7 Tip Untuk Bawa Anak Tengok Wayang Buat Pertama Kali

Nak bawa si manja tonton wayang buat pertama kali, tapi risau bagaimana reaksi mereka nanti? Usah risau. Jom semak tip ini untuk pastikan anda bersedia bawa si manja mengalami pengalaman pertama menonton wayang!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dulu ketika anda bujang atau tengah hangat bercinta, tengok wayang itu perkara wajib. Atau habuan untuk diri sendiri selepas penat bekerja. Atau mungkin saja sebab tertarik dengan Scarlett Johannson dan Keanu Reeves.

Tapi kini lepas kahwin dan memiliki cahaya mata, trip ke wayang semakin kurang. Tak pun, anda dan pasangan terpaksa curi-curi pergi tengok wayang tanpa si manja.

Bosannya! Bila anda boleh bawa si manja menonton wayang sekali? Boleh ke si manja tengok wayang nanti? Teringat pula adegan bising dalam wayang dengan teriakan kanak-kanak yang sering dikutuk dulu…

Jangan risau. Sama ada si manja anda seorang highly sensitive child atau tidak, mereka boleh dilatih untuk menonton wayang.

Jadi, kami di sini ingin kongsi tip dari Common Sense Media tentang bagaimana anda boleh bersedia untuk bawa si manja buat pertama kali ke wayang. Jom semak tip ini!

#1 Pastikan si manja telah bersedia

Agak-agak, si manja kena berusia berapa baru dia bersedia untuk menonton filem pertamanya? Ramai kanak-kanak berusia antara 3 hingga 4 tahun telah bersedia untuk menonton wayang.

Tapi, ada sesetengah ibu bapa dengan anak yang sensitif dengan bunyi bising dan takut gelap akan menunggu hingga usia anak mereka sedikit meningkat sebelum ke wayang.

Lihat reaksi si manja semasa menonton TV di rumah. Kalau dia kerap kali terkejut/memberi reaksi tertekan, mungkin anda boleh tangguh sebentar niat untuk bawa mereka ke wayang.

#2 Pilih filem yang tepat

Filem pertama yang akan ditengok oleh mereka di wayang harus bersesuaian dengan umur. Selalunya, filem animasi pilihan paling selamat. Oh, jangan lupa juga tentang durasi (panjang) filem tersebut! Sebaiknya pilih filem animasi yang tak terlalu panjang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jalan cerita filem tersebut juga penting. Pilih filem yang tidak terlalu ‘tertekan’ dan sedikit mendatar. Risau si manja terkejut nanti!

#3 Tak payah tengok iklan dan trailer

Nak jelaskan pada si manja tentang iklan dan trailer susah pula. Sebab mereka sukar untuk menghadam iklan. Maka seeloknya, anda skip iklan dan trailer ini.

Masuk sedikit lambat ke dalam wayang. Lagipun, iklan dan trailer selalunya lebih kuat. Risau ia akan jadi ‘satu permulaan’ yang menakutkan buat si manja.

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4 Rancang dengan baik

Rancang semuanya. Beri si manja anda makan, kencing, atau beli bertih jagung dan gula-gula sebelum kalian masuk dalam wayang. Lagi satu yang penting — waktu wayang anda. Pilihlah waktu wayang mengikut mood si manja.

Mungkin si manja anda lebih aktif pada waktu pagi, jadi pergi tengok wayang ketika itu.

#5 Bersedia dengan bunyi bising

Jika si manja sensitif dengan bunyi bising, bawa ear defender/ear plug. Jadi anda ada penyelesaian untuk masalah itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#6 Pertimbangkan tempat duduk

Anda pun belum pasti bagaimana reaksi si manja bila ingin tengok wayang buat pertama kali, kan? Jadi lebih baik pilih tempat duduk yang selamat! Tempat duduk yang selamat harus terasing dan beri anda akses mudah untuk keluar. Mana tahu si manja akan mula meragam nanti!

#7 Go with the flow

Sabarlah. Anda bukan ibu bapa pertama dengan anak yang meragam, melalak dan menangis ketika dalam wayang. Ikut saja apa keinginan dan kejadian waktu itu.

Kalau si manja tak ingin tengok filem tersebut, bawa mereka keluar ambil angin sebentar. Bawa bertenang. Mungkin anda fikir ‘rugi saja tiket wayang ni!’ tapi ini kan pertama kali si manja anda ke wayang?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Filem Animasi Akan Datang

Ada 17 filem animasi yang keluar akan tahun ini! Anda boleh pilih filem mana yang anda rasa sesuai, dan bawa si manja pergi tengok wayang buat pertama kalinya!

Antara 17 filem animasi terbaru tahun 2017 adalah:

  1. The Lego Batman Movie (Feb)
  2. Rock Dog (Feb)
  3. Leap! (Mac)
  4. The Boss Baby (Mac)
  5. Smurfs: The Lost Village (April)
  6. Spark (April)
  7. The Nut Job 2 (Mei)
  8. Captain Underpants (Jun)
  9. Cars 3 (Jun)
  10. Despicable Me 3 (Jun)
  11. Blazing Samurai (Ogos)
  12. The Emoji Movie (Ogos)
  13. The Lego Ninjago Movie (Sept)
  14. My Little Pony (Okt)
  15. The Star (Nov)
  16. Coco (Nov)
  17. Ferdinand (Dec)

Jika anda tak yakin bagaimana reaksi si manja di wayang kelak, anda boleh saja tengok filem animasi hebat di rumah. Sini ada senarai beberapa filem yang sesuai menjadi tontonan pertama buat si manja di rumah.

Jangan limitkan pengalaman si manja anda!

 

Sumber rujukan: Common Sense Media dan Hollywood Reporter

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Ayu Idris