Bayi 10 Bulan Melecur Akibat Air Rebusan Ketupat

Bayi tersebut, Muhammad Aniq Mohd Sharudin dikatakan berada di dalam kerusi jalan (walker) semasa mencapai periuk rebusan ketupat. Artikel ini mengupas tentang keselamatan di dapur buat anak kecil dan baik buruknya penggunaan walker. Mari baca lanjut!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seorang bayi lelaki berusia 10 bulan melecur lebih 50 peratus selepas terkena air rebusan ketupat dalam satu kejadian di Ayer Keroh, Sabtu lalu.

Bayi tersebut, Muhammad Aniq Mohd Sharudin dikatakan berada di dalam kerusi jalan (walker) semasa mencapai periuk rebusan ketupat.

Akibat dari itu, air rebusan ketupat tertumpah ke atasnya.

Muhammad Aniq dilaporkan berada di dalam keadaan yang stabil dan sedang dipantau di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka.

Ibu bapa Muhammad Aniq memohon mendoakan kesembuhan anak lelaki mereka. Semoga adik Muhammad Aniq cepat sembuh.

Fasa anak-anak sedang aktif sememangnya meletihkan dan banyak risiko yang boleh membahayakan mereka jika tidak diberikan perhatian.

Dapur merupakan salah satu tempat yang sangat bahaya untuk anak kecil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berikutan kejadian yang terjadi, pihak theAsianParent ingin berkongsi tip keselamatan dapur bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil terutamanya.

Asas keselamatan dapur buat ibu bapa

1. Kawasan larangan

Seperti mana-mana asas hierarki keselamatan, keutamaan ialah 'penyingkiran' risiko.

Di dalam situasi ini, kita patut jadikan dapur sebagai kawasan larangan bagi anak kecil terutamanya jika tiada pengawasan orang dewasa.

Gunakan pintu penghadang supaya anak anda tidak dapat memasuki kawasan dapur.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Kunci laci

Pastikan alatan atau bahan yang membahayakan seperti pisau, makanan pedas dan bahan pencuci diletakkan di dalam laci atau bahagian bertutup dan berkunci.

Kunci yang dimaksudkan di sini ialah selak keselamatan bagi mengelakkan anak kecil daripada membuka dan mengambil barangan berbahaya.

3. Barangan panas atau menggunakan api

Pastikan barangan panas dan peralatan elektrik seperti ketuhar, cerek, dan dapur memasak berada di tempat yang tinggi dan tidak dapat dicapai oleh anak-anak.

Jika anda menggunakan suis atau plug, pastikan yang ianya ditutup apabila tidak digunakan. Sorokkan juga tong gas di dalam kawasan berkunci.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4. Pemegang periuk atau kuali

Semasa memasak, pastikan pemegang periuk atau kuali diletakkan di arah yang jauh dari tempat yang boleh dicapai anak-anak.

Lebih baik jika ia berada tinggi daripada capaian anak-anak. Jika tidak, tangan si kecil itu mungkin akan mencapai dan menarik periuk yang dipenuhi minyak panas itu!

Untuk periuk dan kuali yang tidak digunakan, gantung atau letakkan di dalam laci supaya tidak dapat dicapai.

5. Barangan berat

Pastikan barangan yang berat tidak berada di bucu atau hujung kaunter atau meja. Ini untuk mengelakkan barang-barang ini daripada terjatuh ke atas anak anda semasa dia cuba untuk mencapainya.

6. Magnet hiasan

Jangan gunakan hiasan magnet bersaiz kecil di peti sejuk. Ada risiko untuk mereka memasukkannya ke dalam mulut dan tercekik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Adakah penggunaan walker itu bagus?

Kalau anda hendak tahu, penggunaan kerusi jalan (walker) tidak disarankan oleh ramai pakar kanak-kanak.

Selain daripada meningkatkan risiko anak lambat berjalan, risiko terhadap bahaya di dalam rumah juga ada banyak.

Antaranya, si kecil akan berjalan dalam walker sambil mencapai benda yang tidak sepatutnya atau tergelincir dan terjatuh di kawasan yang tidak rata. 

Anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel ini: 

my.theasianparent.com/bayi-suka-masuk-benda-dalam-mulut-keselamatan/

Sumber: harian metro, parents

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Aqma