Anda pernah ada bantal busuk?
Jika anda bertanyakan soalan ini pada orang ramai, pasti anda terkejut apabila mengetahui ramai juga yang ada bantal busuk. Selalunya, bantal ini ada sejak si pemiliknya masih kanak-kanak dan digunakan sehingga dewasa!
Tambahan lagi, ia digelar bantal busuk sebab pemiliknya sudah terbiasa dengan bau bantal tersebut, seolah-olah memberi ketenangan kepadanya. Tetapi lain pula dengan cerita ini, bantal busuknya sampai naik kulat, siapa pun tak akan tenang agaknya!
Bantal Busuk Yang Terlalu BUSUK!
Kebanyakan pemilik busuk bantal akan melakukan segala yang mereka dapat untuk mengekalkan bau bantal mereka yang tersendiri.
Walau bagaimanapun, itu bukan perkara paling bijak untuk dilakukan kerana bantal yang tidak dibasuh terlalu lama, tentunya tidak bersih dan ada bakteria.
Gambar bantal busuk yang ‘mengerikan’ ini telah dimuat naik pada 31 Januari tahun lalu di Facebook, dan ia secara langsung menarik perhatian para netizen. Bantal ini terlalu ‘busuk’ dan kotor sampaikan ada cendawan tumbuh di permukaannya!
Ada sesetengah netizen yang mempertikaikan gambar bantal itu hanyalah rekaan, tetapi ternyata ia gambar betul kerana ada kehadiran titik putih di sekitarnya yang membuktikan ia benar.
Melihatkan komen netizen, ramai yang geli dengan bantal busuk bercendawan ini dan memberi respon yang melucukan!
Aduh…jika anda ada bantal busuk, jangan dibiarkan sampai begini pula ya!
Cara Penjagaan Bantal Yang Betul
Bantal boleh menyimpan banyak debu, sel-sel kulit mati dan bakteria. Fikirkan tentang ini, anda bernafas, bersin, atau berpeluh secara langsung di atasnya selama 6-7 jam setiap malam, bayangkan berapa banyak kotoran yang terkumpul di dalamnya.
Jika dibiarkan terlalu lama ia mungkin jadi penyebab keluarga anda jatuh sakit. Ini tips penjagaan bantal yang boleh anda lakukan di rumah:
- Bantal pengisi sintetik standard boleh dimasukkan ke dalam mesin basuh 2 hingga 4 kali setahun.
- Jalankannya melalui pengering pada suhu yang rendah (atau kitaran udara kering jika mesin anda mempunyai satu) beberapa kali untuk memastikan ia benar-benar kering di dalamnya.
- Keluarkan dan anginkan bantal tersebut dengan menepuk-nepuknya.
- Sekiranya anda mempunyai bantal memory foam, ia tidak boleh dibuang ke dalam mesin basuh dan memerlukan rawatan basuh khas.
- Secara umumnya, basuh sarung bantal anda sekali seminggu. Sekiranya anda tidak sihat, sebaiknya basuhlah setiap hari.
- Gunakan sarung bantal.
- Sekiranya anda tidak mempunyai sarung bantal, gantikan bantal anda (jika ia adalah sintetik-fill) setiap beberapa tahun sekali.
- Jika bantal perhiasan pula, jemur di bawah cahaya matahari sekali sekala.
Rahsia kenapa sesetengah orang tak boleh hidup tanpa bantal busuk
Kalau dilihat rupanya, agak buruk dan busuk. Bagi sesetengah kanak-kanak mahupun dewasa, bantal ini menjadi peneman setia sehingga sukar untuk dipisahkan.
Ia bukanlah sekadar bantal biasa kerana kalau hilang, memang tidak boleh lena tidur malam. Bau dan rupanya membuatkan anda selesa untuk melelapkan mata.
Memiliki bantal ini bukanlah faktor genetik, ia cuma tabiat normal sejak dari kecil. Antara alasan memiliki bantal busuk ini adalah:
#1. Bantal busuk hanya berbau ‘busuk’ pada orang lain, tetapi amat menyenangkan pemiliknya.
#2. Bantal busuk ada pelbagai saiz dan warna. Namun lama-kelamaan akan mengecut dan menipis juga. Warnanya pun lebih kurang sama!
#3. Pemilik jarang mencuci atau membersihkannya. Bau semula jadi adalah penting bagi pemilik bantal busuk. Tapi bagi seseorang yang pembersih, mereka akan cuci juga bantal tu. Kalau yang tahap legend, memang tak cuci langsung!
#4. Tuan empunya bantal sukar tidur sekiranya tiada bantal busuk. Ibarat bayi yang tidak dapat susu.
#5. Kalau nak tengok pemilik bantal busuk mengamuk sakan, cubalah sorok atau pakai bantal dia. Mahu menangis kat bucu katil!
Bolehkah bayi 2 bulan tidur tak pakai bantal?
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: hitz
Baca juga: