Adakah perbezaan di antara ibu bandar dan luar bandar?
Menjadi seorang ibu tentunya merupakan satu cabaran khususnya pada waktu kini. Keperluan anak-anak semakin bertambah, malah pendidikan semakin penting sejajar dengan peredaran zaman yang menjadikan tanggungjawab ibu ayah semakin banyak!
Mengapakah Terdapat Perbezaan Di Antara Ibu Bandar dan Luar Bandar?
Di zaman yang kian membangun, prestasi hidup juga semakin meningkat, namun kehidupan di luar bandar masih ada perbezaan ketara berbanding penduduk bandar.
Perbezaan yang berlaku di antaranya walau bagaimanapun masih mengikut arus perkembangan negara namun setiapnya mempunyai beberapa kekurangan dan kelebihan tersendiri.
5 Cabaran Yang Berbeza Buat Para Ibu…
Berikut merupakan perbandingan di antara ibu bandar dan luar bandar.
#1 Pengurusan Masa
Kehidupan di bandar tentunya penuh dengan kesesakan lalu lintas, tambahan lagi dengan jumlah kenderaan yang banyak! Makin merungsingkan bila waktu persekolahan pada awal pagi dan jarak sekolah pula agak jauh dari rumah.
Sebaliknya, kebanyakan ibu luar bandar tidak perlu menghadapi masalah ini. Keadaan lalu lintas tidak begitu sesak seperti di bandar, dan kanak-kanak tidak perlu bangun terlalu awal.
Sebaik sahaja pulang ke rumah, keluarga boleh meluangkan masa untuk bermain atau melakukan perkara lain, maka waktu tidur ibu dan anak-anak juga tidak terganggu.
#2 Persaingan
Di bandar, para ibu tentunya lebih tertekan dengan persaingan dalam pelbagai perkara. Persaingan yang dimaksudnya adalah dalam hal pembelajaran anak, soal urusan keluarga dan pekerjaan.
Para wanita yang bergelar ibu masing-masing cuba untuk menyesuaikan keadaan dan memberikan yang terbaik untuk keluarga, malah melakukan perkara yang kebanyakkan dilakukan oleh para lelaki di luar bandar!
Ibu di luar bandar lebih kurang tekanannya malah kebanyakkan dari mereka tidak bekerja, dan hanya menjaga keperluan suami dan anak-anak sahaja.
#3 Kos Hidup
Kos hidup pastinya sesuatu yang paling ternyata perbezaannya antara bandar dan luar bandar.
Akibat kos sara hidup yang lebih tinggi di bandar, kebanyakkan ibu perlu bekerja bagi membantu kewangan keluarga bagi membayar bil-bil, yuran sekolah anak dan masih perlukan wang untuk penampilan diri sendiri, khususnya sebagai wanita bekerjaya.
Ibu di luar bandar pula tidak perlu risaukan kos hidup yang tinggi kerana rata-rata barangan di luar bandar lebih murah, malah ada yang mengusahakan tanaman sendiri. Beruntungnya mereka!
#4 Kemudahan
Berlainan pula dengan faktor kemudahan di mana di bandar, lebih banyak kemudahan yang disediakan kepada orang ramai.
Bagi para ibu khususnya, di sebalik kos tinggi dan sebagainya, banyak perkara yang disediakan untuk memudahkan para ibu.
Antaranya bilik menyusu di setiap mall, mudah mendapatkan barangan anak-anak, senang mendapatkan pengasuh bertauliah (pastinya dengan sedikit pengeluaran kos!) dan kemudahan kafe mesra kanak-kanak yang menyenangkan ibu untuk beriadah bersama rakan-rakan.
Sekiranya ibu mulai lelah dan ingin berehat, kini terdapat banyak spa dan tempat istirehat khas untuk para ibu di bandar.
Bgai ibu luar bandar pula, kebanyakkan kemudahan yang disebutkan tadi perlu disediakan sendiri, tapi mujurlah wujud sistem membeli belah atas talian sekarang ya! Senang untuk ibu berbelanja membeli barangan bayi juga. Hihi.
#5 Aktiviti
Jika dulu kebanyakkan ibu tidak mempunyai masa untuk melakukan aktiviti, kini banyak aktiviti yang disediakan untuk para ibu malah boleh melibatkan anak-anak juga.
Contohnya sekiranya ibu ingin melakukan senaman di gim, pergi ke spa atau menyertai aktiviti larian bersama rakan-rakan.
Bagi ibu di luar bandar pula, masih ada aktiviti untuk mereka namun lebih terhad kerana mereka perlu menguruskan keluarga dengan sendiri.
Wah, walaupun berbeza kehidupan ibu bandar dan luar bandar, namun kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri ya. Apa-apapun para ibu perlu bijak menguruskan masa dan perlu mempunyai masa untuk diri sendiri, tentunya dengan pertolongan suami juga!
Ada di kalangan ibu yang mengalami kemurungan tak?
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.combapa-zaman-moden