Kanak comel bernama Liya Maisarah bukan seperti kanak kanak sebayanya dengan peragaan pakaiaan bergaya standing dengan wanita Muslimah dewasa.
Adik Liya hanya berumur 12 tahun dan setiap gambar yang dimuatnaiknya selalu mendapat ribuan “likes”.
Boleh juga dikatakan bahawa adik Liya ni, “Instafamous” dan beliau yang masih bersekolah menawarkan perkhidmatan pengiklanan dan review dengan jumlah pengikutnya yang besar.
Terdapat juga komen-komen negatif kerana beliau yang berumur 12 tahun telah pandai bermekap dan menggunakan kanta lekap berwarna. Komen tersebut berpendapat bahawa beliau haruslah berpakaian seperti kanak kanak lain yang sebaya dengannya.
Dengan isu privasi yang hangat didebatkan sekarang oleh SKMM (Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia) dengan polisi-polisi privasi, isu hangat pedofilia, kita haruslah berjaga-jaga dengan apa yang dimuatnaik di laman sosial.
Ini adalah beberapa tips untuk foto-foto yang tidak sepatutnya dimuatnaik di laman social.
Gambar mandi dan bogel
Walaupun anda berpendapat bahawa gambar bogel semasa mandi adalah comel, pedofilia juga boleh menyalahgunakan gambar anak anda.
Gambar anak anda berunifom
Jangan sesekali memuatnaik gambar anak anda berpakaian seragam sekolah kerana ia akan memudahkan penculik untuk menculik anak anda semasa di sekolah.
Gambar dokumen rasmi mereka
Janganlah memuat naik gambar MyKid atau sijil kelahiran anak anda. Ia memudahkan penculik untuk mengetahui alamat anda.
Fikirlah sebelum memuatnaik gambar-gambar anak anda.
Artikel dari Hanasuva
Gambar dari Liya Maisarah