Baru Nak Masuk 5 Bulan, Bayi Ini Meninggal Dunia Akibat Batuk Kahak Dan Demam Selepas Pulang Dari Bazaar

Pilu mendengar kisah ibu ini apabila bayi pertamanya meninggal dunia akibat batuk kahak dan demam. Ini kisahnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pasangan mana yang tidak sedih apabila cahaya mata pertama hanya diberi pinjaman selama 5 bulan. Bayi ini meninggal dunia apabila mengalami batuk kahak dan demam, segalanya bermula selepas pulang dari bazaar.

Menerusi sebuah perkongsian di media sosial, ibu yang berusia 30 tahun ini menceritakan tentang bagaimana bermulanya kesihatan anak lelakinya, Muhammad Aydeen Maleeq merosot hari demi hari.

Katanya, “Hari pertama 7 April pagi, arwah demam, batuk dan selesema. Selepas berbuka, kami bawa pergi klinik untuk buat pemeriksaan serta sedut gas bagi mencairkan kahak.

“Masa ini doktor nyatakan yang dia baru nak demam dan diberikan ubat demam cecair, cough patch dan semburan hidung. Manakala tiada ujian Covid-19.

“Selepas itu, dia kelihatan lega sikit dan tidur semasa dalam perjalanan balik dari klinik. Apabila sampai rumah, masa nak tidur tiba-tiba dia tak berasa selesa dan sentiasa nak dipegang,”tambahnya mengenai anaknya tidur lena pada malam itu.

Menurutnya lagi, suhu badan anaknya itu kian panas dan tidur sedikit lama pada hari kedua selepas dimandikan. Namun dia menunjukkan kurang selesa untuk menyusu. Pada hari ketiga, anaknya itu mula tidur lebih lama dan lena kerana tiada lagi demam, cuma batuk sahaja.

Biarpun demam sudah kebah, tetapi ibu ini masih lagi meletakkan kain basah di atas kepala dan bawah badannya bagi mengelakkan suhu badan kembali panas.

Ceritanya lagi, “Lepas berbuka, kami pergi ke klinik untuk neb kali ketiga seperti yang diminta doktor. Masa menunggu di depan klinik, dalam 30 minit nampak mukanya sangat ceria seperti sudah kebah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Pada hari keempat, dia yang sering bangun awal tiba-tiba bangun pada jam 9.45 pagi. Lepas bangun, arwah buka mata seperti termenung dan tidak ceria.

“Semasa keluar rumah untuk jemur baju, terdengar Maleeq batuk manja tapi sesudah selesai menjemur, saya tengok dari jauh macam dah tak bernafas.

“Saya cuba kejut dia tapi tiada tindak balas. Saya hubungi suami dan bergegas ke hospital dalam 10 minit di kecemasan doktor maklumkan keadaannya kritikal 50/50 dan pakar nyatakan yang dia tak dapat diselamatkan,” kongsinya.

Menurut mStar yang menemubual ibu kepada bayi tersebut, Nur Esyriffa Ahmad Zahidi, laporan bedah siasat telah dilakukan, namun masih belum diperoleh jawapannya, dan perlu menunggu kira-kira tiga bulan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Katanya, punca akan anaknya itu demam agak kurang pasti tetapi mereka ada pergi ke bazar untuk mencari keperluan raya. Jelasnya, mereka berada di bazar itu sekejap sahaja, malah lokasi itu pun tidak sesak. Namun, pada masa tersebut ada individu yang memegang tangan dan menyentuh pipi anaknya, tetapi tiada sehingga mendukung atau menciumnya.

“Siapa sangka, Maleeq akan demam dan meninggal dunia pada 19 Ramadan (10 April) semasa umurnya 4 bulan 3 minggu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Lagipun nafas Maleeq tiada bunyi ‘krok krok’ sebaliknya batuk yang dialami agak teruk malah semua simptom bermula selepas demam hari kedua,” katanya.

Kongsi ibu bapa kepada Maleeq ini lagi yang suaminya sukar untuk melelapkan mata selepas anaknya itu meninggal dunia kerana rindukannya.  Malah, pernah juga bermimpi seolah-olah arwah anaknya itu masih lagi hidup.

Semoga pasangan ini diberikan kekuatan untuk melalui dugaan berat ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

mStar

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bayi Kurang Sihat & Mudah Sakit- Ini Sebab Orang Luar Tak Boleh Sesuka Hati Menciumnya!

Baca juga: Kalau tak sihat, JANGAN lawat atau cium bayi baru lahir — ini padahnya!

Baca juga: “Tolonglah Jangan Sentuh Atau Cium Bayi Saya!” – 5 Perkara Anda Patut Buat Bila Dekat Dengan Bayi!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Farhana Fuad