Anak Bapa Ini Sebenarnya Anak Kepada Abang Kembarnya Yang Tak Pernah Lahir!

Bapa ini mempunyai 2 set DNA yang berbeza dalam air liur dan spermanya. Satu set DNA itu sebenarnya dari abang kembar beliau yang mati dalam kandungan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Human chimera

Bagaimana seorang lelaki yang tak pernah dilahirkan boleh jadi seorang bapa?

Aneh kan? Tapi itulah yang terjadi dalam kes ini.

Sebenarnya, ada berjuta gen "hantu" yang hidup dalam DNA seseorang individu, jelas pakar genetik.

Gen "hantu" adalah gen tidak dikenali yang ada dalam DNA individu. Ini bermakna, individu tersebut mempunyai 2 gen yang berbeza.

Lelaki yang berusia 34 tahun ini berupakan kes pertama "human chimera" yang melibatkan seorang bapa.

Human chimera adalah seseorang yang ada gen tambahan yang berbeza dari gen individual sendiri.

Gen itu selalunya datang dari kembar yang mati ketika kehamilan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

DNA dari kembar

Hampir 1 daripada 8 kelahiran tunggal sebenarnya adalah kelahiran untuk anak kembar. Tapi, salah satu kembar itu mungkin telah keguguran. Jadi, hanya satu kelahiran bayi saja yang berjaya. 

Namun, sel dari kembar yang keguguran itu masih boleh diserap oleh rahim dan masuk ke dalam kembar yang terselamat.

Untuk kes lelaki yang dirahsiakan namanya ini, semua terbongkar apabila dia menjalani paternity test kerana anaknya ada jenis darah yang berbeza dari beliau dan isterinya.

Sebelum ini, kedua-dua pasangan itu telah menjalani ujian kesuburan di sebuah klinik. Mereka fikir mungkin sperma yang digunakan telah tertukar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas gagal ujian paternity itu, mereka mengambil ujian genetik keturunan pula.

Alangkah terkejutnya mereka selepas ujian itu mendedahkan anak itu sebenarnya adalah anak kepada abang kembar si bapa yang tak pernah lahir!

Hanya 10% genetik asal si bapa yang dijumpai pada anaknya. Yang lain adalah milik si abang kembar tersebut.

Malah, DNA dalam sperma dan air liur bapa itu juga tidak sama. Ia mengandungi DNA dari abang kembarnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: JSTOR Daily

Bukan kes human chimera yang pertama

Sebelum ini, ada pelbagai kes human chimera yang mencetuskan kekeliruan dan kekaguman. Pada tahun 1953, satu kes human chimera telah dilaporkan dalam British Medical Journal. 

Seorang wanita didapati mempunyai 2 jenis darah yang berbeza dalam darahnya. 

Sebenarnya, ia kerana sel abang kembar beliau (yang tak berjaya dilahirkan) telah masuk ke dalam tubuhnya! 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara kes lain yang unik adalah kes Karen Keegan dari Boston. Doktor mendedahkan Karen mempunyai set DNA yang berlainan dalam darah dan ovarinya. 

Oleh sebab perbezaan itu, ovari Karen menghasilkan telur dengan DNA berbeza ketika hamil. Selepas anaknya lahir, mereka disahkan ada DNA orang lain, bukan DNA Karen!

Ujian mendapati DNA itu dari kakak kembar Karen. Sedangkan kakak kembar itu tak pernah lahir pun!

Kredit: K. Sheets et al, Vibrant Gene Consulting

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut pakar biologi - Charles Boklage dari East Carolina University, human chimerism adalah perkara biasa yang boleh terjadi dalam biologi.

Namun, ia sukar untuk dikenalpasti, dan hanya boleh dikenalpasti melalui ujian yang "tak sengaja" dibuat seperti ini.

Biasanya, semua individu hanya ada satu set DNA. Ia merupakan gabungan daripada gen seorang ibu dan bapa.

Tapi human chimera berbeza. Individu tersebut boleh mempunyai 2 set DNA yang berbeza, malah ia mungkin hanya boleh dikesan dalam beberapa organ tertentu saja!

Aneh tapi menarik, bukan?

Sumber rujukan: The Independent dan Buzzfeed News

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Penulis

Ayu Idris