam bilik air itu!
Hah, betul ke?!
Ya betul. Pengkaji Swiss dan Amerika baru-baru ini telah mengesahkan yang bakteria di dalam permainan ini boleh membuat anak dan keluarga anda sangat-sangat sakit!
Bakteria dalam tandas: Kajian menjumpai bakteria dalam mainan mandi
Kajian Institut Sains dan Teknologi Akuatik Persekutuan Switzerland, ETH Zurich dan Universiti Illinois yang diterbitkan pertama kali dalam Biofilm dan Microbiomes jurnal ini mendapatkan asil kajian bukan sahaja mengejutkan ibu bapa, tetapi dunia sains juga!
Untuk kajian ini, mereka mengkaji 19 mainan mandi yang diderma oleh keluarga dan menemui “biofilm yang padat dan berlendir” di permukaan dalam mainan tersebut.
Kajian menjumpai 75 juta sel persegi sm serta bermacam jenis bakteria dan kulat di dalam itik getah.
Ia bukan air tetapi mainan plastik yang membantu bakteria untuk tumbuh!
Kajian menerangkan, tidak semestinya air paip yang menyebabkan bakteria. Tetapi, kualiti rendah polimer di dalam plastik yang membuat ia menjadi persekitaran yang sempurna untuk pertumbuhan bakteria dan kulat.
Mereka menjalankan kajian terkawal dengan mainan mandi dan meletakkan air bersih dan kotor untuk mendapatkan keputusan ini.
Mereka juga mendapati cecair badan seperti air kencing dan peluh, serta sabun, digabung dengan nutrien seperti nitrogen dan fosforus. Ini menghasilkan persekitaran yang lembab untuk bakteria.
Ahli mikrobiologi dan pengarang utama kajian Lisa Neu menerangkan, “Salah satu sebab adalah material yang digunakan melepaskan karbon yang menjadi makanan untuk bakteria ini.
Kanak-kanak mempunyai risiko yang tinggi untuk terkena jangkitan berpunca dari bakteria berbahaya ini. Penyelia Lisa, Frederick Hammes menambah, “Ini boleh menguatkan lagi sistem imunisasi, di mana ia boleh menjadi sesuatu yang positif, tapi ia juga boleh menyebabkan jangkitan mata, telinga atau gastrousus.”
Bakteria dalam tandas: Apa yang patut ibu bapa lakukan?
Pengkaji menerangkan, mengguna mainan getak yang diperbuat dari polimer berkualiti tinggi mungkin merupakan satu penyelesaian. Anda juga boleh membersihkan mainan mandi 2 minggu sekali.
Langkah-langkah membersihkan mainan getah anak anda ialah:
- Didihkan mainan dalam air setiap dua minggu. Picit elok-elok supaya semua keluar. Keringkan sebelum guna.
- Campurkan 3.5 liter air dan 1/2 cawan cuka putih. Rendam mainan ke dalam campuran ini selama satu jam. Picit dan keluarkan air dan kotora. Keringkan dan guna.
- Selepas bersihkan mainan, tutup lubang menggunakan gam untuk menghalang kulat dari membentuk di dalam mainan.
Pastikan anda menjaga kebersihan mainan mandi dan bersihkan ia dari masa ke semasa. Selain dari pencegahan ini, anda perlu berhati-hati dengan 5 objek lain yang boleh mendatangkan bakteria dalam tandas seperti:
Lima objek yang menjijikkan yang boleh mendatangkan bakteria dalam tandas
1. Pemegang berus gigi
Kebanyakkan dari kita menggunakan pemegang berus gigi yang sama selama bertahun-tahun. Ia tidak salah, sekiranya anda ingat untuk membersihkannya setiap 2 minggu!
Pemegang berus gigi yang tidak dibersihkan boleh menjadi rumah kepada bakteria dan kulat.
2. Tempat letak sabun
Sekiranya tempat letak sabun anda tidak mempunyai lubang dan anda tidak biarkan ia kering dan ia kekal basah dan lembab, ia boleh menghasilkan kuman walaupun sabun masih berada di situ.
3. Langsir mandi
Langsir mandi anda adalah rumah kepada kulat dan bakteria.
Jika langsir mandi anda memuanyai bintik-bintik hitam, ini bermakna anda sedang membiakkan jutaan kuman.
4. Tuala tangan
Mungkin anda menggunakan tuala tangan untuk muka, tangan dan kadang-kadang kaki! Dan memandangkan ia selalu digunakan oleh ramai orang, ia sentiasa basah dan lembab menjadikan ia rumah yang sempurna untuk bakteria.
Jadi penyelesaian yang terbaik adalah menyediakan tuala yang berlainan untuk setiap orang dan basuh tuala seminggu sekali
5. Tombol pintu dan suis lampu
Semasa anda membersihkan lantai tandas, tab mandi, penyangkut tuala, ia juga penting untuk anda membersihkan tombol pintu dan suis lampu.
Kadang-kala seseorang terlupa untuk membasuh tangan mereka semasa di dalam tandas dan menyentuh tombol pintu dan suis lampu. Jadi ianya sangat penting untuk anda membersihkannya.
***
Tandas berkualiti, hidup berkualiti.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sunber rujukan: TheAsianparent Singapore
Baca juga:
Bahaya melatih anak menggunakan tandas terlalu awal kata pakar urologi