Pasanglah Jeriji Tingkap Kalau Sayang Anak, Ibu Saudara Budak 5 Tahun Jatuh Dari Tingkat 16 Disiasat

Ibu bapa jadikan kisah ini sebagai iktibar, pastikan keselamatan anak terjamin jika kediaman anda di bangunan tinggi. Pasanglah jeriji kalau sayang anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hati ibu mana yang tidak luluh melihat sekujur tubuh anak terlantar tidak lagi bernyawa akibat jatuh dari bangunan tinggi. Dua hari berturut-turut kita dikejutkan dengan berita buruk yang sama, cukup menyedihkan namun harapnya dapat dijadikan iktibar buat ibu bapa di luar sana agar lengkapkan keselamatan anak sekiranya tinggal di bangunan tinggi.

Semalam mencatat kejadian kanak-kanak 5 tahun yang maut akibat jatuh dari tingkat 16 di kediamannya di Selayang, Batu Caves. 

Menurut laporan Harian Metro, kanak-kanak malang itu juga adiknya yang berusia 4 tahun berada dalam jagaan ibu saudaranya. 

Jatuh dari bangunan tinggi ketika bermain di tepi tingkap

Berdasarkan siasatan, kanak-kanak itu sedang bermain atas katil yang terletak bersebelahan tingkap, dan mangsa dipercayai terjatuh ketika bermain. 

Walau bagaimanapun, ibu saudaranya kini ditahan Polis untuk membantu siasatan lanjut. Menurut laporan Harian Metro juga, ibu saudaranya itu mempunyai 5 rekod jenayah lampau berkaitan dadah.  

Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (5b) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu dengan cuai menyebabkan kematian kepada kanak-kanak.

Kanak-kanak memang lincah & lasak sejak azali

Susulan dari kejadian menyayat hati ini, ada komen individu yang berpendapat bahawa kanak-kanak sekarang sangat lasak dan aktif berbanding kanak-kanak dahulu. Oleh sebab itulah kemalangan yang melibatkan kanak-kanak kecil banyak berlaku.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut perkongsian daripada Puan Noorafidah Abu Bakar dari The Parent Connect, dia membuat ulasan bahawa kanak-kanak secara lumrahnya tak kira zaman apa memang mereka lasak dan aktif! 

Perlu diketahui, kanak-kanak pada zaman mana sekalipun umumnya sememangnya sangat aktif dan lasak. Malah mereka perlu aktif dan lasak bergerak dan bukannya hanya diam disogokkan dengan skrin tv dan gajet.

Kanak-kanak yang tidak lasak, tidak bergerak, tidak berlari, tidak melompat, tidak berguling dan tidak memanjat ialah kanak-kanak yang ‘deprived’ iaitu tidak diberikan hak untuk menjalani rutin kehidupan normal yang membantu perkembangan yang sihat.

Kanak-kanak usia awal juga mempunyai sifat ingin tahu yang sangat tebal. Mereka tertanya-tanya tentang hampir semua perkara di sekeliling yang dapat mereka lihat, bau, sentuh, dengar dan rasa, dari sekecil-kecil semut yang melata di atas lantai sehinggalah ke sebesar-besar burung besi yang dilihat di langit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mereka akan menyiasat, mereka akan bertanya, mereka akan mencuba, mereka akan melakukan eksperimen bukan sahaja dengan benda di sekeliling mereka malah juga eksperimen dengan diri mereka sendiri.

Setinggi mana saya boleh panjat?
Sejauh mana saya boleh lompat?
Sekuat mana saya boleh tarik?

Mereka bukannya nakal. Mereka bukannya aktif tidak tentu pasal. Itu merupakan perkembangan yang normal bagi kanak-kanak usia awal yang tipikal.

Bagaimanapun sifat kanak-kanak yang aktif, lasak dan tertanya-tanya ini menjadi faktor utama yang boleh membahayakan nyawa mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mereka masih belum faham tentang RISIKO. Mereka masih belum dapat menilai yang mana baik dan yang mana buruk, yang mana betul dan yang mana salah, yang mana selamat dan yang mana bahaya.

Walaupun mereka berupaya dari segi fizikal dan cerdas akal, mereka masih memerlukan batasan dan panduan daripada orang dewasa.

Kanak-kanak memerlukan pemantauan orang dewasa

Mereka memerlukan ciri-ciri keselamatan yang dapat melindungi mereka dari penerokaan bahaya yang belum terjangkau dek pemikiran mentah mereka.

Semua kanak-kanak perlu diberikan peluang untuk aktif dan lasak tetapi orang dewasa perlu menyediakan persekitaran yang selamat untuk mereka aktif dan lasak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kanak-kanak mempunyai hak.
Orang dewasa mempunyai tanggungjawab.

Semoga semua ibubapa dan penjaga kanak-kanak memahami perkembangan dan keperluan kanak-kanak agar mereka dapat hidup dengan cerdas, aktif dan selamat.

Ingat ibu dan bapa sekalian, keselamatan anak-anak adalah paling utama perlu dijaga dalam dunia keibubapaan ini. Biar fobia, biar ada rasa takut, janji anak selamat!

Perasaan berhati-hati itu lebih baik daripada perasaan yang diambil remeh. Tinggal di bangunan tinggi pasanglah jeriji di tingkap, tinggal di kawasan perumahan teres pantau anak supaya tak berlari ke seberang jalan tanpa melihat kiri kanan. Semuanya ada langkah keselamatan dan anda bertanggungjawab untuk pastikannya. 

Memanglah benda nak jadi, dah tertulis, tapi sudahkah anda sehabis baik mengelaknya dari berlaku?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: Harian Metro, Parent Connect

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kanak-Kanak 5 Tahun Maut Jatuh Dari Tingkat 9 Hotel, Ibu Bapa Sila Pantau Keselamatan Anak