Ibu Muda Ini Hidap Kanser Payudara & Koma Lepas Bersalin, Si Kecil Belum Sempat Menyusu

Seorang lelaki yang juga suami kepada wanita ini meminta agar didoakan kesejahteraan dan kesembuhan pada isterinya yang terlantar sakit.

Kanser atau barah payudara sememangnya menjadi penyakit yang sangat menakutkan khususnya di kalangan kaum wanita. Malah, wanita juga disarankan sentiasa melakukan pemeriksaan ke atas badan mereka jika terdapat sebarang kelainan seperti pertumbuhan biji di tepi ketiak, keluar lendiran pada puting, sakit payudara dan lain-lain.

Atas sebab itu lah kita sentiasa digalakkan untuk menyuntik kesedaran khususnya kepada diri sendiri tentang betapa penting mengetahui sama ada diri benar-benar sihat atau sebaliknya.

Ibu muda hidap barah payudara

Seperti kisah pilu yang berlaku kepada seorang ibu muda yang koma selepas menjalani pembedahan caeserean untuk menyelamatkan bayi dalam kandungannya yang berusia lapan bulan.

Menurut suaminya, Muhammad Hairi Ramli, 27 dia terkenangkan rintihan dan kesakitan yang dialami oleh isterinya sebelum koma.

Malah dia hanya mampu menangis tiap kali melawat isterinya Noor Athirah Mohd Ariff, 24 di hospital yang sedang menjalani rawatan di Wad Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Beliau menambah, jika diikutkan tarikh sebenar isterinya bersalin adalah tempoh sebulan lagi namun pada 10 terakhir Ramadan lalu, Noor Athirah mula kelihatan lemah dan sering mengadu sakit.

Setelah tidak dapat menahan melihat penderitaan isterinya itu, Hairi terus membawa isterinya ke hospital sebelum Aidilfitri untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Muncul ketulan kanser

Terdahulu kisah pasangan ini pernah tular di laman sosial di mana keperitan hidup yang dialami pasangan ini benar-benar menyentuh hati warganet.

Semasa melahirkan anak sulung mereka yang diberi nama Muhammad Hairil Hafsya, 2 tahun, ketulan kanser sudah kelihatan. Namun, selepas melakukan ikhtiar menerusi perubatan tradisional ketulan itu kian menghilang.

Namun ia tidak berakhir di situ, kanser tersebut kembali menyerang apabila isterinya hamil anak kedua yang diberi nama Muhammad Aidil Fitri pada 23 Mei yang lepas.

Menjalani pembedahan demi menyelamatkan nyawa anak

Pada masa itu, doktor menasihatkan Noor Athirah agar menjalani pembedahan untuk menyelamatkan nayawa anak yang ada dalam kandungannya. Sejak dari itulah, Noor Athirah bergantung sepenuhnya kepada bekalan oksigen bagi meneruskan hidup.

Kemudian, isterinya turut diuji terdapat ketulan darah beku di dalam perut. Namun walaupun diuji, dia bersyukur kerana keluarga sentisa memberikan sokongan yang sepenuhnya.

Mengalami masalah kewangan

Susulan dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada Mac lalu, Hairi mengakui mengalami masalah kewangan sepanjang tempoh tersebut.

Malah dia hanya banyak berehat apabila tidak dapat bekerja sebagai pembantu kedai di Pasar Borong Wakaf Che Yeh selain perlu menjaga isterinya yang sakit.

Apatah lagi, kos rawatan dan pembedahan isterinya dianggarkan mencecah puluhan ribu ringgit.

Sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad 03120020-18-2482 atas nama Noor Athirah Mohd Ariff.

Barah payudara dan kehamilan

Menurut Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, terdapat perubahan semulajadi pada payudara sekiranya anda hamil atau menyusukan badan. Namun jika merasakan terdapatnya sebarang ketulan pada payudara, anda disarankan
untuk berjumpa doktor.

Selepas berjumpa doktor mereka akan memastikan anda menjalani pemeriksaan ultrasound pada payudara. Ada ketikanya juga ujian Mammogram diperlukan, jika perlu bahagian perut ibu akan ditutup dengan sejenis lapisan pelindung untuk mengurangkan radiasi x-ray kepada bayi.

Jika terdapat ketulan itu, sedekit sampel tisu akan diambil pada bahagian tersebut tapi sebelum itu bius setempat akan diberikan untuk kurangkan rasa sakit.

Dari biopsy itu, doktor boleh tahu sama ada ketulan tersebut berbahaya atau tidak.

Namun usah terlalu risau kerana ada juga ketulan di payudara yang tidak mendatangkan bahaya.

Rawatan yang boleh dilakukan

– Pembedahan iaitu membuang ketulan dan membuang payudara.
– Radioterapi selalunya ditangguhkan selepas anda bersalin
– Kimoterapi diberikan pada 13 minggu pertama kehamilan kerana boleh mendatangkan bahaya pada bayi. Selepas itu baru boleh dilakukan namun bergantung pada jenis barah payudara anda.
– 2 jenis ubatan akan diberikan iaitu Tamoxifen dan Trastuzumab (Herceptin). Ubatan ini biasa diberikan pada peringkat awal rawatan untuk mengurangkan risiko ia berulang dan menjadi lebih teruk

Sumber : Sinar Harian 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comkanser-payudara