Hujung minggu ini pasti ramai yang keluar berbelanja. Jika anda merancang untuk membeli barang dapur, pastikan anda semak dahulu senarai keperluan yang kami di theAsianparent kongsikan sebagai panduan.
Isi Kandungan
Barang Dapur Yang Wajib Ada Di Rumah
Senarai Barang Keperluan Dapur
Senarai barang dapur adalah merangkumi barang keperluan harian yang diperlukan ketika berada di rumah.
Kebiasaannya, barang dapur setiap keluarga tak sama. Tetapi, ada dua jenis barang yang wajib ada di dapur.
Pertama, barang basah seperti ikan, ayam, dan sayur-sayuran. Kedua, barang kering seperti beras, tepung, rempah dan sebagainya.
Dengan adanya senarai ini, anda boleh pastikan semua bahan ada sebelum memasak dan elak membeli barang yang tak perlu. Ini juga memudahkan anda membezakan antara keperluan dan kehendak.
Bahan Mentah, Sayur-Sayuran Dan Buah-Buahan
Untuk menyediakan makanan lengkap, barang-barang seperti ini wajib ada di dapur untuk memudahkan urusan ketika memasak.
Biasanya, pembelian barang basah untuk dua minggu dilakukan berdasarkan jumlah ahli keluarga.
Bahan Mentah
- Ayam
- Daging
- Ikan
- Udang
- Sotong
- Telur
- Tahu
- Tempe
- Kambing
- Ikan bilis
Sayur-Sayuran
- Bayam
- Sawi
- Kangkung
- Kobis
- Bendi
- Timun
- Lobak merah
- Brokoli
- Kacang panjang
- Ubi kentang
Buah-Buahan
- Pisang
- Epal
- Oren
- Anggur
- Tembikai
- Nanas
- Mangga
- Jambu batu
- Avokado
- Lemon
Bahan Kering, Snek Dan Bahan Masak
Sementara itu, bahan kering pula ialah bahan yang digunakan dalam masakan sebagai penyedap rasa.
Snek tidak penting dibeli, tetapi sekadar untuk dinikmati sebagai kudapan ringan atau selingan.
Bahan Kering
- Beras
- Tepung
- Gula
- Garam
- Lada hitam
- Lada putih
- Serbuk kunyit
- Serbuk cili
- Ketumbar
- Jintan manis
Snek
- Kerepek kentang
- Kacang tanah
- Biskut
- Coklat
- Aiskrim
- Keropok ikan
- Kerepek pisang
- Buah kering
- Popcorn
- Jeli
Bahan Masak
- Minyak masak
- Santan
- Kicap
- Sos cili
- Sos tomato
- Cuka
- Mayonis
- Serbuk kari
- Kunyit hidup
- Asam jawa
Barang Laundry dan Personal Care
Barang Laundry dan Personal Care adalah barangan yang perlu dibeli, namun tidak perlu dibeli setiap bulan.
Pembelian hanya dilakukan apabila stok sudah habis sahaja.
Barang Laundry
- Sabun basuh baju
- Pelembut fabrik
- Peluntur
- Penghilang kotoran
- Pelarut noda
- Pewangi pakaian
- Bekas cucian
- Hanger
- Penyepit baju
- Rak pengering
Personal Care
- Sabun mandi
- Shampoo
- Perapi rambut
- Ubat gigi
- Berus gigi
- Deodoran
- Losyen badan
- Pencuci muka
- Pelembap muka
- Alat pencukur
Tips Jimat Shopping Barang Keperluan Dapur Dan Rumah
Mengurus perbelanjaan barangan dapur dan rumah boleh mencabar, terutamanya dengan kenaikan kos sara hidup. Namun, dengan beberapa tips ini mungkin boleh menjimatkan wang sambil mengekalkan kualiti.
1. Rancang Menu Mingguan
Buat senarai menu untuk seminggu. Ia dapat membantu anda tahu bahan apa yang perlu dibeli.
2. Buat Senarai Barang Dapur Mengikut Keperluan Semasa
Tulis senarai barang yang diperlukan sebelum pergi membeli-belah. Ini mengelakkan anda membeli barang yang tidak perlu.
3. Periksa Stok Dapur
Periksa stok barang dapur sebelum keluar. Elakkan pembaziran dengan menggunakan apa yang ada dahulu.
4. Beli dalam Kuantiti Besar
Barang seperti beras, gula, dan tepung boleh dibeli dalam kuantiti besar untuk jangka masa panjang.
5. Cari Promosi dan Diskaun
Manfaatkan promosi dan diskaun untuk jimatkan wang. Anda boleh buat perbandingan harga barang semasa dan secara online.
6. Beli Mengikut Musim
Buah-buahan dan sayur-sayuran mengikut musim biasanya lebih murah dan segar.
7. Pilih Barang Yang Tahan Lama
Bahan kering dan tin biasanya tahan lama, sesuai untuk stok jangka panjang.
8. Jangan Shopping Ketika Lapar
Anda cenderung membeli lebih banyak bila lapar. Pastikan makan sebelum membeli-belah.
9. Bawa Beg Sendiri
Untuk mengurangkan penggunaan plastik, bawa beg sendiri ketika membeli-belah.
10. Baca Label Barang
Baca label barang untuk memastikan anda membeli produk yang berkualiti dan sesuai dengan keperluan. Tidak perlulah membazir masa dan wang untuk keluar sekali lagi jika tersalah beli.
Dengan adanya senarai barang dapur yang lengkap dan jelas, anda boleh merancang perbelanjaan dengan lebih bijak dan mengelakkan ‘poket kering’ di hujung bulan.
Semoga artikel ini bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ramai Suami Keliru Bila Beli Barang Dapur, Sebab Itulah Isteri Kena Tulis Lengkap & Jelas!