Bata Malaysia ini melancarkan laman e-dagang baharunya iaitu www.bata.com.my yang menawarkan pengalaman membeli-belah digital kepada pelanggannya.
Ia sekaligus menjadikan syarikat pengeluar kasut dengan reka bentuk yang selesa dan kasut yang bergaya dengan harga yang sangat berpatutan itu melangkah setapak lagi ke hadapan dengan matlamat memberikan pengalaman beli-belah lebih baik kepada pelanggannya menerusi saluran tradisional dan moden.
Bata Malaysia perkenal platform e-dagang hidbrid
Menggunakan model platform e-dagang hidbrid, pelanggan boleh mendapatkan pembelian mereka melalui penghantaran ke rumah atau mereka boleh mengambil sendiri di kedai Bata pilihan mereka yang terdekat.
Mudah bukan? Dengan hanya klik dan add to cart anda kini boleh memiliki asut Bata kesukaan anda!
Tempoh pemulangan dalam masa 30 hari dari tarikh pembelian
Selain itu, ia juga menawarkan pemulangan semula ke kedai dan membenarkan pertukaran saiz oleh pelanggan dalam masa 30 hari dari tarikh pembelian yang mana bagi kedai fizikal pertukaran di pembelian kedai adalah dalam masa 14 hari.
Platform ini juga akan memberi notifikasi secara automatik dengan pemberitahuan penghantaran dan emel untuk pengambilan barangan.
BATA juga akan melancarkan endless aisle bermula Disember 2021 yang mana ia akan menawarkan pencarian dan saringan stok masa nyata di semua rangkaiannya.
Melalui kemudahan itu, ia membolehkan pelanggan mencari, memesan dan mendapatkan status pelbagai jenis produk termasuklah sama ada ia sudah kehabisan stok atau tidak dijual di kedai di sesetengah rangkaian Bata.
Jika produk itu ada dan mereka memesannya ia boleh dihantar terus ke rumah mereka pada keesokan hari selepas tempahan dibuat.
Teknologi ini membantu pembantu jualan untuk lebih mudah berinteraksi dengan pelanggan sekaligus meningkatkan pengalaman pelanggan di kedai rangkaian Bata.
Beri pengalaman pembelian selamat, menyeronokkan kepada pelanggan
Menurut, Pengurus Negara BATA Malaysia, laman web baru BATA menawarkan pengalaman membeli-belah yang lancar dari awal hingga akhir.
Kami ingin terus melayani dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan menjadikannya selesa dengan cara yang lebih selamat untuk membeli-belah.
“Kami telah melihat perubahan dalam tingkah laku dalam beli-belah pelanggan sejak awal pandemik dan ciri-ciri baharu dilengkapkan di laman web BATA yang akan memenuhi keperluan kami dan keperluan pelanggan.
Malaysia menyaksikan pertumbuhan pembeli hibrid terutama kasut dan BATA berusaha untuk menjadikan perjalanan pelanggan mudah dan menyeronokkan ketika mereka membeli-belah untuk produk kami yang penuh gaya, selesa dan berpatutan.
Tawar diskaun online ekslusif
Selaras dengan pelancaran laman web baharu itu, BATA menawarkan tawaran online ekslusif, iaitu:
- Diskuan 30% di seluruh kedai + penghantaran percuma (Sah: 20 hingga 23 Oktober 2021)
- Diskaun 50% apabila anda membeli tiga pasang kasut (Sah: 24 hingga 30 Oktober 2021)
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ini bahaya anda tak tahu jika anak naik gelongsor pakai kasut getah
Baca juga: Anak Baru Mula Berjalan? 5 Tips Beli Kasut Bayi Yang Selesa Untuk Anak
Baca juga: Salah Beli Kasut Anak Boleh Buat Dia Lambat Berjalan, Guna Panduan Betul Ini!