Maggi Bawa Keceriaan Kepada Warga Emas Yang Terpilih Sempena Tahun Baru Cina

Bantuan untuk warga emas amat diperlukan bagi menampung keperluan harian mereka. Justeru, pihak Nestle telah menjalankan tanggungjawab sosial kepada mereka

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bantuan untuk warga emas amat diperlukan ketika ini bagi membolehkan mereka meneruskan kehidupan dengan baik. Memandangkan ketika ini kita perlu menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kebanyakan mereka yang berada di pusat jagaan warga emas berasa sunyi dan mengalami kekurangan dana.

Tidak dinafikan pandemik ini telah memberi kesan yang besar terhadap seluruh golongan masyarakat sejak tahun lalu. Sumbangan orang ramai juga mula berkurangan mungkin disebabkan oleh kekangan pendapatan, hilang pekerjaan dan simpanan untuk waktu kegunaan sendiri.

Baca juga: Ibu Ayah Semakin Di Mamah Usia, Lakukan Ini Jika Tidak Mahu MENYESAL Seumur Hidup

Maggi menyampaikan bantuan untuk warga emas sempena Tahun Baru Cina

Memahami akan situasi ini, pihak Maggi telah tampil menjalankan Tanggungjawab Sosial Korporat dengan menghulurkan bantuan untuk warga emas di 11 buah rumah jagaan di Malaysia yang terpilih.

Disebabkan oleh beberapa hari sahaja lagi sambutan Tahun Baru Cina, ia menjadi titik permulaan untuk mengeratkan hubungan dan memupuk semangat saling membantu antara satu sama lain.

Bertujuan untuk membawa kegembiraan serta kemeriahan kehidupan warga emas sepanjang musim perayaan ini, Maggi telah memperkenalkan kempen ”Sajian Dikongsi, Kebahagiaan Dirai” sepanjang bulan Januari dan Februari.

Kutipan daripada kempen ini akan disalurkan untuk dana kebajikan 11 rumah jagaan warga emas dan memenuhi keperluan kebajikan pusat warga emas di seluruh Malaysia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”Dalam tempoh yang cukup mencabar ini, kami ingin memulihkan semula semangat kumpulan penting dalam masyarakat dengan menghulurkan bantuan untuk warga emas di rumah-rumah jagaan yang terjejas kerana sekatan lawatan mereka,”

”Tujuan penubuhan kempen Sajian Dikongsi, Kebahagiaan Dirai adalah untuk menyalurkan dana bagi menaik taraf kemudahan di rumah-rumah jagaan warga emas serta menambah baik kebajikan mereka secara keseluruhan,” jelas Pegawai Eksekutif Perniagaan Maggi, Nestle (Malaysia), Geetha Balakrishna.

Pihak Maggi juga menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menghulurkan bantuan agar dapat menjadikan sambutan Tahun Baru Vina pada tahun ini lebih bermakna dan membawa sinar kegembiraan.

Penghuni mula dilanda rasa sunyi dan terasing

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara 11 penerima sumbangan dalam kempen ini ialah En Yuan Old Folks Home, Rumah Kebajikan Orang-orang Tua Seri Permai, Perkampungan Rumah Sejahtera Warga Emas Islam, Pusat Jagaan Insan Emas Nur Hidayah dan Persatuan Rumah Carring Kajang.

Dana yang terkumpul akan digunakan bagi membantu menaik taraf dan membaiki kemudahan tempat tinggal warga emas, meningkatkan kebajikan mereka secara keseluruhan dengan menyediakan katil, perabot dan barangan isi rumah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, mereka juga akan menerima bekalan makanan bagi menjadikan sambutan perayaan ini lebih meriah.

Masalah yang sering dihadapi sepanjang pandemik Covid-19 ini adalah sesetengah penghuni mula berasa semakin sunyi dan terasing. Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, mereka amat menantikan Tahun Baru Cina kerana dapat disambut secara meriah bersama keluarga, pelawat dan rakan-rakan.

Pihak pusat jagaan turut mengakui bahawa dana mereka turut terjejas sepanjang tempoh pandemik ini. Dengan adanya bantuan prihatin dari syarikat-syarikat seperti Maggi terhadap keperluan segmen masyarakat, sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka.

Melalui sumbangan yang diterima, pihak Maggi turut menganjurkan majlis sambutan sederhana bagi para penghuni serta menyampaikan ang pau bagi menceriakan lagi perayaan tahun ini. Selain itu, sumbangan ini dapat memastikan kemudahan rumah penjagaan terjaga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”Kebanyakan penghuni kami menghadapi pelbagai masalah kesihatan seperti diabetes, strok atau kanser dan mereka terlantas di atas katil. Kos penjagaan penghuni yang mengalami sakit teruk ini semakin meningkat dan pada masa yang sama kami perlu mendapatkan sumbangan mencukupi,”

”Saya bersyukur dengan sokongan yang diberikan oleh Maggi dapat membantu kami membaiki kemudahan untuk para penghuni dan memastikan keperluan perubatan mereka dapat dipenuhi,” luah Pengurus Rumah Kebajikan Orang-orang Tua Seri Permai.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Beli Barang Untuk Mak Ayah, Jika Mereka Meninggal Ia Jadi Harta Pusaka & Dilarang Ambil Balik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan