Kenapa Balance Bike Patut Jadi Basikal Pertama Si Kecil Berbanding Basikal Roda 3? Ini Sebabnya

Basikal roda tiga memang sinonim dengan kanak-kanak. Tetapi kini balance bike juga menjadi pilihan ibu bapa sebagai basikal pertama anak kecil mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Balance bike kini menjadi salah satu pilihan ibu bapa untuk membawa anak mereka beriadah. Berbanding basikal roda tiga, balance bike kini semakin mendapat tempat.

Bukan saja nampak comel anak-anak menggunakan basikal seperti ini ia sebenarnya sangat baik untuk perkembangan mereka. Seawal usia dua tahun, ibu bapa kini dilihat memberikan anak mereka basikal berkenaan.

Malah ada anak yang boleh terus bawa basikal roda dua hanya dengan latihan beberapa tahun dari balance bike. 

Baca juga: Ibu bijak ini berkongsi bagaimana terapi basikal telah membantu anak autistiknya

Basikal roda tiga ‘vs’ balance bike

Menurut artikel yang dikongsikan dalam siraplimaubalance bike ini banyak kebaikannya. Apakak sebenarnya balance bike?

Menurut hotaru, basikal imbang atau balance bike ini ialah basikal dengan dua roda, tetapi tanpa pedal pengayuh. Ia sejenis basikal untuk kanak-kanak berlatih menunggang basikal dengan cara menyeimbangkan badan.

Basikal jenis ini bukan sahaja tidak mempunyai pedal, malah sengaja tidak dilengkapi rantai dan gear. Ia sangat ringkas, tetapi amat berkesan bagi melatih kanak-kanak menyeimbangkan badan, sekali gus membolehkan mereka menunggang basikal secara sempurna.

Basikal roda tiga atau tricycles pula ialah sejenis basikal menggunakan cara-cara lama melatih kanak-kanak menunggang basikal menggunakan bantuan sejenis roda tambahan di kiri dan kanan untuk latihan keseimbangan.

Dulu basikal roda tiga memang popular, tetapi tidak lagi kini. Kini balance bike dilihat lebih efektif, praktikal, selesa dan selamat untuk membolehkan kanak-kanak berlatih menunggang basikal dalam waktu yang sesuai. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kenapa balance bike patut jadi basikal pertama anak kecil?

#1. Mudah digunakan

Ada dua kemahiran yang perlu dikuasai untuk menaiki basikal biasa iaitu mengimbangkan badan dan mengayuh. Oleh kerana balance bike tiada pedal pengayuh, kanak-kanak dapat fokus pada satu perkara yang utama iaitu mengimbangkan badan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini akan memudahkan proses pembelajaran dan latihan buat mereka.

Kanak-kanak kadang kala cepat putus asa dan stres bila mula-mula belajar naik basikal. Tetapi dengan balance bike, kanak-kanak bukan saja mudah menaikinya, mereka juga boleh berhenti, membelok, atau memusing dengan mudah.

Kebebasan untuk bergerak ini memberi mereka lebih konfiden dan rasa berani untuk terus belajar menunggangnya hingga mahir.

#2. Ringan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebanyakan balance bike adalah 2 hingga 3 kali lebih ringan berbanding basikal biasa dengan pedal pengayuh yang kadangkala sama berat dengan kanak-kanak itu sendiri.

Disebabkan ciri lightweight ini, kanak-kanak kecil mampu menunggang balance bike tanpa berasa letih, walaupun ketika menaiki cerun.

Malah ada kanak-kanak yang siap boleh angkat sendiri basikal mereka apabila terjatuh. Ini akan mengurangkan risiko anak dihempap basikal sendiri. 

#3. Boleh digunakan seawal dua tahun

Seawal usia 18 bulan, ada kanak-kanak yang sudah boleh menggunakannya. Tetapi biasanya ibu bapa akan memberi anak mereka basikal ini pada usia dua tahun. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia juga merupakan cara yang seronok untuk menggalakkan kanak-kanak bersenam. Tidaklah hanya menghadap gajet saja kan? 

#4. Lebih selamat

Tempat duduk balance bike dibina lebih rendah berbanding basikal biasa. Ini bermakna, impak hentakan juga kurang sekiranya mereka terjatuh ketika sedang menunggangnya.

Selain itu, balance bike hanya akan bergerak laju seiring dengan kelajuan kaki anak yang menggerakkannya. Berbanding dengan pedal kayuhan yang sukar dikawal apabila terlalu laju, balance bike lebih selamat serta kurang berisiko terhadap kemalangan.

Ia juga akan mengajar anak pengawalan kaki sendiri sama ada untuk berhenti atau menggerakkan basikal mereka dengan menggunakan tenaga kaki. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Tak perlukan training wheels 

Kebanyakan kanak-kanak yang dah mahir menunggang balance bike akan dapat menunggang basikal biasa seawal usia 4-5 tahun tanpa rasa kekok.

Yang paling best, dah tak perlu menggunakan training wheels, iaitu roda kecil yang dipasang pada sisi basikal. Hebat! Memang banyak kanak-kanak yang dilatih menggunakan balance bike tidak lagi memerlukan training wheels.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: siraplimau, hotaru

Baca juga: Cedera Parah Sebab Terjatuh Punca Utama Kanak-Kanak Masuk Hospital

Penulis

Lala Annuar