Gara-gara mainan anak meletup, keluarga ini hampir hilang anak dan rumah!

Ketika anak keluarga ini mengecas mainannya di bilik, bateri mainan meletup dan hampir membuatkan rumah mereka hangus terbakar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebelakangan ini, bateri yang boleh dicas adalah antara ciri-ciri yang biasa untuk kebanyakkan barang mainan, Tapi, adakah anda tahu ada potensi untuk bateri mainan meletup?

Satu keluarga kongsikan kisah bagaimana permainan kerata control anaknya hampir menyebabkan kecederaan parah pada anaknya dan mereka kehilangan tempat tinggal.

Mari ikuti bagaimana kisah ini terjadi…

Bateri mainan meletup hampir buat mereka hilang rumah dan nyawa

Austin Harnish, kanak-kanak berusia 12 tahun yang tinggal di Colorado suka bermain dengan kereta kawalan jauh. Memandangkan dia terlalu muda untuk memandu, dia memuaskan minatnya dengan membawa kereta kawalan jauh di sekitar kawasan perumahannya.

Tapi satu hari, ketika Austin bermain di taman permainan berhampiran, salah satu kereta yang sedang dicas di biliknya tiba-tiba meletup dan menjadi api!

Ibunya, Melanir Harnish berkata,

“Saya naik atas dan melihat keseluruhan tingkat dua rumah penuh dengan asap dan api menyambar keluar dari bilik Austin. Saya panik. Saya lari ke bawah secepat yang boleh dan menjerit ‘api’.”

Dia mengambil pemadan api dan cuba memadamkan api, tapi dia terlalu cemas untuk mengeluarkan pin keselamatan. Ayah Austin, Jeff Harnish bertindak pantas dengan mengeluarkan charger dari soket dan memadam api menggunakan pemadam kebakaran.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jiran mereka menelefon panggilan kecemasan dan sejurus selepas itu bomba datang ke rumah mereka.

Jeff berkata, “Jika saya tiada di rumah, mungkin benda lain akan terjadi.”

Keluarga ini berharap ibu bapa lain akan lebih berhati-hati dengan mainan jenis ini.

Bateri mainan meletup: Tip keselamatan

Bateri mainan meletup boleh terjadi oleh beberapa sebab. Dalam sesetengah kes, ia boleh jadi kerana bateri atau charger rosak. Ia juga boleh terjadi kerana salah guna charger atau cas terlalu lama.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaubagaimanapun, adalah penting untuk anda berhati-hati dengan bahaya ini dan tahu apa yang perlu anda lakukan untuk mengurangkan risiko.

  1. Jangan biarkan bateri terbuka. Anak-anak boleh bermain dengan bateri atau menelan bateri dan boleh menyebabkan kecederaan serius.
  2. Jika mainan mempunyai bateri bocor, anda perlu terus buang untuk mengelakkan kejadian tak diingini.
  3. Jangan tinggalkan charger tanpa pengawasan apabila bateri sudah penuh. Terlebih cas kadang-kadang boleh menyebabkan letupan.
  4. Bateri atau mainan yang mempunyai bateri tidak boleh dibuang di dalam tong sampah. Ia perlu dibawa ke tempat kitar semula untuk diproses.
  5. Pastikan tempat bateri ditutup dan selamat.
  6. Jika bateri kembung atau rosak cepat keluarkan.

Langkah keselamatan ini penting untuk memastikan anda dan lebih-lebih lagi anak anda jauh dari bahaya.

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: theAsianparent Singapore

Kredit gambar: Daily Mail

Baca juga:

Belon meletup masa majlis hari jadi, ibu bapa perlu ikuti langkah keselamatan ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nadia Ghafar