Dalam keadaan yang makin sukar dan mencabar ini, tak dinafikan memang yang cukup terkesan. Bantuan rakyat dinantikan ramai keluarga yang memerlukan.
Namun dalam yang betul-betul memerlukan ada juga yang berpura-pura terdesak hanya kerana ingin bantuan lebih untuk keluarganya.
Memang ramai yang memerlukan bantuan, jadi dalam keadaan ini sesebuah keluarga perlulah hidup dalam kesederhanaan. Tidak boleh bersikap tamak hanya kerana takut serba kekurangan kelak.
Minta bantuan rakyat tetapi hakikatnya buat stok
Sedih mengetahui hal ini apabila perangai seseorang manusia yang tamak didedahkan di media sosial. Baru-baru ini seorang penyampai bantuan kepada orang susah bernama Fairuz telah memuat naik satu gambar menunjukkan seorang wanita menyimpan stok bantuan rakyat di dalam sebuah bilik.
Di dalam bilik itu terdapat 12 kampit beras, beberapa pek lampin pakai buang anak, dan bermacam lagi barang keperluan lain yang mungkin cukup untuk disumbangkan kepada beberapa buah keluarga lagi.
Mengikut perkongsian itu juga menyatakan wanita itu sendiri yang menghubunginya untuk bantuan makanan, sedangkan bantuan makanannya sudah lebih dari cukup.
Jangan putus memberi
Kerajaan umumkan bantuan rakyat terbaru mulai Ogos 2021
Memetik laporan Astro Awani, kerajaan telah memutuskan untuk memberi Bantuan Khas COVID-19 (BKC) kepada isi rumah kategori miskin tegar, M40 dan B40 termasuk golongan bujang bermula Ogos.
Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ia bakal memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah dan individu warga emas serta bujang dengan peruntukan sebanyak RM4.6 billion.
“Pertama, isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos, RM500 pada bulan November, dan RM300 pada bulan Disember.
“Manakala individu bujang kategori miskin tegar akan menerima bantuan sebanyak RM200 ringgit pada bulan Ogos dan RM300 ringgit pada bulan November 2021,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam pengumuman khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada Isnin.
Bagi kategori isi rumah B40 pula, jelas Muhyiddin akan menerima bantuan sebanyak RM500 pada Ogos dan RM300 pada Disember, manakala golongan bujang B40 akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada Ogos.
“Isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak RM250, manakala bujang kategori M40 akan menerima RM100 ringgit pada bulan Ogos nanti,” jelasnya lagi.
Dalam pengumuman sama, Muhyiddin turut memaklumkan sebanyak RM500 akan disalurkan kepada pekerja yang kehilangan pendapatan berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Perkeso tahun 2021.
Bantuan itu dijangka memanfaatkan sehingga satu juta ahli yang melibatkan implikasi kewangan RM500 juta.
Sumber: Fairuz, Astro Awani
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Jangan Takut Untuk Merancang Keluarga, Rancanglah Dengan Bijak Sebelum Susah