Kajian - Sayur Dan Buah Hasilkan Bau Badan Lelaki Yang Lebih Seksi!

Kajian membuktikan buah-buahan dan sayur-sayuran boleh menghasilkan bau badan lelaki yang lebih seksi. Wanita pun akan lebih suka! Mari dengar kenapa.

Menurut piramid makanan di Malaysia, seorang dewasa disyorkan makan 3 hidangan sayur-sayuran dan 2 hidangan buah-buahan setiap hari.

Anda boleh melihat piramid makanan yang dimaksudkan seperti di bawah:

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini: 

  • Bagaimana sayur dan buah hasilkan bau badan yang lebih seksi?
  • Kaitan pemakanan sayur dan buah dengan bau badan lelaki yang lebih seksi
  • Bau badan, hormon feromon dan tarikan seksual

Bagaimana sayur dan buah hasilkan bau badan yang lebih seksi?

 

Anda digalakkan untuk makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran

Namun, saintis mendapati walaupun 5 hidangan ini baik untuk kesihatan, tapi 10 hidangan boleh menghalang sehingga 7.8 juta jenis kematian pramatang di seluruh dunia setiap tahun!

Ini bermaksud 10 hidangan boleh mengurangkan risiko:

  • penyakit jantung sebanyak 16%,
  • strok sebanyak 18%
  • kanser sebanyak 4%
  • kematian awal sebanyak 15%

Sesungguhpun faedahnya sudah dinyatakan di atas, masih ramai yang tak mengambil serius nasihat ini, terutamanya kaum lelaki. 

Tapi adakah anda akan mengubah fikiran jika anda tahu diet ini boleh menyebabkan bau badan yang lebih menarik?

Kaitan pemakanan sayur dan buah dengan bau badan lelaki yang lebih seksi

Sebuah kajian telah dilakukan oleh Jabatan Psikologi Universiti Macquarie di Sydney, Australia, untuk mengkaji jika diet yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran boleh mempengaruhi bau badan lelaki.

Kulit sekumpulan lelaki muda sihat telah diuji dengan menggunakan spektrofotometer untuk mengetahui jumlah buah-buahan dan sayuran yang terdapat dalam pemakanan mereka. 

Spektrofotometer adalah alat yang boleh mengesan jumlah karotenoid yang hadir dalam kulit. 

Individu ang makan buah dan sayur-sayuran dalam kuantiti yang banyak akan mempunyai lebih banyak karotenoid dalam kulit mereka.

Daya tarikan seksual seringkali dikaitkan dengan bau badan semulajadi pasangan. Sumber gambar: Pinterest

Kemudian, kumpulan lelaki itu diminta untuk melakukan senaman dengan memakai baju T-shirt bersih yang diberikan.

Baju-baju ini diberi kepada sekumpulan wanita yang diminta untuk menghidu peluh pada baju tersebut.

Mereka disuruh menilai bau baju yang mereka suka sambil mengambil kira faktor jika bau itu mempunyai bau buah atau bau bunga.

Bau badan, hormon feromon dan tarikan seksual

Sumber: Giphy

Alahai, memang reaksi saya macam miao di atas apabila teringkatkan baju berpeluh yang busuk.

Tapi keputusan  kajian di atas menunjukkan wanita lebih suka aroma bau badan lelaki yang mempunyai kandungan karotenoid yang lebih tinggi! 

Wanita lebih tertarik dengan bau badan lelaki yang mempunyai diet yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Sudah tentu orang tidak akan tertarik dengan bau badan yang busuk dan tidak bersih, namun daya tarikan seksual seringkali dikaitkan dengan bau semulajadi pasangan.

Fenomena ini adalah kerana feromon; sejenis hormon dan tindakan kimia luar tubuh yang mempengaruhi daya tarikan. 

Tubuh kita membebaskan feromon melalui peluh, air kencing, kulit dan air liur. Kemudian, organ vomeronasal di dalam hidung pasangan boleh mengesan pembebasan ini dan terangsang.

Sistem saraf menyampaikan tarikan ini kepada otak hingga:

  • mood akan berubah,
  • kadar degupan jantung akan bertambah,
  • suhu badan akan bertambah, dan
  • pernafasan yang lebih cepat.

Mengapa bau peluh lelaki boleh jadi seksi pada sesetengah wanita?

Menurut penyelidik Rockefeller dan Duke, kira-kira 70 peratus lelaki dan wanita dewasa mempunyai kapasiti genetik untuk mengesan bahan kimia tertentu yang dipanggil androstenone dalam bau badan lelaki.

Bagi mereka, bahan sarat testosteron boleh menghasilkan aroma yang menyenangkan seperti vanila atau bau manis atau kayu yang lain. Orang lain yang mempunyai salinan gen berlainan menganggap androstenone sebagai kurang menyenangkan, serupa dengan elixir aromatik air kencing basi.

Kira-kira 30 peratus lelaki dan wanita dewasa tidak dapat menghidu androstenone sama sekali, menyebabkan penyelidik mengesyaki mereka mungkin kehilangan gen yang bertanggungjawab untuk menghidu aroma tersebut.

Untuk mengetahui dengan tepat siapa yang boleh menghidu bau androstenone lelaki, penyelidik membentangkan 400 peserta dengan 66 bau berbeza, termasuk bau kayu seperti pain, bau kuat seperti bawang putih dan bau esoterik seperti methanethiol, bau buatan manusia yang serupa dengan bau air kencing selepas seseorang makan asparagus.

Jadi, tunggu apa lagi?

Cepat tambahkan pemakanan sayur-sayuran dan buah-buahan! Faedahnya sudah terbukti.

Ianya bukan hanya bagus untuk kesihatan, tapi sekarang ia juga boleh menjanjikan daya tarikan seksual dan aksi panas dengan pasangan anda! 

Sumber: Metro, The Guardian, Ask Men

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Aduh! Ini Bahagian Tubuh Badan Lelaki Yang Buat Wanita Ghairah

Penulis

Rosanna Chio