Anda ingat lagi tak dengan sinetron Bawang Merah Bawang Putih yang pernah disiarkan dulu di TV3? Ha… kalau anda salah seorang peminat sinetron ini, pasti anda sangat kenal dengan segala “drama” antara watak utama Alya dan Siska dulu.
Kini, setelah 15 tahun berlalu — pasti anda tertanya-tanya, apa yang terjadi pada kedua-dua pelakon terkenal Bawang Merah Bawang Putih ini? Jeng, jeng, jeng!
Hari ini, kami bawakan kepada anda update terbaru tentang kedua-dua bintang yang melakonkan watak Alya dan Siska dalam sinetron Bawang Merah Bawang Putih tersebut.
Tak lain tidak bukan, mestilah Revalina S Temat dan Nia Ramadhani!
Pelakon Bawang Merah Bawang Putih – Apa Cerita Revalina S Temat Sekarang?
Revalina S Temat mula terkenal dalam bidang lakonan selepas berjaya menggalas watak utama dalam sinetron Bawang Merah Bawang Putih.
Kini, beliau telah memiliki 2 orang anak, di mana salah satu daripadanya baru saja lahir awal tahun 2019 tempoh hari. Jom lihat gaya Revalina S Temat ini sekarang!
Ternyata memang amat berbeza dengan zaman mudanya dulu ya? Apapun, Alya masih nampak comel mengenakan apa saja busana!
Masih sama comel dan ayu seperti dulu, kan?
Buat pengetahuan anda, selepas Revalina berkahwin dengan suaminya, iaitu Rendy Aditya Gunawan, dia tidak lagi aktif dalam bidang hiburan kerana ingin fokus pada keluarganya.
Bagaimana pula dengan Siska atau nama sebenarnya, Nia Ramadhani?
Pelakon Bawang Merah Bawang Putih – Apa Cerita Nia Ramadhani Sekarang?
Nia Ramadhani memang sudah terkenal walaupun sebelum meletupnya sinetron Bawang Merah Bawang Putih di Malaysia.
Dia antara artis yang menikah ketika usia muda, di mana pada usia 19 tahun lagi dia sudah berkahwin! Kini, Nia memiliki 3 orang anak yang comel-comel belaka.
Apa yang paling mengagumkan tentang gaya Nia Ramadhani kini adalah dia masih kekal ramping dan bergaya walaupun sudah ada anak! Wow, jealousnya tengok kan?
Anak pertamanya yang bernama Mikhayla Zalindra Bakrie itu sangat comel dan cantik seperti bidadari, sama seperti ibunya, bukan?
Nia Ramadhani sebenarnya telah berkahwin dengan Ardie Bakrie, anak salah seorang individu yang terkaya di Indonesia. Selepas berkahwin, dia juga berhenti melibatkan diri dalam dunia lakonan.
Walau bagaimanapun, aksi wanita cantik ini masih dapat menangkap tumpuan kamera kerana kemewahan yang dimilikinya.
Wah! Bahagia sangat melihat gambar kedua-dua pelakon terkenal sinetron Bawang Merah Bawang Putih ini.
Jika dulu mereka sama muda remaja seperti kita, sekarang mereka juga telah bergelar seorang ibu dan gigih membesarkan anak-anak.
Apa pendapat ibu tentang gaya kedua-dua pelakon sinetron terkenal ini?
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
8 Selebriti Popular Yang Sedang Hamil & Bakal Bersalin Tahun 2019 Kelak