Bapa Kepada Mangsa Penderaan Seks Dihukum Penjara 23 Tahun

Seorang lelaki berusia 42 tahun yang telah melakukan penderaan seks terhadap anak perempuan kandungnya, dijatuhi hukuman penjara 23 setengah tahun serta hukuman maksimum 24 sebatan rotan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seorang lelaki berusia 42 tahun yang telah melakukan penderaan seks terhadap anak perempuan kandungnya, dijatuhi hukuman penjara 23 setengah tahun serta hukuman maksimum 24 sebatan rotan.

Mangsa didapati telah didera beberapa kali akhir tahun 2011 dan April 2014.

Penderaan seks bermula ketika gadis itu berumur 11 tahun. Kebanyakan penderaan itu berlaku apabila dia menggunakan komputer yang berada di bilik tidur ibu bapanya.

Bapanya akan memastikan pintu ditutup dan dikunci sebelum menyuruhnya untuk melakukan pelbagai perbuatan seksual.

Tangannya akan ditarik dan dia akan dipaksa untuk menyentuh bapanya. Setiap kali dia didera, penderaan seks itu akan meningkat menjadi lebih teruk.

Pada mulanya dia berdiam sahaja kerana takut keluarganya akan berpecah. Tetapi selepas didera lagi pada April 2014, dia telah memutuskan untuk memberitahu ibunya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

sumber : 23 WIFR

Tidak Mengaku

Lelaki itu enggan mengaku kesalahannya. Malah dia telah mengatakan ia adalah perkara yang mustahil, alasan keadaan zakarnya yang cacat akibat menjalani prosedur membesarkan zakar.

Dia didapati bersalah atas 10 tuduhan penderaan seks terhadap anak perempuannya:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 1 tuduhan melakukan perbuatan tidak senonoh dengan kanak-kanak,
  • 5 tuduhan mencabul kehormatan, dan
  • 4 tuduhan serangan seks dengan penembusan.

Apakah Kesan Penderaan Seks Kepada Kanak-Kanak

Kanak-kanak yang didera secara seksual akan berasa dirinya berbeza dengan kanak-kanak lain. Mereka akan rasa keliru dan emosi mereka akan sentiasa berubah.

Kadang-kadang mereka akan mengurung dan memencilkan diri kerana sukar untuk menceritakan tentang penderaan yang dialami. Mereka akan selalu berasa bersalah atau marah kerana rasa dirinya dibelot orang yang dipercayai.

sumber: Kickstarter

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Yang sedihnya, ada diantara mereka yang tidak sedar mereka adalah mangsa penderaan seks. Pelaku telah "groom" pemikiran kanak-kanak ini bahawa apa yang mereka lakukan adalah perkara yang biasa.

Mereka akan menjadi rapat dengan pelaku dan takut kehilangan orang dewasa yang rapat dengan mereka, jika perbuatan mereka diketahui.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kanak-kanak yang tidak bersalah ini, tidak tahu bagaimana untuk menghentikan penderaan seks. Ada yang berfikir merekalah yang menyebabkan masalah ini dan akan terus merahsiakan perbuatan pelaku.

Kita perlu sentiasa mengingatkan anak kita yang tiada orang dibenarkan untuk menyentuh kawasan aurat mereka, terutamanya kawasan payu dara, dubur, zakar dan faraj. Ajarkan perbezaan antara sentuhan yang betul, sentuhan yang tidak selesa, dan sentuhan yang salah.

Ajar mereka untuk katakan "TIDAK" dengan suara yang kuat jika seseorang telah menyentuh mereka dengan cara yang salah.

Tetapi perkara paling penting yang kita kena ingatkan:  Mereka perlu BERITAHU orang dewasa yang dipercayai jika seseorang telah melakukan perkara yang tidak senonoh kepada mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Jika anda tahu atau mengesyaki siapa-siapa yang mangsa dera. Hulurkan pertolongan, atau hubungi Talian Nur.

Sumber: The Star, Women's Centre for Change

Penulis

Rosanna Chio