Selalu Bawa Si Kecil Jalan-Jalan? Ini 10 Barangan Bayi Yang Anda Patut Simpan Dalam Kereta

Beg diaper yang anda selalu bawa ketika keluar mungkin tidak mencukupi. Apa kata anda sediakan juga barangan bayi yang anda patut simpan dalam kereta ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Keluar bersama bayi bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan. Ya, kita selalunya ada beg diaper yang kita bawa bersama setiap kali keluar membeli-belah atau berjalan-jalan bersama keluarga.

Tapi, kalau terjadinya kesesakan lalu lintas atau perkara kecemasan (tayar pecah dan sebagainya), haa..boleh kalut juga kalau barangan bayi yang diperlukan tidak ada.

Anak kecil kita pula sudah mula merengek dan tidak selesa. Jadi, kami rasakan ada beberapa barangan bayi  yang anda patut simpan dalam kereta!

Senanglah nanti kalau anda memerlukannya untuk menenang atau menguruskan bayi anda nanti.

1. Kain Tisu Wipe

Sumber: Cari.com.my

Para ibu semua pasti berterima kasih dengan penciptaan kain tisu wipe! Ia memang memudahkan kerja kita. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda boleh membeli peket kecil untuk disimpan sebagai backup dalam kereta.

Poop si kecil, membersihkan muak yang tertumpah dan membersihkan tangan kita selepas membersihkan si kecil? Semuanya boleh dilakukan dengan menggunakan tisu wipe.

Hendak lap dashboard yang berhabuk atau kotor terkena tumpahan susu pun boleh! Memang patut disimpan dalam beg bayi tambahan dalam kereta kita.

2. Puting Bayi / Botol Susu

Ini sesuai untuk para ibu yang bayinya gemar memakai puting dan minum susu dari botol. Kadangkala, benda kecil sebegini mudah tercicir.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda ingatkan anda telah meletakkannya dalam beg diaper tapi tidak rupanya! Nah, pada masa ini, anda tidak perlu gelabah.

Buka sahaja beg diaper atau beg barangan extra yang anda simpan dalam kereta, dan keluarkan puting bayi anda serta botol susu.

Pasti senyaplah si manja dari rengekan atau tangisannya yang tidak henti-henti itu.

3. Beg Diaper Extra

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: Lauraplans.com

Ya, kita memang selalu bawa sekali beg diaper apabila keluar bersama si kecil. Tetapi, dalam kes kecemasan, satu beg mungkin tidak mencukupi.

Jadi, memang wajar sekiranya kita menyimpan satu beg diaper extra dalam kereta.

Letakkan beberapa kain napkin berserta barangan penting lain seperti bedak, krim ruam bayi, hand sanitizer, dan tuala kecil.

4. Makanan Snek Bayi

Makanan snek bayi juga perlu anda simpan sebagai tambahan dalam kereta. Tidak perlulah meletakkan makanan yang mudah rosak atau basi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Snek bar, biskut bayi atau buah kering (jika bayi anda gemarkannya) sangat sesuai untuk si kecil anda menghiburkan diri sendiri ketika kesesakan lalu lintas atau anda sibuk menguruskan hal di bank atau kedai.

Kalau tiada makanan dan dia kelaparan, pening kepala pula anda nanti hendak melayannya.

5. Baju Bayi 

Sumber: Babycenter.com

Samalah seperti kain napkin di atas. Mungkin beberapa helai baju bayi dalam beg diaper utama anda tidak mencukupi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Si kecil sakit perut pula ketika keluar di hujung minggu sehingga habis semua baju dipakainya!

Jadi, ketika ini, pasti barangan bayi yang anda simpan sebagai backup dalam kereta dapat membantu.

Letakkan beberapa pasangan baju bayi lengkap dalam beg diaper tambahan dan biarkannya dalam kereta.

Bila-bila masa sahaja anda boleh dapatkan baju persalinan baru untuk si kecil anda.

6. Lampu Suluh, Bateri dan Barang Kecemasan Lain

Ini lagi satu barangan yang bukannya untuk bayi anda, tetapi lebih kepada penggunaan anda sendiri!

Kalaulah sesuatu terjadi di jalanan pada waktu malam, mungkin lampu dalam kereta anda terlalu malap.

Pada waktu ini, anda sangat memerlukan lampu suluh. Senanglah untuk anda mencari barang bayi atau menukar lampinnya dalam gelap nanti.

Tip tambahan: simpan juga bateri extra, takut-takut lampu suluh kehabisan bateri!

7. Baju Ibu 

Sumber: Alieexpress.com

OK, ini juga mungkin bukan barangan bayi tapi percayalah, anda masih memerlukannya! Kenapa?

Yelah, mungkin baju anda terkena najis sewaktu menukar lampin si kecil dalam kereta atau dalam tandas khas di shopping mall.

Ataupun, bayi anda muak tidak henti-henti sehingga lenjun baju anda.

Jika ini berlaku, bolehlah anda menukar pakaian dengan mengambil baju yang telah anda simpan dalam kereta awal-awal lagi.

8. Selimut Bayi

Letakkan juga selimut bayi dalam kereta anda. Ini sesuai digunakan pada waktu malam.

Untuk anda, mungkin aircond itu menyamankan. Tetapi, buat bayi anda dengan badannya yang kecil, itu mungkin terlalu sejuk.

Guna selimut bayi yang telah anda simpan awal-awal dalam kereta dan selimutkan si kecil anda. 

Pasti dia akan berasa selesa dan mudah untuk tidur lena – jauh dari kesejukan yang menggigit!

9. Topi Bayi

Sumber: Lynninlovephotoblog.com

Lagi satu barangan bayi yang anda patut simpan dalam kereta adalah topi bayi.

Jika anda keluar dan hari tiba-tiba menjadi terik (sering berlaku di Malaysia!), pasti anda menyesal sebab tidak membawa topi bayi anda.

Habis kepanasan la kepala si kecil. Nanti demam pula. Jangan risau, bukankah anda sudah menyimpan topi extra dalam kereta? 

Anda boleh meletakkannya dalam dashboard atau selitkan dalam beg diaper extra yang telah anda sediakan tadi.

10. Beg Plastik

Ini adalah senarai terakhir barangan yang patut anda simpan dalam kereta – beg plastik extra!

Ini mungkin benda remeh-temeh yang sering dilupai oleh ibu bapa. Tapi, ia sangat penting dan berguna.

Napkin kotor, baju kotor, sampah dan segala macam benda boleh disimpan dalam beg plastik ini sementara anda berada di luar bersama bayi.

Sangat berguna dan sangat patut disimpan dalam kereta!

Macam mana pula dengan anda? Mungkin anda ada beberapa senarai barangan lain yang disimpan dalam kereta dan kami tidak kongsikannya di sini.

Tuliskan pendapat atau perkongsian anda di ruangan komen – kami ingin mendengar dari anda!

Sumber: Brit.co

Penulis

Noor