7 Barang Dapur Yang Boleh Mendatangkan Bahaya Pada Keluarga Anda

Jangan leka ibu bapa semua. Peralatan memasak yang biasa diguna seperti kuali ini boleh mendatangkan bahaya pada kesihatan jika tak digunakan dengan betul!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Barang dapur juga boleh mendatangkan bahaya pada anda sekeluarga!

Dapur adalah tempat anda menyediakan makanan buat keluarga, jadi ia sepatutnya tempat yang paling bersih dan paling selamat di rumah anda. 

Malangnya, dapur bukan tempat paling selamat di kebanyakkan rumah.

Malah, menurut The Daily Meal, peralatan memasak yang biasa digunakan juga boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan jika tidak digunakan dengan baik. 

Berikut adalah sebahagian darinya peralatan memasak tersebut:

1. Peralatan aluminum

Aluminium adalah material yang murah dan pelbagai guna.

Walaubagaimanapun, makanan berasid seperti sos tomato boleh menyebabkan aluminium terserap masuk ke dalam makanan

Memang aluminium boleh disingkirkan dari badan melalui buah pinggang, namun ia masih salah satu toksin utama dalam senarai daftar bahan paling toksik oleh United States Agency.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Periuk kuprum

Kuprum terkenal mampu mengekalkan suhu dan menahan haba, malah periuk dan kuali kuprum adalah kegemaran kebanyakkan cef.

Tetapi makanan berasid boleh menghakis lapisan kuprum dan menyebabkan ia masuk ke dalam makanan!

3. Pengalas pemotong plastik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: CASA Veneracion

Plastik memang lebih tahan lama dari kayu, namun ia lebih cenderung mempunyai kesan terpotong yang boleh jadi tempat bakteria membiak.

Itulah sebabnya penting untuk membersihkan tempat pemotong dengan baik menggunakan air berklorin atau air panas.

Jika pengalas pemotong anda mempunyai banyak kesan terpotong, sudah tiba masanya untuk anda tukar baru.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4. Peralatan memasak plastik

Jika dibiarkan pada suhu yang tinggi, peralatan plastik akan cair dan mengeluarkan bahan dan gas kimia yang bahaya ke dalam makanan.

Peralatan kayu dan besi adalah lebih selamat digunakan.

5. Plastik mengandungi BPA

Kredit: Flickr

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

BPA (bisphenol A) adalah bahan kimia industri yang digunakan dalam pembuatan plastik.

Kajian menunjukkan kesan ketara antara plastik BPA terhadap janin dan bayi baru lahir.

Apabila membeli produk plastik, pastikan semak di bahagian bawah dan pilih plastik yang dilabel sebagai bebas BPA (BPA-free).

6. Besi tahan karat bercalar

Besi tahan karat memang pelbagai guna dan tahan lasak, namun tidak semuanya tahan calar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila sudah tercalar, ia boleh membebaskan mineral seperti besi, kromium, dan nikel ke dalam makanan. 

Walaupun semua bahan ini bukanlah toksik jika dalam kuantiti yang sedikit, namun ia masih boleh memudaratkan kesihatan jika terkumpul di dalam badan.

7. Kuali teflon

Teflon membuatkan memasak tanpa minyak lebih mudah, kerana bahan tidak lekat menyebabkan semua makanan seperti meluncur di atas permukaannya.

Tetapi menurut kajian oleh kumpulan Kesihatan Persekitaran, kuali bersadur Teflon boleh mencapai suhu konduktif dan membebaskan asap atau gas beracun selepas 2 hingga 5 minit di atas api!

Sumber: theAsianParent Singapore dan The Daily Mail

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.combarangan-rumah-berbahaya-untuk-bayi/

Penulis

Aqma