Betul Ke Kerap Basuh Kaki Boleh Kurangkan Risiko Digigit Nyamuk?

Masih ingat pesan nenek moyang kita dulu yang sering suruh kita basuh kaki sebelum tidur? Penemuan terbaru ini mungkin akan memeranjatkan anda!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa kaitan kerap basuh kaki dengan risiko digigit nyamuk?

Basuh kaki dan digigit nyamuk? Kedengaran seperti tiada kaitan langsung.

Namun, seorang remaja Jepun telah membuat penemuan baru, iaitu dengan kerap membasuh kaki, anda akan kurang digigit nyamuk!

Mungkinkah ini salah satu sebab mengapa nenek moyang kita sering kali berpesan, basuh kaki sebelum tidur?

Mungkin juga bukan? Ini adalah satu penemuan baru yang bertaraf dunia!

Bakteria di kaki boleh menyebabkan anda digigit nyamuk dengan banyak!

Bermula dengan rasa ingin membantu, seorang remaja Jepun berusia 16 tahun, Daiki Tagami telah mula membuat pemerhatian terhadap nyamuk.

Beliau pelik mengapa adik perempuannya lebih banyak digigit nyamuk. Jadi beliau mula memerhatikan tindak balas nyamuk terhadap barangan harian manusia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beliau telah menggunakan pelbagai benda, baju, topi dan seluar. 

Dan hasil dari pemerhatiannya, beliau mendapati, nyamuk lebih tertarik pada stokin. Jadi, beliau membuat eksperimen yang seterusnya.

Oleh sebab stokin tidak berbau, beliau lebih fokus terhadap bakteria di kaki

Dan beliau mendapati kaki yang telah dinyahbakteriakan (disinfect) yakni telah dicuci, kurang digigit nyamuk berbanding kaki yang tidak dinyahbakteria!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sungguh menakjubkan! Sikapnya yang mengambil berat tentang adiknya telah membawa namanya ke mata dunia. 

Anda boleh melihat eksperimen yang dilakukan remaja ini seperti di bawah:

7 faktor mengapa anda digigit nyamuk

BuzzFeed juga telah berkongsi tujuh sebab mengapa anda lebih digigit nyamuk berbanding orang lain.

Tujuh sebab itu ialah;

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Kandungan karbon monoksida yang dikeluarkan oleh badan kita mempengaruhi bilangan nyamuk yang datang kepada kita. Disebabkan itu, nyamuk lebih gemar menggigit orang yang berbadan lebih besar atau hamil.

  2. Suhu badan yang lebih tinggi juga menjadikan orang yang mempunyai badan yang besar serta hamil lebih cenderung digigit nyamuk. 

  3. Jenis darah. Sebuah kajian telah mendapati yang orang berdarah O lebih cenderung digigit nyamuk berbanding orang berdarah A. Namun ianya hanya sebuah kajian kecil.

  4. Kajian tersebut juga menunjukan sesetengah jenis darah membuatkan seseorang itu mengeluarkan sejenis bahan kimia yang menarik perhatian nyamuk.

  5. Komposisi mikrobakteria di atas kulit kita. 

    Loading...
    You got lucky! We have no ad to show to you!
    Iklan
  6. Bersenam meningkatkan laktik asid yang dikeluarkan ke atas kulit. Dan ini menjadikan nyamuk lebih tertarik.
  7. Minum bir akan membuatkan anda lebih menarik perhatian serangga terutamanya nyamuk.

Jadi lepas ini, jom basuh kaki sebelum tidur ya! Ini boleh mengelakkan anda digigit nyamuk dengan terlalu banyak.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Aqma