Ini adalah perkongsian sebuah kisah, bagaimana seorang bapa telah mendera dan membiarkan anaknya kelaparan sebelum menjadikannya makanan khinzir. Ia sungguh meruntun jiwa.
Andrian Jones, seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 7 tahun ketika meninggal dunia. Michael Jones, ayah kepada Adrian, 46 telah diberi hukuman penjara sekurang-kurangnya 25 tahun. Sementara isterinya, Heather Jones, 31 sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup.
Apa yang telah dilakukan oleh Michael Jones sehingga pembunuhan anaknya ini dilabelkan sebagai ngeri dan menakutkan? Berikut adalah apa yang telah dilakukan oleh bapa kejam ini;
- Michael telah meletakan sistem pengera pada tempat simpanan makanan bagi mengelakan Adrian yang kelaparan dari mengambil makanan
- Adrian telah dipaksa berdiri di dalam kolam renang yang kotor berjam-jam lamanya
- Adrian telah diikat pada meja songsang
- Adrian dipaksa berbogel dan berdiri di bawah pancuran air mandi yang telah diubah suai supaya dia tidak dapat melepaskan diri
- Adrian kadang-kala dipukul dengan bahagian belakang penyapu oleh ibu tirinya
- Selain didera dan dibiarkan kelaparan, Michael merakam semua penderaan terhadap Adrian melalui 30 kamera litar tertutup yang dipasangnya
- Setelah Adrian meninggal dunia, mayatnya telah diberikan kepada khinzir peliharaan Micheal untuk dimakan
- Kematian Adrian ialah pada September atau Oktober 2015, namun tidak dilaporkan
Video Adrian dipaksa makan di atas lantai dengan tangan diikat, boleh dilihat di pautan ini.
Kaki Adrian yang bengkak akibat diikat, foto ehsan MailOnline
Ibu kandung Adrian, Dainna Pearce telah kalah dalam mendapatkan hak penjagaan Adrian dan dua adik-beradiknya beberapa tahun yang lalu. Beliau berharap agar Michael dan Heather terseksa dengan lama di dalam penjara dan tidak akan dapat memaafkan mereka.
Ibu Dainna, Judy Conway, berkata, hanya pada minggu lepas beliau mempunyai kekuatan untuk melihat gambar dan video Adrian didera.
Katanya kepada Michael, hal ini tidak akan dilupakan, rasa sakit hati yang mereka rasakan tidak akan dapat dibaiki dan hati mereka yang hancur tidak dapat dicantum semula. Keiona Doctor, 21, kakak kepada Adrian pula berkata yang Michael tidak layak peluang kedua, malah tidak layak berada diluar sebagai manusia bebas.
Hakim bagi perbicaraan kes ini telah mengarahkan Michael untuk terus berada di dalam parol seumur hidup jika dia dibebaskan nanti. Semasa perbicaraan, Michael telah mengalihkan kerusinya supaya tidak terpandang nenek, ibu dan kakak Adrian. Peguam daerah Wyandotte County telah menyifatkan kes ini sebagai kes paling teruk pernah mereka lihat.
Malah, Detektif Stuart Littlefield semasa memberi kenyataan yang mayat Adrian telah diberi makan pada khinzir, terpaksa memohon sejenak kerana terlalu sebak. Baki mayat Adrian telah dijumpai di tanah sewaan selepas pegawai polis mendapat tahu yang kanak-kanak lelaki itu hilang melalui laporan Michael Jones mendera isterinya.
Penderaan kanak-kanak
Isu penderaan kanak-kanak bukanlah sesuatu yang asing sekarang. Satu kenyataan yang menyedihkan. Namun ianya realiti yang kita sendiri dengar hampir setiap hari. Malah, pelakunya seakan-akan berlumba-lumba siapa yang lebih “hebat”!
Apa yang kita boleh lakukan? Sebenarnya ada yang kita boleh lakukan untuk menghentikan perbuatan dera dari berleluasa. Sama ada sebagai ahli keluarga mahupun orang luar.
Tidak kira sama ada ahli keluarga, jiran, guru atau sahabat, jika kita mengetahui yang seseorang itu didera kita HARUS melaporkan hal ini. Ianya bukan soal mencampur tangan, tapi tindakan ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa mereka yang didera.
Terdapat banyak cara untuk anda laporkan hal ini;
- melaporkan pada pihak polis
- menelefon tele-dera, 15999
- melaporkan pada rukun tetangga untuk siasatan
- menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat berhampiran
- menghubungi mana-mana ahli Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak / Pusat Aktiviti kanak-Kanak yang terdapat di kawasan berlakunya penganiayaan.
- rujuk pada hospital berhampiran
Sumber: Metro, Jabatan Kebajikan Masyarakat