Rakaman CCTV Menunjukkan Seorang Bapa Ajar Anak-Anaknya Mencuri

Ibu bapa contoh teladan yang baik untuk anak-anak, malangnya, terdapat juga ibu bapa yang menjadi teladan buruk kepada anak anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Tetapi ajar anak mencuri merupakan satu perbuatan yang sangat tidak baik!

Kita semua tahu bahawa ibu bapa adalah contoh teladan yang baik untuk anak-anak. Ini kerana ibu bapa adalah insan yang paling dekat dengan anak-anak.

Segala perlakuan, percakapan tak kisahlah yang baik atau buruk, mudah untuk ditiru oleh anak-anak, terutamanya anak yang masih kecil.

Bapa Ajar Anak Mencuri Tertangkap Di CCTV

Baru-baru ini, di laman FB Barisan Merdeka, telah viral satu rakaman di mana seorang bapa telah ajar anak kandungnya sendiri untuk mencuri duit di sebuah kedai dobi di Pandamaran, Klang.

Tindakan ini amat menyedihkan kerana ia melibatkan kanak-kanak dalam aktiviti tidak bermoral ini!

Walaupun si ayah amat terdesak untuk mendapatkan wang, tetapi janganlah libatkan anak dalam hal yang melibatkan moral ini.

Kerana ada kemungkinan besar anaknya akan meniru perbuatannya apabila dewasa kelak!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak Ibarat Kain Putih

Ibu bapalah yang membentuk anak-anak untuk menjadi insan bermoral dan untuk membina generasi cemerlang.

Didikan dari rumah adalah penting kerana anak muda dan generasi muda adalah pemangkin ekonomi negara.

Negara yang maju akan lahir hasil daripada didikan anak yang sempurna. Malah, anak yang baik itu juga adalah ibarat aset kepada ibu bapa itu sendiri.

Sememangnya, ibu bapa menghadapi cabaran untuk mendidik anak pada masa kini, iaitu cabaran ekonomi dan teknologi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mendidik anak-anak tidak semudah zaman dahulu. Anak-anak zaman dahulu bekerja keras dan belajar rajin-rajin untuk mengubah nasib keluarga.

Anak-anak zaman kini, terutamanya Gen X cenderung untuk manja, dan terlalu dilimpahkan dengan kesenangan hidup sehingga tidak pernah kenal erti susah.

Kebanyakan generasi X amat suka melawan, dan tidak suka dikongkong, serta amat suka dengan kebebasan.

Cabaran masa kini ialah dunia di hujung jari. Pelbagai info boleh diakses hanya di hujung jari – yang baik mahupun yang buruk.

Mendidik Anak Mesti Dilakukan Dari Kecil

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kenapa mereka perlu dididik sedari kecil? Ia kerana naluri anak kecil pada masa ini amat senang hendak dibentuk dan dididik.

Pada usia kecil dan muda, anak-anak tidak langsung menyimpan perasaan dendam terhadap sesiapa.

Buktinya, walaupun ibu bapa mungkin memukul anak-anak dengan niat mahu mengajarnya, anak-anak akan ingat akan kesalahan itu, dan pasti tidak akan mengulanginya semula.

Hati anak kecil amat suci dan murni.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada usia ini, anak kecil amat senang terpengaruh terhadap sekeliling. Lebih-lebih lagi pada zaman dunia tanpa sempadan ini, anak-anak kecil dengan senangnya mengakses pelbagai info dan hiburan.

Dikhuatiri anak-anak mudah untuk meniru pelbagai perkara negatif yang boleh dipelajarinya di sana.

Maka, ibu bapa harus mengehadkan penggunaan teknologi seperti akses kepada internet mahupun televisyen secara bebas.

Masalahnya, ibu bapa zaman kini kurang mengambil berat soal anak-anak. Jadi anak-anak mudah untuk terpengaruh dengan gejala negatif dan perangainya sukar dikawal.

Ibu bapa sekarang sibuk bekerja sehingga kebajikan anak-anak tidak terjaga. Anak-anak kurang perhatian.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Maka, tanggungjawab mendidik anak-anak telah diserahkan kepada guru dan guru tidak mampu untuk mengawal semua pelajar di sekolah.

Di samping itu, keadaan keluarga yang tidak stabil dari segi ekonomi sedikit sebanyak menganggu kehidupan anak-anak.

Desakan ekonomi keluarga mendorong ayah dan ibu bergaduh, lantas anak-anak berpeleseran bersama kawan-kawan kerana anak-anak bosan dengan persekitaran di dalam rumah.

Anak Mengikut Kelakuan Ibu Bapa

Jika ayah dan ibu rajin bersolat di rumah, maka anak-anaknya akan mengikuti jejak langkah orang tuanya.

Begitu juga dengan perlakuan negatif ibu bapanya seperti panas baran. Anak akan menjadi sangat keras kepala dan memberontak.

Jika ibu dan bapa rajin membaca, anak-anak akan turut mengikuti jejak langkah orang tuanya.

Ibu bapa yang tegas dalam mendidik anak-anak dan tidak pernah berkompromi dalam kesalahan yang dilakukan, anak akan membesar dengan menjadi seorang yang berintegriti dan jujur.

Ibu ayah sekalian, jika anda ingin dilayan dengan baik ketika usia tua nanti, berilah kasih sayang dan perhatian sewajarnya kepada mereka.

Kerana hidup ini umpama roda. Anak-anak akan ulang apa yang anda lakukan terhadap mereka apabila tua nanti.

Anak adalah aset kita ke syurga. Mereka adalah harapan kita apabila kita meninggal dunia kerana anak yang soleh akan mendoakan kesejahteraan kita nanti.

Video dari Barisan Merdeka

 

Penulis

Michelle Goh